Detoks Sebelum Diet – Pentingkah?

Semua orang yang perlu detoks sebenarnya tau. Namun keperluan untuk ‘menyucikan’ diri sebelum memulakan diet (lagi2 diet yang strict seperti Atkins) adalah sangat digalakkan kerana ia bermanfaat untuk buang siap-siap segala macam toksin dan bahan kotor yang bergumpal dalam badan bertahun-tahun.

Boleh aja kalau tak nak detoks (sekalipun tak merancang untuk berdiet sekian2)

tapi apakah engkau yakin usus kau bersih bebas kerak??

Tanda Usus Yang Sihat

Usus yang bersih (dan cantik?) adalah sangat penting sebenarnya, malah ia boleh dijadikan sebagai pengukur dalam kesihatan kita. Boleh kata, hampir semua penyakit datang dari usus yang tidak bersih – gumpalan sisa makanan yang lama dan tersangkut di celah2 lining usus (eww!) akan menyebabkan pembiakan kuman, melemahkan sistem imun yang akhirnya menyebabkan anda jatuh sakit.

Ini fakta kerana dalam usus kita terdapat bakteria ‘baik’ dan ‘jahat’, dalam nisbah 80:20.

Usus yang sihat mempunyai nisbah yang disebutkan di atas untuk keseimbangan ‘habitat’ mereka dalam usus kita tu.

Jika Usus Tidak Sihat?

Kalau ada bahan kotor atau something yang tak kena dengan usus, bakteria jahat akan membiak dengan pantas (yelah, sisa makanan tu free2 je dapat) dan melawan jumlah dengan bakteria yang baik tadi tu. Yang jahat bukan takat membiak je ye, depa  buat havoc dan akhirnya buatkan korang sakit2.

download
kerak usus. terpaksa blur sebab geli siot

 

Manfaat Detoks Untuk Tubuh Kita

Sebab tu, detoks secara berkala, lebih2 lagi jika korang tak pernah buat dan nak diet, buat lah dulu ya untuk nampak perubahan hasil diet dengan lebih cepat. Malah, detoks juga membantu kita fokus untuk diet dengan bersungguh2.

Walaupun masih belum ada penemuan dan kajian yang menyokong detoks sebagai proses pra-diet, secara logik boleh kita analogikan, apabila usus kita dah cantik bersih, makanan dan pengambilan supplemen akan diserap dengan lebih sempurna.

Good-bacteria

Bukan sahaja usus je, detoks pun akan membantu hati, buah pinggang dan sistem limfa (yang hasilkan darah putih) untuk berfungsi dengan lebih optimum.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge