Berat Badan Naik Mendadak? Tips Untuk Membetulkan Metabolisme

Perasan tak kenapa ada banyak isu berat badan naik mendadak? Dalam aspek berdiet ni metabolisme jadi salah satu komponen yang perlu dibincangkan sekali sebab besar kesannya kepada diet korang kalau faktor ni pun tak jaga.

Jika tak, berat yang berjaya diturunkan lepas berdiet bagai nak rak, akan naik balik berganda-ganda

metabolisme, berat badan naik mendadak

Bagaimana Berat Badan Naik Mendadak Dari Metabolisme Celaru?

Banyak faktor yang menyebabkan metabolisme kita bercelaru dan salah satunya adalah hormon kita.

Bila berdiet ni bermaksud kita semakin kurang makan secara beransur (makanan yang jenis karbohidrat kompleks, protein, dan lemak sihat kan buat kita kenyang lama kan), maka penghasilan hormon berkaitan pun turun sekali juga untuk pelbagai fungsi dalam tubuh kita.

Hormon yang berkaitan dalam aspek weight loss

Ini juga menyebabkan otot kita beransur kecil sebab digunakan sebagai sumber tenaga dan ini juga memperlahankan lagi kadar metabolisme kita secara berganda.

Tambahan pula, bila kita dah terbiasa makan sikit untuk satu aktiviti yang sama (badan dah boleh sesuaikan diri; tandanya korang bila dah fit, kureng sikit nak semput walau sekadar joging pendek), maka metabolisme pun tak perlu lah nak beriya2 nak laju untuk bakar kalori yang sama.

Baca sini: 5 tanda metabolisme kita menurun

Baca sini: aspek makro nutrisi yang perlu anda ketahui sebelum berdiet.

Chup: ni bukan nak kata diet tu tak perlu sebab akan menyebabkan metabolisme kita terganggu ya; ini hanya salah satu kesan yang amat biasa berlaku apabila kita tukar acar makan kepada yang lebih sihat, dan mengetahui aspek ini berlaku membantu korang untuk lebih berwaspada jaga makan n monitor metabolisme korang.

Jadi, apa yang korang kena buat?

Cara Untuk Membetulkan Metabolisme

Membaiki Cara Pemakanan

Mulakan dengan check pemakanan korang dulu, dan kemudian tambah sedikit kalori untuk bagi tubuh dapat signal untuk turunkan berat badan dengan selamat, di mana tubuh dapat tambahan kalori ini akan hasilkan hormon2 yang sepatutnya dibuat pada kadar normal seperti biasa, berbanding dia ingat korang tengah berdiet tu bermaksud korang kena ikat perut.

Cuba langkah ini selama dua minggu untuk lihat kesannya, sebab ia boleh jadi sangat lambat.

Kalau tak sabo tu tak tau lah nak buat macam mana. Sebab ia bukan semudah minum green tea je ya

Tip: ini juga isu yang berlaku bila berat badan korang statik. Baca di sini untuk tahu kenapa n bagaimana.

Senaman

Korang juga boleh betulkan metabolisme korang dengan rutin senaman yang diperbaiki, di mana dengan kurangkan rutin senaman dari yang biasa (contohnya kalau biasa workout betul2 5 hari seminggu, buatlah takat 3 hari je atau 2 hari heavy workout, 3 hari light punya).

Dan sebahagian besar rutin senaman tu korang fokus kepada rutin strength training untuk melatih n membina otot2 yang telah digunakan untuk sumber tenaga.

Post tentang senaman boleh klik tag senaman ini.

Pastikan Tubuh Sentiasa ‘Alert’

Tadi kita sebut tentang badan dah terbiasa kan (juga dikenali sebagai plateau), gantikan dengan keadaan yang bagi tubuh kita tak biasa dan sentiasa ‘alert’, dengan mempelbagaikan makanan dan rutin senaman setiap minggu.

Plan siap2 dan take note sebarang perubahan yang korang alami, dalam membetulkan metabolisme ni sampai jadi.

Tip Tambahan Untuk Elak Berat Badan Naik Mendadak

Memandangkan perubahan kadar metabolisme ini juga dipengaruhi banyak faktor (korang kena check n pastikan sendiri yek), maka sebaiknya dalam amalkan tip2 ini juga korang kena elak sebarang faktor yang menganggu metabolisme yang tengah nak diperbetulkan tu.

Sia-sia pula kerjanya. Dah lah susah nak reset balik metabolisme ni kot. 😛

Antara tips tambahan yang korang boleh buat adalah:

  • Pastikan tidur mencukupi: tidur tak cukup akan hasilkan hormon stress lebih daripada biasa dan ini akan buatkan korang cenderung untuk makan berlebihan, khususnya yang jenis karbohidrat biasa
  • Air masak pastikan mencukupi: dahulukan air lutsinar ni berbanding minuman lain (lagi2 boba tea tu) untuk pastikan tubuh berfungsi secara optimum dan maintain metabolisme tersebut

Satu lagi info berguna yang lebih berkait rapat dengan wanita, sebab isu hormon wanita pun perlu diambil kira dalam aspek kurus ini. Untuk wanita, baca sini ya.

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge