Kaitan Anxiety Dengan Gastrik dan GERD

Kaitan anxiety dengan gastrik pun rasa macam takda kan? Tapi sebenarnya ada juga, dan ini ada dalam banyak pengalaman konsultasi menggunakan panduan gastrik. Baca lanjut di sini ya.

Tentang Gastrik

Gastrik ni adalah isu berkaitan dengan sistem penghadaman kita yang bermula dari perut sebelum merebak ke bahagian lain seperti usus, hempedu, dan salur esofagus yang menghubungkan perut ke tekak kita.

Gastrik juga terma umum yang merangkumi dari isu gastrik itu sendiri, dan juga simptom pedih ulu hati (heartburn), ulser (bahasa mudahnya luka di tisu, macam ulser mulut tu) di mana-mana bahagian dalam sistem penghadaman, dan juga GERD; simptom di mana pintu yang menghubungkan saluran esofagus dengan perut tu tak tutup rapat yang menyebabkan asid perut yang sepatutnya duduk diam dalam perut, terlepas naik ke atas.

Macam ni le rasanya bila gastrik berlaku

Bagaimana Gastrik dan GERD Berlaku

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan isu-isu yang disebutkan ini – gastrik, pedih ulu hati, GERD – berlaku dekat kita dengan punca utama sekali pastinya pemakanan yang kita amalkan. Hari-hari dan bertahun melantak benda manis, pedas (ni kita lah ni hehe), fast food, asam dan masin, dsbg memang meminta-minta lah gastrik tu datang kat kita. 😛

Tapi ada juga faktor lain yang boleh jadi punca kepada kita dapat gastrik seperti postur badan, bentuk tubuh (mengandung, contohnya), merokok, ubatan yang kita ambil, dan juga anxiety.

Serius, anxiety pun boleh menjadi punca kepada gastrik korang ye.

Seperti dibuktikan dalam kajian ini, ada keadaan yang menunjukkan bila subjek (dalam kajian ini, wanita) yang alami anxiety dengan isu gastrik/GERD juga mengalami simptom berkaitan, dengan lebih kerap dan kadangkala, lebih teruk sampai ke tahap menganggu aktiviti harian mereka.

Kaitan antara dua keadaan ini masih belum dikenalpasti dengan spesifik, cuma saintis membuat teori dengan komponen dalam otak kita iaitu cholecystokinin yang ada dalam orang yang alami panik (spesifiknya panic disorders) dan yang alami gastrik.

Maka boleh disimpulkan ada perkaitan jelas untuk orang yang alami anxiety meningkatkan risiko untuk dapat gastrik (lagi-lagi yang tak jaga makan, atau kemungkinan alami emotional overeating), dan kalau dah kena gastrik bertambah teruk atau menjadi-jadi simptomnya, seperti:

Anxiety boleh mengurangkan kadar penghadaman makanan, meningkatkan penghasilan asid dalam perut, dan menyebabkan otot kejang (khususnya di sekitar perut) yang menyebabkan gastrik/GERD berlaku

Ada juga kemungkinan lain yang bila kita alami anxiety tu kita cenderung untuk amalkan gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok ke, makan fast food atau yang karbohidrat dan/atau gula yang tinggi dsbg yang ini juga meningkatkan risiko kita alami gastrik. Keadaan ini kita panggil sebagai emotional overeating.

Bagaimana nk merawat gastrik/GERD bila ada anxiety ni?

Merawat Isu Anxiety Dengan Gastrik

Sebab dua isu berbeza yang berkait dan menyebabkan gastrik yang dialami lebih teruk, kombinasi ubatan diperlukan (contohnya ubatan untuk kurangkan penghasilan asid dan juga ubatan khas untuk anxiety), dan digalakkan juga untuk kita amalkan beberapa tips lain seperti:

  • Mengamalkan makanan yang lebih sihat dan terus berpantang dengan yang jenis karbo dan gula tinggi (yang tak sihatlah, senang cerita). Klik sini untuk tahu makanan apa yang wajar diambil bila gastrik berlaku.
  • Mencari solusi alami untuk mengurangkan isu anxiety seperti meditasi, doa/zikir, atau dengan bantuan kaunselor

Ada yang baca artikel ini alami anxiety dengan gastrik sekali? Korang punya kaedah bagaimana ya, boleh share di komen untuk cerita pengalaman serba sedikit (boleh anonymous don’t worry ye).

Sumber: 1, 2, 3, 4,

mommylotte

Baca cadangan artikel di bawah ini berkaitan gastrik untuk memudahkan korang 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge