[Update Mingguan] Review Set Cantik Kulit Pulih Dan Putih Yuhuu!

Dua bulan lepas gitu Shai ada beli vitamin E dan bagi separuh kat adik sebab kulit dia menggerutu penuh dengan bekas parut jerawat :P. Kakak dia je kulit clean & clear lagi. ^^v

testi adik makan vitamin e sahaja. alhamdulillah kurang ^^v
testi adik makan vitamin e sahaja. alhamdulillah kurang ^^v

Dan kebetulan bulan lepas pula ada promosi set cantik vitamin C, dan E. Kebetulan pula stok vitamin C dah habis, jadi Shai belilah dengan kawan-kawan dalam bentuk korum (harga promo+ahli murrahh giler2 woo). Sekali otomatik, Shai dapat set cantik. Perfect untuk raya ni.

set cantik c e
hehe..tak plan pun tapi otomatik dapat set cantik. bolehlah kongsi review untuk kawan-kawan kan? 😀

banyak bebeno kebetulan ye. hehe..

Jadi untuk memudahkan kawan-kawan, sebagaimana Shai buat review ESP yang diupdate secara mingguan, Shai update juga penggunaan set cantik ni secara mingguan. Takpa sebab separuh vitamin E tu bererti 60 biji dan sebotol vitamin C ada 180 tablet, maka cukup sangat untuk buat review. ^^v

Set cantik vitamin C, dan vitamin E

Serba sedikit intro, set ini dipanggil sebagai set cantik, simply kerana kedua-dua vitamin ini adalah sebahagian daripada trio antioksidan vitamin ACE yang diperlukan untuk setiap jenis kulit dan umur – kalau takda, tak berapa cantik kerana ketiga-tiga vitamin ini lah asas kepada penghasilan pelbagai nutrisi dan komponen untuk struktur kulit yang kuat dan muda.

Dan ia belum kira lagi untuk isu kulit yang spesifik seperti kulit mengelupas,eczema, psoriasis, dan tompok kulit tak sekata.

KLIK SINI untuk baca lebih lanjut tentang trio ACE ini
KLIK SINI untuk baca lebih lanjut tentang trio ACE ini

Dan khusus untuk kedua-dua vitamin yang Shai ada dalam tangan ni, vitamin E ni bersifat memulih manakala vitamin C dengan sifat memutih – gabungkan kedua-duanya, superb!

Review mingguan set cantik vitamin C, dan vitamin E

6 Julai

Vitamin C baru sampainya, malam baru makan dengan vitamin E. Rasa masam ya Rabbi jugak dengan vitamin C ni, partly sebab dia pati tumbuhan semata, dari sumber jagung – agar asid askorbik dari jagung ni, tak berikan iritasi kepada perut, berbanding askorbik dari limau/oren. Maka ia lembut untuk yang mengalami gastrik. 😉

Hehe..baru malam ni ambil takkan sat dah gebu kulit kot. XD

wow, kalau dalam 24 jam kulit gebu putih camni pun i loike!
wow, kalau dalam 24 jam kulit gebu putih camni pun i loike!

9 Julai

Perasan  pori-pori di hidung kecil sikit dari biasa, kerana kulit Shai jenis kombinasi yang berminyak kat hidung tu jadi banyak le blackheads sampai beso pores tu. Yeay!

kalau tak selalu Shai guna BB cream bila keluar untuk cover2 sket pori-pori beso kat idung tu
kalau tak selalu Shai guna BB cream bila keluar untuk cover2 sket pori-pori beso kat idung tu

10 Julai

Kulit cerah semacam (perasan je kot. Hehe), pori-pori pula masih kecil alhamdulillah.

12 Julai

Ada dua tiga hari ada pula ulser. Agaknya sebab makan tak betul dan dalam keadaan stress kot – agak kalut seminggu dua ini juga T.T namun yang Shai lihat, ulser kali ini cepat ja sembuh, dengan Shai paksa letak tablet vitamin C direct ke ulser.

Pedih tu pedih la..tapi alhamdulillah esoknya dah cam diam2 ulser tu tak pedih lagi ^^v

26 Julai

Makan sebiji sebelum tidur dengan konsisten, Shai perasan dah makin susah nak kena sakit selesema ke apa. Alhamdulillah. Untuk Naz mucuk pun Shai gunakan vitamin C ini, dengan patahkan tablet tersebut (dalam 1/5 gitu) dan cairkan dalam air suam. Rasa oren masham gitu.

9 Ogos

Kelihatan pori-pori yang mengecil, dan bintik hitam makin kurang. Oh, atas permukaan kulit hidung biasa yang menggerutu sebab banyak blackhead kan. ni makin smooth pula. Yahuu!

Kesimpulan

Oke, itu sahaja review, yang akan sentiasa diupdate secara mingguan. Bookmark CTRL-D entri ini untuk update terkini ya ^^v

signature mommylotte

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge