Review: Siri Buku Pantas Membaca

Dalam homeschooling Naz ni, banyak aktiviti Shai sediakan untuk ajar dia di rumah, selain terapi untuk dia, dan salah satu komponen yang kena ada pastilah membaca. Shai survey merata-rata juga mencari yang memenuhi kriteria yang Shai nak, akhirnya jumpa dengan Siri Buku Pantas Membaca.

Merata-rata bukan sekadar online tau, Shai pergi kedai buku merata dekat Kinokuniya lah, MPH lah, dll sebab nak tengok sebijik2 isi kandungan dalam buku tersebut. Yelah, biar alah membeli menang memakai kan, kalau beli walau berapa harga tapi terbiar rasa terkilan pulak nanti.

Tak suka tau. -.-

Anyway, merata Shai cari, termasuk yang pilihan popular Siri Bacalah Anakku. Namun siri ini berbanding yang Siri Buku Pantas Membaca lebih baik sebab dia jilidkan dalam satu buku. Memudahkan untuk Shai tanda apa yang dah cover dan letak nota-nota tertentu.

Masa bungkusan buku baru diterima

Antara Kelebihan Siri Buku Pantas Membaca Yang Shai Tengok

Setiap muka surat nya bewarna warni, memang menarik hati nak gunakan.

Tulisan yang gedebuk besarnya, senang anak nak tengok, dan noted terma suku kata yang digunakan dalam warna-warna asas dan kontra iaitu hitam dan merah – in a way ia boleh bantu biasakan anak bawah 6 bulan untuk tengok, sebab warna hitam, putih, dan merah yang mereka lebih cam (berbanding warna pastel).

Ada CD untuk install dalam komputer, untuk bahan tambahan rasanya. Shai tak tahu sebab laptop takda CD hard drive punya. -.- Share lah kalau korang ada tau.

Kertas yang digunakan adalah daripada kertas keras glossy, inshaa Allah kurang kebarangkalian anak nak koyak soyok – memang aku jaga buku tu selagi boleh elak. 😛

Kandungan disusun ikut tahap kesukaran. Boleh selesai satu bahagian betul2 sebelum masuk bahagian lain, atau balik ke bahagian sebelumnya untuk review semula. Bagus sangat2 feature ni sebab senang, Shai boleh gunakannya sebagai satu rangka untuk buat material homeschool sendiri.

Setiap permulaan bab ada cerita serba sedikit kandungan pelajaran, jadi mak ayah boleh jadikan tu sebagai target goal, atau starting point untuk google lebih banyak material berkaitan.

Hasil Menggunakan, Setelah Sebulan Lebih

So far, so good untuk Shai. Menyenangkan kerja Shai untuk susun apa yang nak ajar, dan buku tu sendiri memang menarik untuk dibaca. Skip2 lari tak nak baca buku tu standard lah, anak lelaki. -.-.

Yang Shai perasan, Naz dah mula gunakan dua tiga suku kata untuk jadikan satu ayat bila bercakap, alhamdulillah. Dari sekadar tarik tangan dan tunjuk, ke satu perkataan je (nak, nasi, minum, dll), sampai sekarang, sangat puas hati n bersyukur sangat2 Allah mudahkan.

Jenuh jugak umminya nak sumbat macam2 perkataan dalam otak dia sampai melekat. Hehe..

Shai kongsikan link nya di sini, Shai beli dekat seller ni, di lazada terus. Sampai dalam 3 hari ja, elok berbalut dan buku sempurna ja dapat.

Gambar depan, belakang, dan ketebalan buku

Kesimpulan review Shai; puas hati. 🙂

Semoga membantu korang membuat pilihan cari buku untuk anak ya. Ada buku baru lagi Shai kongsikan. 🙂

Untuk makluman, bila korang beli items yang Shai kongsikan dekat laman ni, Shai tak mark up harga apa2 tau. Apa korang beli sama je dengan Shai beli, harga sama ja don’t worry. Sebab Shai dapat komisen (cinonet je pun) direct daripada Lazada sendiri. bukan dari produk bila korang beli yang disiarkan di sini. Untuk lagi detail, korang baca kat sini tau.

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge