Kegunaan Glycolic Acid Untuk Kulit Muka

Apa manfaat glycolic acid untuk kulit muka kita? Mana taknya, sejak kebelakangan ni pelbagai jenis bahan singular untuk skincare dah bercambah sekarang ni, ‘berkat’ jenama macam The Ordinary. Dulu kurang2 retinol dan vitamin C je; sekarang selain glycolic acid, ada alpha arbutin, hyaluronic acid dan pelbagai lagi.

Glycolic acid ni dianggap sebagai satu alternatif terbaik selepas retinol, untuk yang nak kembalikan/maintain awet muda, atau nak selesaikan pelbagai masalah kulit sebab asid n agak serba boleh nak target macam-macam masalah kulit. Contohnya jerawat batu atau jerawat, kulit kusam, permukaan kulit tak rata (atau bahasa mudahnya nampak menggerutu), dan tona kulit tak sekata.

Glycolic acid ni ialah sejenis asid yang dihasilkan dari ekstrak tumbuhan – biasanya gula tebu – dan ia merupakan sejenis alpha hydrxy acid (AHA) yang paling kecil boleh wujud di bumi ni. Asid lain dalam kategori aha ni contohnya asid lactic.

Contoh asid lain (AHA atau BHA) dengan fungsi/manfaat tertentu untuk kulit

Namanya pun asid, fungsi utama glycolic acid ni adalah untuk tarik dan buang keluar sel kulit mati dengan larutkan ‘gam’ yang menghubungkan sel kulit tersebut – berbanding dengan skrub muka yang kita tonyoh dekat kulit menggunakan tenaga – yang asid ni sapu je kat kulit yang lain dia buatkan untuk kita. Sebab tu, penggunaan asid untuk rutin exfoliation ini dikenali sebagai chemical exfoliation.

Hasilnya? Kulit lebih mulus, rata, selain kurang sikit jerawat nak datang balik lepas tu.

Manfaat Glycolic Acid Untuk Kulit

Manfaat utama pastilah untuk kesan exfoliation dekat muka tu.

Sebab ia sesuatu yang normal untuk ada sel kulit mati dekat permukaan kulit samada dari mekap yang kita gunakan, tak cuci muka dengan betul, tak guna apa-apa skrub muka, atau paling-paling kurang pun sebab dah makin lanjut umur kulit kita dah tak boleh nak berfungsi seperti waktu muda-muda; tu yang buat kulit kita cepat kusam.

Nota: Orang yang jenis kulit berminyak lagi cepat kusam tau muka dia. Sebab lebihan minyak dah bergelumang dengan kulit mati tu macam tutup permukaan kulit sebenar. Yang jenis berminyak ni rajin2 le exfoliate ya.

Jadi penggunaan glycolic acid ni sedikit sebanyak memudahkan kerja nak buang lapisan sel kulit mati ni.

Secara tak langsung, bila kulit kita di-exfoliate secara berkala ia juga bagi signal dekat struktur kulit untuk hasilkan sel kulit baru dan bawa masuk nutrien lebih banyak melalui salur darah, yang secara tak langsung membantu kulit kita nampak lebih awet muda.

Glycolic acid juga sangat bermanfaat untuk kulit berjerawat sebab ia bukan sahaja tarik keluar sel kulit mati; segala mak nenek kotoran yang terperangkap dalam pori (yang jadi punca kepada jerawat tumbuh melata) pun ditarik keluar jadi dengan pengunaan konsisten jerawat akan beransur hilang.

Manfaat lain, bila korang rajin nak exfoliate ni kurang-kurang boleh jamin produk yang korang guna lepas tu boleh diserap sepenuhnya ke dalam kulit, berbanding tepek atas lapisan penuh sel kulit mati, sia-sia ja guna essence ke, serum, atau ampoule yang mahal-mahal kot. 😛

Bagaimana Nak Menggunakan Glyolic Acid Dalam Rutin Skincare Kita

Uniknya glycolic acid ni, iaboleg didapati bukan sahaja dalam bentuk ‘solution’ untuk chemical peel (yang asalnya disediakan dalam kepekatan yang tinggi dan hanya boleh didapati melalui doktor kulit); korang boleh dapatkan asid ni dalam pencuci muka, krim, mask, essence, dan juga toner.

Mengikut kepekatan dan formula produk yang mengandungi glycolic acid tu, korang boleh gunakan dari seminggu sekali atau sekali sehari, lagi-lagi kalau yang jenis berminyak, kulit banyak jerawat atau meggerutu, atau duduk lama di luar (macam hiking contohnya).

Cuma hati-hati, sebab asid ni pun fungsi utamanya adalah skrub muka, ada kemungkinan kulit korang rasa pedih yang boleh bawa kepada pigmentasi dekat kulit, lagi-lagi kalau ini kli pertama korang nak guna glycolic acid atau ada kulit sensitif. Test sikit dulu untuk check kulit korang ok ke tak ya.

Satu lagi, kalau korang dah guna asid jangan pulak gatai nak berjemur lepas tu sebab penggunaan asid ni boleh buatkan kulit korang terlalu2 sensitif dan mudah kena sunburn. Jadi tipsnya di sini, kalau nak guna juga glycolic acid, gunakan pada waktu malam dan skip terus produk tu dulu kalau korang merancang nak ada di luar rumah/berjemur untuk tempoh yang lama.

Tips Menggunakan Glycolic Acid Untuk Kulit Muka

  • Sentiasa sapu pelembap lepas dah guna asid tu dekat kulit untuk elakkan iritasi
  • Jarakkan waktu produk yang ada vitamin C kerana ia akan kurangkan keberkesanan glycolic acid
  • Kalay gunakan asid ni, skip produk yang mengandungi retinol dulu sebab double dose iritasi dekat kulit pula

Kesimpulan

Korang pakai glyolic acid jenama apa ya, The Ordinary? Semoga post ini membantu korang bila nak survey2 glycolic acid ni okey.

P/s: Ada seller jual produk yang ada glycolic acid boleh drop komen promot dekat sini ya 😀

Sumber 1 2, pengalaman sendiri

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge