Shhh…Rahsia orang Korea dan Jepun

Cer jawab ni: apakah persamaan antara orang Korea, Jepun, Norway, dan Eskimo? Kat bahagian akhir ni ada jawapannya. Hehehe..

Oke, kita serius sket dan terus ke bisnes: minyak ikan ni (khusus yang dimaksudkan adalah asid lemak omega-3) sangat popular dalam kepentingannya dalam penjagaan kulit dari dalaman.

Bagaimana minyak ikan ni berfungsi untuk kita?

Basically, minyak ikan ni bersifat healing – memulih segala macam kecederaan kecil (inflamasi) dari dalaman supaya kulit akan sentiasa sihat, awet muda, atau dengan bahasa mudahnya:

+ mulus, lembut, dan licin disentuh

+ lembap

+ berseri-seri, kemerah-merahan je

+ tanpa cela

+ gebus gebas cam SNSD, Sista sume2 tu

Selain tu? Apa lagi fungsi minyak ikan?

Bukan sekadar kat kulit je tau, malah sebenarnya suka saya tekankan, minyak ikan yang bersifat healing ni, dia pulih segala macam apa yang tak kena dengan tubuh kita, dan hasilnya akan terlihat di kulit.

Anti-inflamasi yang sangat powerful

Inflamasi ni bermaksud reaksi tubuh kita otomatik terhadap kecederaan yang dialami, tak kira luar atau dalam.

Walaupun kita luka di luar kulit, atau dalam organ, minyak ikan ni akan memulih dan baiki apa yang patut jadi sedia kala – jerawat, jeragat, kulit pedih mengelupas, lebam, malah eczema akan dipulihkan.

Pemulihan kulit dari dalaman

Seperti yang disebutkan tentang manfaat omega-3 ni untuk kulit, minyak ikan bersifat pelembap yang bantu topup balik lemak (yang sihat tau, bukan yang buat kita bertambah berat tu – yang tu omega akan tolong cekau) yang alami dalam kulit.

Jadi kulit kita kelihatan moist, plump, dan licin pejal je. Ala…cam kulit baby.

Malah, pengambilan omega-3 yang cukup akan meningkatkan ketahanan kulit dengan cahaya matahari dan pancaran UV, maka kulit anda tak mudah kering dan kena sunburn.

Menenangkan hati, kurangkan kesedihan

Stress, tekanan, dan kemurungan akan hasilkan pelbagai hormon negatif yang akan memberi kesan kepada tubuh dan pelabagi proses (nanti organ2 merajuk pulak nak bekerja, tu yang kita letih, malas semacam bila sedih).

Maka minyak ikan, khususnya kandungan EPA telah dibuktikan untuk melegakan fikiran dengan mengurangkan hormon2 stress tu. insyAllah. 😀

FishOilBenefits

Kesimpulan

Jadikan minyak ikan ni rahsia kecantikan kita – konfom orang akan tanya ‘eh..kulit awak makin cantik dan gebu lah..’. hihi..

Malah pada pendapat saya, kalau guna time mengandung, lagi lah bagus sebab omega-3 ni membantu perkembangan otak anak dalam perut. Boleh baca eksperimen saya di sini.

Tunggu dulu! Sebelum nak g beli sebotol minyak ikan di farmasi, jom tengok apa kriteria yang penting dalam memilih minyak ikan yang terbaik ni.

P/S: jawapan dah ada dalam perenggan di atas. 😀

Bacaan lanjut

3 Comments

  1. Selama ni yang saya tahu omega 3 memang bagus untuk kulit sebab boleh kurangkan radang terutama untuk masalah jerawatlah kan.. rupanya ada juga kebaikannya dari segi emosi untuk kurangkan stress. Baru tau 🙂

    1. Betul tu, sebab asid lemak ni boleh tambah dan pulih wiring2 neurotransmitters dekat otak. Jadi lebih cekap otak kita memproses info 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge