Ketosis dan Atkins

Ramai ahli dalam coaching saya banyak bertanya soalan yang lebih kurang sama; macam mana nak tahu bila kita dah masuk ketosis? Keliru juga mereka sebenarnya, malah menganggap ketosis itu hanya berlaku ketika di fasa satu (induksi) sahaja. Oh no, banyak tandanya dan YA ia berlaku dalam kempat-empat fasa dalam Atkins

Bagaimana nak tahu saya dah masuk ketosis?

Beli ketosis strip yang dijual. XD hehe.. Perhatikan tanda-tanda ni untuk tahu dah masuk ketosis ke belum, sebab lain orang, lain reaksinya ye.

Tanda -tanda kita mengalami ketosis

mulut kering dan berbau semacam

pening2 kepala, lesu (tanda tubuh mula nak ubah ke ketosis dah tu dan mungkin juga tanda kekurangan kromium)

– kencing warna gelap, kalau tak cukup air. Eee…

sembelit sebab kekurangan fiber (kena ambil sayur lagi atau makan sumber fiber padat cam psyllium husk, teh org kampung, atau alfalfa)

– jerawat, bisul, ruam naik tiba2 (terhasil dari toksin/bahan kotor yang dah bergelumang dalam lemak berzaman2 dalam badan)

gambar ketone strip dan contoh ketosis

Baca pun dah cam azab kan? Memang pun tapi ketahuilah anda pernah lalui ketosis gak, masa berpuasa. Cuma bezanya masa puasa boleh lagi melantak macam2 waktu berbuka. Hehe..

Ada Cara Tak Nak Mengelak Dari Ketosis Nih?

Nak kurangkan atau elak terus pun boleh, malah ia akan membantu untuk kita konsisten dan steady ketika berAtkins – pengambilan nutrisi yang cukup (sekali ngn limited karbo ye) dari makanan adalah caranya untuk kurangkan, atau kalau nasib baik elak terus dari terseksa dengan ketosis nih.

Jika suka/nak cukup makan tu macam tak praktikal (lagi2 jika anda sangat sibuk), penggunaan makanan tambahan akan membantu malah ia sangat direkomenkan oleh Dr.Atkins sendiri tau.

Khusus untuk ibu yang masih menyusu dan mahu kurus dengan selamat pada masa yang sama, bila nak diet Atkins anda perlu bermula dengan fasa 4 dan bukan 1 seperti yang biasa dikongsikan, kerana ketosis yang terhasil sewaktu fasa 1 sangat membebankan sehingga memberi kesan kepada anak yang masih menyusu.

Pengalaman Shai coaching sendiri, anak client sampai meragam tercirit memanjang kerana lebihan ketones dari ketosis (anak pula terdiet sama ciannya).

Baca lanjut di sini mengapa tidak boleh ibu menyusu bermula dengan fasa 1. Atau anda boleh bermula dengan satu ebook yang lengkap sekaligus untuk memudahkan rujukan anda (baca di bawah)

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir, seperti gambar di atas. dan sukacitanya ia DAH SIAP! Yeay!

Screenshot kandungan seluruh ebook ini. Banyak kan? Lengkap untuk kegunaan anda 😀

 

Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu ini.

Bacaan lanjut

4 Comments

  1. Saya hampir dimasukkan ke wad sebab keton yang sangat tinggi. Sete1lah didrip air 1 paint keton saya dr 3 naik 4. Di samping itu kencing saya ada protein. Apa perlu saya buat. Sakut pinggang dan sakit perut dah 7 hari.

    1. Sis buat atkins ya, fasa berapa? kalau kencing ada protein ia adalah kerana pengambilan protein yang berlebihan (lebih yang bahaya atau tidak perlu dipastikan sebab ada ja masa Shai begitu). Kalau urgent mohon pm Shai di fb ya

  2. Jenis supplement macam mane yang elok utk diet atkins ni? Vitamin C boleh dak? Saye tengah buat research lg pasal ni diet ni. Kalau boleh nak start dalam masa terdekat. Nak kahwin dah bulan 2 ni >_<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge