Resipi Masker Cantik Untuk Raya, Event, Dan Kawin

Selain dari rutin biasa seperti mencuci, guna penyegar, dan pelembap, penggunaan masker dengan berkala lagi bagus sebab rutin ini akan all-out memberikan segala nutrisi yang diperlukan kulit. Sebab itu juga mengapa trend sleeping packs Korea sekarang ini sangat popular. Sekali pakai, konfom lepas tu rasa lembut je kulit. Dan ini antara resipi masker yang dikumpulkan untuk keadaan kulit, termasuk yang biasa Shai buat sendiri.

woman-applying-face-mask

Masker Santan Untuk Kulit Kombinasi/Kering

Ini resipi yang paling simple dan Shai biasa buat setiap kali masak lauk-lauk yang menggunakan santan sebagai bahannya. Ada lebihan santan pekat, Shai akan sejukkan dulu, dan disapukan sambil diurut kulit muka (khususnya di kawasan kulit kering) sebelum dibasuh.

coco bath items. coconut, milk, towel. white spa
Sedap bau santan ni 😀

Santan kelapa ini kaya dengan pelbagai vitamin, zat besi dan protein untuk lembapkan kulit, lebih power dari air. Dan bonusnya, boleh juga digunakan untuk rambut dan seluruh tubuh.

Untuk mudahkan kerja, beli lah serbuk santan (tuang dalam bekas kedap udara) dan letak sekali dengan bekas dalam bilik air. Selang sehari boleh guna dengan mudah ^^v

Masker Yogurt Dengan Limau /Vitamin C Untuk Kulit Kusam

Sesuai untuk sesiapa yang mengalami masalah kulit kusam dan gelap, yogurt mengandungi asid laktik yang akan larutkan sel kulit mati dengan lembut, manakala asid dari jus limau membantu untuk exfoliate dan memberi tona kulit dengan sekata.

Malah telah dibuktikan dalam kajian, pengambilan vitamin C melalui kulit juga akan berikan hasil yang sama kita ambil melalui pemakanan, khusus untuk manfaat kulit.

Hanya perlu campurkan yogurt dengan sedikit perahan jus limau (oren atau limau kasturi pun boleh) atau lebih baik, tumbuk 2,3 biji tablet vitamin C dan ditambah ke yogurt, sebelum disapukan kepada kulit (kandungan vitamin C dalam 1 biji tablet sama cam 5 biji oren).

2,3 tablet ni yang Shai guna buat masker
2,3 tablet ni yang Shai guna buat masker. KLIK SINI untuk baca review guna sekali dengan vitamin E, sebagai set cantik (update secara mingguan)

Nota: susu pun boleh digunakan untuk ganti yogurt, cuma eloknya susu tepung lah agar teksturnya likat untuk duduk diam kat muka. 😀

Masker Pisang Dan Epal Untuk Kulit Awet Muda

Resipi yang sesuai untuk kulit berumur 25 tahun ke atas: Pisang digunakan untuk sebagai ‘base’ untuk jus dan isi epal yang dihancurkan ini, pisang kaya dengan vitamin A, B, dan E yang kesemuanya berfungsi untuk mengawal kelembapan kulit, memulihkan cela, serta membantu untuk kulit dengan lebih berseri-seri.

Banana and apple on white background

Tambah lagi dengan asid buah dari epal, yang berfungsi untuk tanggalkan sel kulit mati untuk bantu struktur kulit sentiasa hasilkan kulit baru yang maintain mulus dan gebu (sebab tu banyak produk anti-aging gunakan bahan dari vitamin A yang banyak dalam epal, dikenali sebagai retinol).

Hanya perlu hancurkan sebiji pisang dan 2,3 ulas epal dan dilenyek sehingga berbentuk paste untuk disapukan kepada muka.

Alternatifnya, boleh perah minyak dalam kapsul carotomax dalam paste pisang tersebut untuk hasil lebih ummph (sebiji carotomax ada minyak dan pati dari tomato, strawberi, lobak, minyak sawit, dan semestinya epal)

Masker Alfalfa Untuk Kulit Berminyak Dan Pori-Pori Besar

Hehe..ni masker untuk Shai lah ni, sebab hidung berminyak, pori-pori beso giler, jenuh nak cover. +.+

khasiat-alfalfa
Kacip fatimah pun ada alfalfa ni

Selalunya, Shai akan tumbuk 2,3 biji tablet alfalfa (sebotol ada 330 tablet, tak luak pun. Hehe) ini untuk disapukan ke kulit muka. Kandungan nutrien yang tinggi dengan pelbagai vitamin, mineral, klorofil, dan fiber membantu untuk pulihkan kondisi kulit dan membantu untuk lebih berseri dari dalam.

Masker Kopi Special Untuk Mata Yang Sembab Dan Gelap

Special untuk sesiapa yang mengalami masalah mata sembab (puffy eyes) ni, masker kopi amat membantu kerana kandungan kafein akan kecutkan salur darah halus di bawah mata, seterusnya membuang lebih air yang terperangkap bawah kulit tu (water retention namanya).

kopi mask coffee

Hanya perlukan serbuk kopi dan sedikit air dan disapu di  bawah mata. Shai lebih suka tumbuk sekali vitamin C untuk boost sket kulit agar tak gelap cam Po. Huhu..

Tip: Gunakan serbuk kopi untuk hilangkan selulit, tip kecantikan dari Ratu Universe Ariana Teoh

Bacaan lanjut

4 Comments

    1. minum kopi juga membantu untuk awet muda dengan kandungan kafein dan antioksidanya. hanya perlu cukupkan air masak kerana kopi agak diuretik 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge