Diet Mengikut Jenis Tubuh Anda

Diet mengikut jenis tubuh ini, bermaksud bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap jenis makanan yang diambil, metabolisme, dan bagaimana sistem hormon anda berfungsi. Tak perlu rasa tidak adil terhadap kawan anda yang kurus keding melidi lagi. 

Nampak macam tak logik tapi itulah yang berlaku: kawan anda yang kurus lepas kawin pun kurus, lepas beranak pun tetap kurus. Dia kawan yang makan banyak setiap 3 jam, meratah tanpa henti, pun tetap kurus. Kita yang terlebih nasi ni esok perut mula nak buncit.

Rasa tak adil tu buang jauh-jauh ajalah kerana ada puncanya disebabkan begitu. Faktor keturunan, yang membentuk jenis tubuh kita yang ada pada hari ini. Kerana itu, daripada jenis tubuh juga akan menunjukkan anda jenis dan gaya pemakanan yang perlu anda amalkan agar berat badan ideal mudah dan cepat untuk dicapai.

Diet Mengikut Jenis Tubuh

Diet mengikut jenis tubuh ini, bermaksud bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap jenis makanan yang diambil, metabolisme, dan bagaimana sistem hormon anda berfungsi.

Artikel berkaitan. Jenis makanan yang dimaksudkan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu macronutrisi dan mikronutrisi (vitamin dan mineral). Klik link tersebut untuk bacaan lanjut ya.

Dan jenis tubuh ini terbahagi kepada tiga, iaitu: endomorph, mesomorph, ectomorph.

Kebaikan Mengamalkan Diet Mengikut Jenis Tubuh

Antara kebaikan mengamalkan diet/gaya pemakanan jenis ini, anda dapat:

  • Mengenali diri anda dengan lebih baik
  • Tahu makanan apa yang anda perlu kurang,elak, atau pantang demi kesihatan anda
  • Tahu di mana kekuatan dan kelemahan diri dalam aspek nutrisi

Perhatian Tentang Jenis Tubuh

Jenis tubuh ini bukanlah sesuatu yang mudah dilihat dengan mata kasar. Gaya pemakanan kita yang terabur ni sedikit sebanyak dah menutupi bentuk dan jenis tubuh kita yang sebenar. Boleh juga, anda jaga makan dengan begitu baik sehingga anda jenis tubuh anda yang sebenar tidak lagi kelihatan.

Jenis tubuh ini, adalah membantu untuk anda lebih mengenali diri, dan seterusnya mengambil langkah proaktif agar tubuh anda sihat dan bertenaga untuk tahun akan datang.

Klik sini untuk bacaan lanjut tentang jenis tubuh yang ada. Bacaan ini panjang sedikit tau.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge