Makan Sebab Emosi – Emotional Overeating Ni Tak Boleh Dibuat Main

Untuk yang baca artikel ni, mungkin korang pernah atau sedang alami isu di mana asal korang alami satu emosi yang tinggi (tak kira sedih, merajuk, atau marah) korang otomatik akan isi pinggan dengan makanan yang banyak untuk makan. Betul tak? Itu yang kita panggil sebagai emotional overeating.

emotional overeating, eat, makan banyak, susah nak diet, tips kurus

Mengapa Emotional Overeating Berlaku?

Isu ini berlaku di mana kita kaitkan dengan makanan (tak tahu lah kalau korang emo sedih korang pergi flying fox ke) dan kita jadikan makanan sebagai tempat untuk memenuhi satu kekosongan – sebagai satu cara untuk rasa ‘penuh’ dalam diri.

You know…bila rasa kenyang kita rasa happy n puas hati kan?

Kita nak rasa macam tu lah selepas kita rasa emosi yang tinggi – dan makanan adalah sumber yang mudah didapati untuk dapatkan rasa tersebut.

macam ni lah rupe nye

Punca-punca lain emotional overeating berlaku dekat kita:

  • Tidak boleh bezakan antara rasa yang lapa disebabkan emosi, taua lapar yang betul2 sebab perut kosong
  • Menggunakan kata-kata yang negatif kepada diri ketika makan melantak. Contoh seperti: takpe, aku memang gemuk pun; biarlah nak diet, sapa nak tengok dsbg
  • Tiada aktiviti yang khusus untuk menyelesaikan isu/emosi yang dialami
  • Stress yang melampau yang menyebabkan kita mengidam

Kalau korang perasan, tanda emotional overeating ni bila tiba-tiba korang mengidam nak makan sesuatu, berbanding kalau lapar sebab perut kosong ni dia beransur-ansur datang, dan nak-nak pula mengidam satu makanan tertentu (bubble tea, anyone? 😛 )

Bagaimana Untuk Hentikan Emotional Overeating Saya Ni?

Nak hentikan bukan dengan cara serta-merta tau tapi boleh ja ‘disembuhkan’ iaitu melalui punca asalnya iaitu emosi.

Tiap kali korang mengidam nak makan sesuatu atau tangan tu macam ada magic nak capai makanan dan penuhkan pinggan, tunggu sekejap.

Tunggu dan kenalpasti apa yang menyebabkan korang nak makan makanan tu: sebab lapar ke atau sebab emosi yang tinggi dialami?

Senang cerita, setelkan emosi dulu sampai dia duduk diam, baru makan. Korang akan perasan beza giler jenis dan kuantiti makanan yang diambil bila makan masa emo.

Idea yang bagus juga ialah kerap bdan untuk bergerak dengan aktif (walau sekadar jalan laju di taman); pergerakan aktif akan bantu tubuh selesaikan emosi yang tingi melalui pergerakan, serta hormon stress cortisol akan dikurangkan untuk elak korang trigger untuk makan dengan banyak.

Yoga atau meditasi pun membantu untuk korang lebih ‘aware’ tiap kali emosi tinggi itu datang.

Cara lain juga, korang boleh tulis diari harian (atau diari makanan) untuk kesan yang sama, bila korang tulis satu persatu nampak depan mata dan secara tak langsung minda dan tubuh korang akan mengurangkan isu2 dengan emotional overeating ni.

Sementara nak deal dengan emotional overeating ni, buang semua makanan yang buat korang trigger dulu untuk elak keinginan membuak tu datang. 😀

Tak salah nak makan benda yang kita mengidam, cuma berpada-pada ja 😀

Korang pernah atau sedang alami isu emotional overeating ni?Komen di bawah untuk sharing2 ya. Min pernah kena jadi in faham lah macam mana rasanya 😀

Semoga berjaya tau!

Sumber: 1, 2, 3

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge