Repair Bedak Makeup Yang Pecah Secara Diy

Makeup yang terjatuh pecah boleh tercabut jantung tengok. Takkan nak buang je kan.. Sayang kot. Jadi Shai dah cuba cara diy ini dan terbukti menjadi. Beli isopropyl alcohol untuk digunakan dalam repair bedak makeup yang pecah. Gini caranya.

Tujuan cari cara-cara nak repair bedak makeup pecah ni sebab compact powder kita kesayangan pecah. Tak tahu macam mana, buka-buka je dah jadi debu ala-ala loose powder.

Dah lah favorite kot. Yang Maybelline BB Silk tu. Elok sangat buat bedak pakai sebelum keluar dan untuk touch up. Tekstur halu dan lepas dia setting di kulit blend elok ja nampak natural.

Ok, dah melalut review ke bedak ni. 😛 Back to topic.

Repair Bedak Makeup Yang Pecah Secara Diy

Memandangkan tak nak membazir, gigih jugak mencari cara terbaik untuk betulkan semula makeup yang dah pecah ni. Dan rahsianya adalah dengan menggunakan isopropyl alcohol ni. Memikir jugak betul ke cara ni, tapi Shai dah review habis-habis di forum ibu luar negara (diorg memang kaki DIY tegar) dan blog kecantikan.

Jadi tiba masa Shai sendiri yang test DIY ini.

Langkah Repair Bedak Makeup Yang Pecah

Korang perlukan larutan isopropyl alcohol tu, bedak yang pecah yang nak di repair tu, serta sekeping plastik (sebaiknya macam cling wrap) atau sudu besar untuk ratakan bedak tu.

Peringatan: hasilnya kalau nasib baik secantik macam beli kat kedai semula lah. Kalau tak, ada lah permukaan tak rata mana-mana. Lagipun bedak tu buat pakai kat kulit, no big deal pun. 😛

Dengan bedak makeup tu, korang tuangkan isopropyl alcohol sedikit demi sedikit ke bekas makeup korang. Sambil tuang, ratakan bedak tersebut ala-ala nak jadi larutan, kalau boleh sehingga tenggelam sedikit sahaja bedak tu. Jangan over tuang nanti membazir ja sebab alkohol itu meruap.

Rujuk gambar ini:

repair makeup yang pecah
thebeautydepartment.com

Biarkan compact powder tu terbuka agar kering semalaman. Nak best tala lampu terik direct dekat bedak tu biar cepat kering.

Nak jemur kat luar pun boleh. Cover sedikit takut tahi cicak ada kang. 😛

Dah kering, test dengan tekan sedikit dengan jari untuk pastikan bedak tu dah keras dan utuh. Bukan keras mana sampai korang kena kikis untuk bedak, tapi sekurang-kurangnya, taklah mudah pecah kalau bucu bedak tu terlanggar ke apa kan.

Siap.

Tip: Korang boleh gunakan bedak debu (loose powder) lain untuk tambah ke bekas compact korang. Cam Shai buat, dapat hadiah bedak debu Morphe ni ni, Shai gunakan dalam bekas bedak Maybelline BB Silk tu – bekas dia lawa, kecik square dan penutup berkilat, boleh guna sebagai cermin.

https://www.instagram.com/p/Bap-nJBg7UoYNpH2HrqIYZhK9OnqN6JfCdOAks0/?taken-by=shairyan

https://www.instagram.com/p/Bap-nJBg7UoYNpH2HrqIYZhK9OnqN6JfCdOAks0/?taken-by=shairyan

Ok, ni dah second review ni..haha.

Selamat Ke Isopropyl Alcohol Kat Kulit Ni?

Setakat Shai baca ni, takda masalah. Korang nak sterile kulit sebelum cucuk (cam biasa Shai buat untuk ayah mertua), guna hati ni lah. isopropyl alcohol  juga ada dalam beberapa produk mandian, kulit dsbg. Tak ingat dah sebab apa.

Kat Mana Shai Beli Isopropyl Alcohol Ni?

Shai beli di kedai sini ja. Korang klik sini. Servis bagus, Shai dapat dalam 3 hari tak silap. Lepas tu dia ada follow up kot2 kita nak tanya apa-apa tentang produk mereka. 😀

Untuk makluman, bila korang beli items yang Shai kongsikan dekat laman ni, Shai tak mark up harga apa2 tau. Apa korang beli sama je dengan Shai beli, harga sama ja don’t worry. Sebab Shai dapat komisen (cinonet je pun) direct daripada Lazada sendiri. bukan dari produk bila korang beli yang disiarkan di sini. Untuk lagi detail, korang baca kat sini tau.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge