Tempat Menarik: Desa Park City

jalan-jalan, desa park city, riadah, keluarga

Asal jejak ke Desa Park City ni secara tak sengaja sebenarnya; lepas kerap sangat ke bandar (concret jungle, more like) untuk berjalan-jalan jadi ambil keputusan nak ikut jalan dalam dan pusing-pusing. Terjumpa pula satu bandar baru dalam perjalanan dan masuk ke dalam sampailah jumpa taman di Desa Park City ni.

Dan jujurnya agak seronok dengan apa yang ada dalam taman ni. Suasana dan viba nya lain daripada biasa dan buat kita curious nak tengok apa yang ada di taman riadah ni – secara tak langsung boleh take note jika ia sesuai untuk keluarga/anak kecik, boleh take note sebagai salah satu taman untuk datang lagi. 😀

Rupa taman dari atas. Sumber

Selepas parking di tempat yang disediakan, kami bersiap turun ke taman untuk lihat kemudahan yang ada.

Taman ni dikelilingi dengan kawasan perumahan yang boleh Shai katakan sebagai perumahan mewah n Shai suka juga tengok design rumah-rumah di sini, very crisp, clean and mixed well with natural colors.

Dan secara asasnya, di taman ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu taman itu sendiri (lengkap dengan kolam buatan dan taman permaianan untuk kanak-kanak) dengan satu bangunan kecil khas untuk menempatkan kafe, kiosk jus, makanan segera, malah Aeon MaxValu pun ada.

Taman permainan untuk kanak-kanak. Sumber

Secara mudahnya, kemudahan yang disediakan cukup dan kena untuk orang yang muda, tua, malah untuk berkeluarga lagi-lagi yang ada anak kecil (yang ni leceh sikit banyak kena ambil kira dulu hehe..).

Nak cerita panjang lebar tentang rupa taman ni pun susah juga nak describe, jadi korang boleh tengok video yang kami rekod ni dari channel YouTube Naz (saja buat channel khas untuk dia senang nak tengok) ni khas nak tunjuk satu persatu kemudahan yang ada, dan rupa taman ni secara menyeluruh, dan decide lah nak pergi ke tak kalau sesuai dengan budak2 kecil – yang single pergi je tak payah fikir.

Video bawah 10 minit yang dipercepatkan serba sedikit (idokle satu jam lebih kitaorang jalan dekat taman tu, sejam juga korang kena ‘suffer’ tengok haha).

Untuk baca banyak lagi post jalan-jalan yang kami pernah pergi, klik tag jalan-jalan ni ya.

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge