Review keyboard logitech MK315

keyboard, review, logitech, mk315

Post fresh review keyboard logitech MK315, lepas sekian lama survey keyboard nak ganti yang lama, akhirnya dapat juga beli lepas jumpa satu yang berkenan dihati, walaupun tak sama dengan apa yang diimpikan sebelum ini.

Nak beli keyboard pun satu isu besar jugaklah, sebab kita bekerja banyak menaip, jadi nak elak jari jemari ni jadi lenguh lepas sekian lama menulis juga.

Sebab kenapa membeli keyboard baru

Sebab keyboard lama yang jadi feveret tu terkena air minuman Naz masa dia demam.

Frust juga masa tu sebab keyboard tu dah digunakan dalam 2014 juga dan tahan sehingga April 2019 jadi bayangkan berapa lama tahan, serta kualitinya tetap sama optimum walaupun dah ditekan kekunci dekat papan n keyboard tu berkali-kali.

Jadi, sebab tu sayang sangat dengan keyboard lama tu. Malah dalam masa menaip dengan keyboard baru, mouse yang lama masih boleh digunakan lagi walau beberapa kali terjatuh sebelum ni (jarang lah jatuh tapi dalam 5 tahun pakai tak lebih 10x jatuh, jarang jugalah kan).

Since keyboard baru dah ada dengan kombo mouse nya sekali, mouse lama ni simpan elok2 lah. Just in case.

review keyboard logitech mk315

Tu dia punya sayangnya keyboard ni. Dan keyboard yang dimaksudkan adalah yang keyboard Logitech MK345 Comfort. Serius memang comfortable keyboard ini dan tetap 100% full performance selama 5 tahun pakai sebelum terkena air huhu…

Jadi, lepas ada rezeki sikit alang-alang dah dekat dengan kedai Logitech di Mid Valley tu (dekat hujung di bahagian kiosk hp, depan eskelator ke Gardens) pergilah survey sekejap.

Tak kejap pun, lama sebenarnya sebab asalnya aim nak beli balik keyboard macam lama tak kesampaian sebab feeling dah tak sama. Shai dah bertahun menaip ni jadi tahu jugalah what I’m talking about.

Tak tahu jika dah tukar ke apa tapi dah tak sama macam dulu; spring kekunci dah tak elastik secantik dulu jadi ia boleh beri kesan bila menaip nanti.

Pendapat Shai, keyboard MK345 dulu2 tu lantunan dia sama macam surface pro keyboard skrg yang digunakan.

Lembut elok ja nak menaip lama2 pun takpa. Nak buat macam mana..test pula keyboard lain mcm orang menonong menaip kosong hehe..

Salesman dok kat tepi diam-diam ja ingat serius betul aku nak test satu persatu. XD

Kena lah sebab nak beli biar alah membeli menang memakai gitu

Jadi lepas test pelbagai keyboard akhirnya setel kepada yang MK315 ini. Dia ada kombo dengan mouse model MK330C dan berbeda dengan keyboard sebelum ini yang iaitu Comfort, yang ni pula Quiet.

Betul2 senyap keyboard ni. Selesa menekan lepas menaip kosong dekat seminit dua gitu ambil feel, dan rezeki masa tu pula ada sale (harga asalnya RM129, berbanding MK345 RM149) jadi why not. Shai angkat lah satu.

Review keyboard logitech MK315

Rupa luaran

Dari luaran keyboard ini, ia adalah jenis full size yang lengkap dengan arrow keys, number keys, command keys (yang page up, page down semua tu), serta barisan atas keys dar ERC sehingga F12.

keyboard logitech mk315 review

Papan kekunci

Papan kekunci utama ini berbentuk petak dengan ada sedikit lengkuk untuk keselesaan menekan dan berbanding MK345, kekunci dia lebih rapat tapi takda masalah sebab tiap petak kekunci ni kira besar juga untuk tekan.

Yang Shai suka butan FN tu dekat belah kanan jadi senang nak tekan, make sense juga sebab nak tekan butang play/pause, speaker volume up/down etc dia belah kanan juga jadi mudah sebelah tangan tekan dua kekunci serentak.

Yang Shai suka, adalah tiap tekan kekunci tu lantunan dia elastik dan selesa untuk ditekan takda masalah. Ada keyboard yang Shai test tak sedap nak tekan, ada yang serupa macam keyboard guna dekat pejabat kerajaan hehe (dia keras semacam ala-ala typewriter, untuk yang kerap guna keyboard ni isu keselesaan amat penting).

Ada satu keyboard sementara Shai guna iaitu Logitech K380 (banyak nau keyboard brand ni aku beli tapi serius tahan lama n puas hati) yang tu kekunci dia bulat n nak tekan pun lama2 sakit menaip jadi tahu lah rasanya macam mana..

review keyboard logitech mk315

Cuma kurangnya keyboard ni dia takda butang on/off jadi kalau tak guna biarkan ja (kalau tak guna untuk masa lama elok bawa keluar bateri tu dulu) dan takda LED dekat butang caps lock jadi tak perasan kita tekan ke tak melainkan kita taip nanti – yang ni pada Shai takda apa sangat, melainkan ia penting untuk korang, jadi range MK345 ke atas membantu lah kot.

Youtube review MK315 yang Shai guna skrg ni

Youtube review MK345 keyboard sebelum ini

Kenapa tak beli dekat shopee je?

Tipulah kalau tak survey dekat shopee tu.. mula fikir nak beli dekat mall dia jah tapi fikir balik, better pergi kedai dan test keyboard2 tu sendiri sampai puas hati.

Harapnya seperti yang MK345, yang model MK315 pun tahan minimum 5 tahun juga. Amin!

Semoga membantu korang untuk buat pilihan memilih keyboard, kot2 dok survey2 lagi ke hehe.. Korang guna keyboard Logitech jugak, atau jenama lain yang korang sayang sgt? Share lah pengalaman di komen ya 😀

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge