Diet Mediterranean Untuk Awet Muda

Diet ini diperkenalkan sejak beberapa tahun dulu dan mengamalkan diet ni masih ada sampai sekarang, kerana terbukti dalam kajian yang diet ni memang berkesan. Cara pemakanan ni diamalkan beratus tahun di kawasan Mediterranean kot, dan memang kajian menunjukkan rata-rata rakyat kawasan sana yang amalkan cara pemakanan ini, terbukti sihat.

Diet Mediterranean, diet kurus, diet untuk jantung

Ada juga kajian dari negara-negara lain tentang kaitan diet dan tahap kesihatan mereka seperti orang Inuit dan Jepun, boleh klik sini untuk rujukan.

Apa Itu Diet Mediterranean

Okeh, balik kepada topik. Secara ringkasannya, diet Mediterranean ini amat membantu dalam memulih dan menguatkan sistem tubuh, khususnya bahagian sistem penghadaman dan kaitannya dengan penuaan.

Maksudnya, bila kita makin meningkat umur, sel kita makin tua kan. Jadi dengan mengamalkan diet jenis ni, ia akan menguatkan ketahanan sistem penghadaman, serta bakteria baik (microbiome) yang ada dalam usus tu untuk bantu tubuh maintain awet muda selama mungkin, berbanding tua cepat sebelum usianya (kalau mat saleh sebut premature aging lah).

Kunci Diet Mediterranean

Dan ini dilihat dari bentuk pemakanan diet ini yang tinggi serat fiber dan pelbagai vitamin mineral yang ada yang menyumbang kepada faktor pemulihan dan melambatkan penuaan (bukan dekat kulit je ni, kesan penuaan dalam isu ni merangkumi pelbagai aspek seperti tulang, metabolisme, dan stamina korang).

Dan dilihat di sini juga, diet Mediterranean sangat bermanfaat untuk jantung.

Baca sini: tanda-tanda metabolisme korang dah tua dan menurun.

Secara ringkas, diet Mediterranean diamalkan dengan mengambil kategori makanan pada nisbah dan kekerapan tertentu

Dan kita amalkan diet seperti dalam infografik ini:

Kalau tak minum wine, jangan le sibuk XD. Orang sana biasa minum peraman anggur ni

Manfaat Diet Mediterranean

Dibuktikan dalam beberapa kajian yang diet Mediterranean dapat memperbaiki tahap kesihatan sistem penghadaman kita, jika diamalkan dengan konsisten selama 12 bulan.

Trivia: kalau usus korang sihat, korang pun susah nak kena demam tau 😉

Manfaat diet Mediterranean kepada pelbagai aspek iaitu:

  • Kesihatan jantung
  • Kencing manis
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Menguatkan daya pemikiran dan ini secara tak langsung elakkan nyanyuk
  • Sistem imunisasi/ketahanan makin kuat
  • Kulit lambat kedut dan lambat tua
  • Dan pastinya berat badan yang ideal

Kesimpulan

Perlu diingat diet Mediterranean ni bukan satu diet semata-mata tapi satu bentuk cara pemakanan yang diamalkan.

Kalau korang terfikir jika ia sesuai dengan diet rendah karbohidrat – jawapannya ya – sebab korang perlu hadkan karbo dan dalam diet ni memang lebihkan kategori sayuran. Cuma part lemak ja lebih sedikit dalam diet Mediterranean yang tak sama dalam diet rendah karbo 😉

Sumber: 1 2

Alang-alang follow ig rasmi di sini ya!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge