Review: Body Shop Vitamin E Moisture Cream

Hehe..siapalah yang tak suka benda2 FREE ni..

Nampak je benda free memang mata akan tertarik punyalah. Haha.. So masa dok scrolling2 news feed sekali ternampak lah ni benda free dari Body Shop, vitamin E Moisture Cream (atau in le francais: Creme de Jour Hydratante)

Apa lagi, click ‘get offer’ on the spot lah.

Nak claim pun mudah – hanya perlu flash the email offer kat mana2 outlet body shop dan staff akan bagi free cream tu. Yeay!

3 khasiat utama vitamin E untuk kulit

Vitamin E ada khasiatnya yang tersendiri.

1) Sebagai salah satu trio antioksidan (selepas vitamin A dan C), vitamin E ni berfungsi untuk kaut2 radikal bebas (menatang yang terhasil dari proses oksida, n bersifat cam parasit sbb dia gatai nak oksidakan unsur/bahan lain dalam tubuh sehingga terciptanya kerosakan.

Kulit yang berkedut, tak glowing2 tu lah salah satu kesan dri radikal bebas nih. Cis).

2) Vitamin E ni juga extremely melembab, sangat sesuai untuk sapa2 yang ada kulitnya jenis kering atau kerap mengelupas (pedih woo). Sama sifatnya dengan minyak ikan.

3) Kalau ada luka2 kecil, vitamin E juga sangat berkesan untuk memulih (malah lagi cepat). Jadi kalau terluka ke, terkena percikan minyak, cepat2 lah sapu sket minyak masak kat tempat cedera tu.

IMG_20141103_134842

Review tentang cream vitamin E from Body Shop

Walaupun cream ni offer dan dapat dalam travel size, boleh aja nak buat review secara menyeluruh.

At first glance bila buka, krim ni rupanya cam krim (obvious lah kot.. Haha) tapi teksturnya cam semi-gel, warna pun pale candy pink gitu. Cilok sket dgn hujung jari, dan sapu serta diurut ke kulit, didapati ia sangat mudah untuk menyerap sepenuhnya. Ok, a bonus kat situ sebab handy kalau kita kalut nak ke mana2.

IMG_20141103_134949

Setengah hari (dlm 5,6 jm gitu) menggunanya, kulit still lembut lagi, just nice in fact. Dan seperti dijangka, krim vit E ni memang nourishing untuk kulit.

Wangi pun wangi. Pleasant smell gitu.

Walaupun krim ini dicadangkan untuk daily use, saja gak gatai nak test kalau boleh dibuat sebagai krim mlm (waktu tidur ialah masa kulit repair2 jd molek kita pakai something di kulit untuk boost proses pemulihan).

Jadi sebelum tidur, cuci muka dan scrub dengan gentle untuk buang kulit mati tuh. (dan jangan lupa gosok gg ye)

Surprise, surprise.. Kulit saya kelihatan nourish. Lembap, and nicely moist je. Jerawat halus pun hilang. Imagine that. Potentcy krim ni definitely boleh setanding dengan krim olay pencerah (yang kuning tu, tak tau jual lagi ke dok.. Feveret masa zaman matrix tu).

Tip: kalau nak boost kadar pencerahan muka dengan lebih cepat, gabungkan vitamin E sekali dengan vitamin C.

oooh..I'd love to have complete range of these <3 kredit to hellbentforlipstick.com
oooh..I’d love to have complete range of these <3
kredit to hellbentforlipstick.com

But to be fair, I recommend guna Vitamin E Nourishing Night Cream untuk kegunaan malam, jadi krim Vitamin E ni boleh guna untuk siang.

Vitamin E Aqua Boost, and/or Vitamin E Intense Moisture Cream (dua yang terakhir ni kalau kulit tu dah terlalu bercapuk2, kusam, dan kering sangat2). Atau yang dah berumur 26++,penggunaan serum adalah amat2 digalakkan, seperti Vitamin E Moisture Serum untuk delay tanda2 dua. Zaman sekarang lain..cepat nampak kesan dia..huk huk..

Senang kerja, pakai BB cream cam Vitamin E BB Cream terus sebab BB cream gabungkan moisturizer, primer, foundation and sunscreen sekaligus. Jimat masa dan duit tu. hehe..

Perasan pulak Body Shop banyak range vitamin E dia kan?

Kesimpulan review

Puas hati menggunaknannya. Berbaloi la walaupun secepot kecik saya dapat pun harga asalnya RM14.90.
Dah dapat free, saya buatlah free review. Hehhehe..

Tapi serius, this cream is lovely and works as promised sebagai pelembab harian.
Dan rating yang saya bagi ialah 8/10 keseluruhan.

Adakah saya akan beli lagi cream vitamin E from Body Shop

Ya, sebab ia buat seperti dalam di iklankan. Krim pelembab harian yang simple, dan berkesan untuk rawat2 apa yang tak kena (contoh jerawat halus ni ha).

Nak beli mai ja kt mana2 outlet body shop yang dekat, atau beli krim pelembab yang berkenan online di sini. Konfom rambang mata.

Penafian: review ni tak berbayor ye.. Ulasan adalah atas kerelaan hati. 

testimoni vita e complex

Screenshot ini, adalah whatsapp dengan adik Shai nombor 3, yang dah lama derita gerutu jerawat dan bekas parut jerawat kat muka. Guna vitamin E juga, tapi di  SINI.

Bacaan lanjut, Shai baru ja tulis dengan lebih detail tentang pemilihan pelembab ikut jenis kulit, di sini.

Bacaan lanjut

3 Comments

  1. pda pndpat kak, kna pki suma krim yg dlm gmbr tu ke utk dptkn mka peloles tu kak??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge