Tempoh hari Shai dapat rezeki untuk berjalan-jalan sedikit ke Kuala Berang di Terengganu. Nak dijadikan cerita masa tu jugalah air takda jadi dalam setengah hari takda air di rumah (ala yang kes pencemaran tuu), esoknya dah terus gerak (dengan takat cuci muka je hahaha). Berlengas kau speeding kat LPT.
Rilek lah sampai hotel boleh terus check in dan mandeyy.. 😛

Review The Serai Cottage
Pandangan Pertama
Sekilas pandang hotel ni comel lotte. Kalau guna bahasa Inggeris bolehlah kata quaint and charming giteww.
Hotel saiz kecil yang ada beberapa ruang untuk parking, kolam renang, dan ruang depan tu ada ruang duduk dengan meja bar yang kemungkinan nak dibuat sebagai cafe hipster situ (a good idea jugak).
/images.trvl-media.com/hotels/22000000/21350000/21349700/21349638/31c14c65_y.jpg?w=665&ssl=1)
Kemudahan Yang Ada Di The Serai Cottage
Memandangkan yang nak bercuti ni macam satu batalion datang, bilik yang kami pilih ni gabung sekali dengan ruang keluarga (ruang tamu dengan dapur), yang juga bersambung dengan dua bilik lain (2 katil single dan satu master bedroom dengan bilik air masing-masing). By design, master bedroom punya adalah bilik asing dan dihubungkan dengan pintu ‘connecting’ dengan ruang tamu tersebut.

/images.trvl-media.com/hotels/22000000/21350000/21349700/21349638/ba1b855a_z.jpg?resize=539%2C359&ssl=1)
/images.trvl-media.com/hotels/22000000/21350000/21349700/21349638/1e80eee9_z.jpg?resize=547%2C374&ssl=1)
Nilai estetika ruang tamu dan bilik adalah simple minimalis dan cukup keperluan asas – pemanas air, sachet kopi, teh, dan gula dengan sabun mandi.
Ruang tamu ada dengan dapur dan sinki sekali, dengan ada induction cooker (a lovely surprise), microwave, dan peti sejuk dengan pinggan mangkuk sedikit dan mug yang boleh digunakan dalam microwave, serta sudu dan garfu.
Pakej yang kami ambil sekali dengan breakfast dan kemudahan dan pilihan makanan yang disediakan yang standard – nasi lemak, nasi goreng, kuih muih – dan Shai puas hati. Yalah, nak expect susu dengan cereal ke apa takdalah namun yang ni pun dah kira cukup dan memudahkan untuk kenyangkan perut pagi2.

Review Peribadi The Serai Cottage
Design bilik yang dipilih ni sangat membantu iaitu bilik bersambung dengan ruang utama. Yang ni bonus point juga sebab sangat memudahkan dan lebih relaks untuk makan dan minum (banding dengan nak makan kena bersiap untuk keluar pula); apalagi dengan dapur pun ada induction cooker, microwave, dan peti sejuk.
Microwave dengan peti sejuk ni pada Shai memudahkan, sebab biasanya kalau korang yang kalau berjalan mesti stok makanan bagai nak rak (mungkin Shai je kot, atau mak2 macam tu hehe), lebihan tu boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula dalam microwave.
Macam Shai cakap tadi tentang cukup keperluan asas, ia kunci penting pada Shai sebab jadi mak ni 1001 benda kena fikir nak packing bagai. Kalau dah kata cukup keperluan asas tu kira bagus dah lah sebab memudahkan urusan dan semestinya selesa nak tidur.
So far so good, dan pastinya kita bersyukur sgt sebab selesa dan overall nice with a suprising touch to the facilities.
Yang kureng dekat hotel ni satu yang besar dan satu yang kecil ja; dengan yang besar tu masa kita datang kolam tu tak dicuci/maintain betul2 dan perabot di dalam (yang Shai fikir customized) walaupun menarik, bucu dia tajam ya Rabbi dan dekat ketinggian yang boleh berdebuk kena kat budak kecik. < Harapnya pihak hotel perbaiki part ni ja, yang lain tu kira perfect dah.
Selain tu takda dah, elok ja semuanya Alhamdulillah.
Noted juga untuk kemudahan lain di Kuala Berang antaranya:
- Kedai runcit dan mall kecil untuk barang keperluan (DIY pun adoo)
- Tempat bersejarah Batu Bersurat
- Laluan ke Tasik Kenyir dan air terjun Sekayu
- Kedai makan macam tomyam, seafood, kepci pun ada tak silap
- dan taman permainan/ruang workout luas macam kat area Taman Botani Perdana tu

Ni lokasi dengan link:
Nah, untuk bacaan lain kami p jalan-jalan (dan Shai review untuk korang ;)), klik link sini ya
