Pengambilan Terlebih Protein: Apa Kesannya?

Antara isu yang kerap dibangkitkan dalam diet nak kurus ni ialah dengan pengambilan protein yang berlebihan, yang dikhuatiri memberi kesan kepada tubuh, khususnya buah pinggang. Setakat mana berlebihan tu yang boleh jadi bahaya kepada diri? Baca lanjut di sini.

Kenapa Dengan Isu Kesan Terlebih Protein Ni?

Ketika berdiet, isu protein sering dibangkitkan kerana ia dilihat sebagai alternatif kepada sumber karbohidrat untuk kurus. Dengan pengambilan protein, anda meningkatkan jisim otot (tubuh akan jadi lebih mantap dan/atau sado: ni bergantung dengan rutin senaman juga ni), mengurangkan amaun yang dimakan dalam sehari, serta kenyang dan bertenaga dengan lebih lama kerana protein itu mempunyai nilai glisemik indeks yang rendah.

Jadi ambil contoh samada tubuh seperti The Batu (the Rock le), Jen Selter, mahupun Kim Kardashian sekalipun, common food yang mereka ambil bersumberkan protein.

Dan belum kira aspek kesihatan lain (contohnya kencing manis) yang memerlukan orang itu pantang terus sumber karbo berbentuk nasi, roti, mee dll, dan menjadikan makanan berprotein sebagai sumber utama.

Lihat graf di bawah, betapa bezanya kesan tinggi rendah glisemik ni pada tubuh anda.

betterhealthforwomen.com

Isunya di sini, adalah kerana ‘ketaksuban’ kepada protein tersebut yang naik tanggapan bahawa pengambilan terlebih protein ini yang akan memberikan kesan tidak baik kepada tubuh.

Bagaimana Protein Digunakan Dalam Tubuh?

Salah satu daripada 3 nutrisi makro (yang lain karbohidrat dan lemak sihat), protein ni sebenarnya ialah gabungan molekul kecil dipanggil asid amino, yang akan digunakan dalam bahagian tubuh tertentu, bergantung kepada jenisnya.

Contoh asid amino ni terbahagi kepada dua iaitu essential (seperti isoleucine, leucine, lysine, valine, phenylalanine, dan trytophan) dan non-essential iaitu cystein, alanine, glutamine, proline, dan arginine. Dan kedua-dua kategori ini perlu untuk jadikannya sebagai complete protein untuk tubuh kita berfungsi.

Contoh kegunaan protein ni, digunakan untuk bina sel (sebab komponen utama sel ialah protein), bina otot, penghasilan hormon, enzim, antibodi, dan juga darah, rambut, dan kuku.

Cantik dan kuat nampaknya kuku ni. Kredit: stylecrazed.com

Pendek kata, semuanya lah sebab dari sel pun komponen utamanya memerlukan protein kan.

Bila tak cukup protein, tubuh kita akan rasa terancam dan dia mula shut down proses tertentu. Ya, walaupun ia bermaksud kenyang dengan nasi dan mihun, kalau protein tak cukup ia tetap berlaku tau.

Kalau ambil terlebih protein pula, ia akan dikeluarkan melalui ginjal dan juga peluh, dalam bentuk gas ammonia (jarang sekali untuk keadaan toksik kerana tubuh kita ada mekanisme nya tersendiri, alhamdulillah).

Dan dalam pengambilan protein yang mencukupi, pengambilan air juga ditekankan kerana ia digunakan untuk cernakan protein ini dan keluarkan ammonia daripada tubuh dengan efisien. Sudah pasti, pengambilan protein yang mencukupi akan membantu kepada orang yang amalkan diet tinggi protein dalam proses menurunkan berat badan, seperti dibuktikan dalam pelbagai kajian.

Penyelesaiannya?

Nak tak nak memang kena ambil pun sebab badan kita tak boleh hasilkannya sendiri. Maka sebaiknya adalah ketahui berapa amaun protein yang anda boleh/perlu ambil, kemudian dapatkan ia dari pelbagai sumber agar lengkap untuk kegunaan tubuh.

Contoh sumber protein yang molek:

  • Ayam: sumber popular untuk protein. Untuk hasil lebih baik pastikan anda buat lauk ayam dalam bentuk sup, rebus, kukus, bakar, atau stim. Goreng2 ni kureng sikit.
  • Ikan: sumber lebih baik daripada ayam bebeno nya kerana tidak ada hormon tumbersaran seperti ayam (walaupun ada beberapa kerisauan yang ikan ada logam berat tu: ikan salmon, tuna gitu selalunya). Seperti ayam, sebaiknya dalam bentuk sup, rebus, kukus, bakar, atau stim juga.
  • Kekacang
  • Bijirin whole grains: tambah dengan serat untuk kesihatan usus anda

 

Secara umumnya, wanita dewasa perlukan 46g (70g kalau menyusu dan/atau mengandung), lelaki pula dalam 56g. Namun begitu, ia bergantung kepada cara hidup, jenis tubuh, dan tahap aktiviti anda juga. Kalau biasa2 dan tidak aktif mungkin kurang, kalau yang aktif masuk marathon haruslah lebih.

Anda boleh check gambaran kasar amaun protein yang anda boleh ambil, di kuiz ini: Sangat membantu tau.

Bagaimana Pula Dengan Protein Shakes?

Protein shake ia memudahkan anda untuk ambil sumber protein dengan segera, atau anda memerlukan sumber tambahan untuk topup untuk tujuan tertentu (bina otot ka, nak pulihkan bekas luka disebabkan melecur atau terlibas pisau ka, kerana protein amat diperlukan dalam proses pemulihan tau).

Jika anda perlu atau takda masa nak makan, ia pastinya membantu. Dan amat digalakkan untuk check jenis asid amino apa yang ada dalam protein shake, agar anda boleh adjust dalam pemakanan pula.

Semoga membantu! Share post ini jika bermanfaat. Follow rapat2 blog ini untuk lagi banyak info kesihatan terkini. Ada soalan, komen aja di post ini ya.

Rujukan: 1,2,3,4

 

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge