Biasa Tidur Dengan Lampu Terbuka? Baca Sini

Artikel ni khusus untuk mereka yang biasa tidur dengan lampu terbuka. Kalau korang tidur berselubung bergelap bboleh baca sebagai proof korang tidur bergelap tu bagus hehe..Sebab apa tidur dengan lampu terbuka ni tak bagus untuk kesihatan kita?

tidur dengan lampu terbuka

Tabiat ni akan ganggu kitaran waktu tidur, kesan kepada pelbagai isu kesihatan, buat kita lebih murung, atau paling teruk, kanser (klise betul semua benda akhirnya jadi kanser kan? Tapi itulah hakikatnya, terbukti dalam kajian jangka panjang).

Kesan Tidur Dengan Lampu Terbuka Kepada Kesihatan

Kitaran Waktu Tidur Terganggu

Kitaran waktu tidur kita ni berkait rapat dengan kuantiti cahaya yang kita dapat di siang hari, serta kuantiti cahaya yang ada pada waktu malam.

Secara alami, waktu malam tubuh kita otomatik akan fikir kena rehat dan tidur, dan apa sahaja cahaya pada waktu malam, tubuh kita ingat kena bangun dan bekerja.

Jadi dari situ tubuh kita akan ‘terfikir’ dah tu bila masa nak tidurnya? < di situ lah kitaran tidur kita terganggu.

Tubuh kita menghasilkan hormon tidur dipanggil sebagai melatonin untuk membantu memudahkan kita mengantuk dan lelap – dan sebarang cahaya akan mengurangkan kuantiti penghasilan hormon tersebut.

Penghasilan hormon melatonin ini dalam persediaan untuk tidur malamnya. Sumber

Cahaya terang pada waktu malam boleh ganggu waktu tidur korang anjak setengah jam ke depan, dan menyebabkan korang lebih letih waktu siang esokknya.

Keletihan ini juga kesan langsung daripada tubuh tak cukup masa nak repair betul2 apa yang tak kena dalam badan kita (pencernaan lemak, metabolisme, dan inflamasi dsbg) dan itu yang segala macam penyakit datang.

Kemurungan

Tidur dengan lampu terbuka pun boleh buat kemurungan. Who knew?

Cahaya pada waktu malam stimulasi perubahan pada otak dan menyebabkan kesan-kesan kemurungan, datang dari kitaran waktu yang dah terabur. Kalau korang tidur bergelap betul2 pada waktu malam, simptom ini akan dibetulkan semula (fuh).

Tempoh Dan Kualiti Kesuburan

Hasil kajian aspek ini didapati dari jururawat yang kerja shif malam, memang terbukti ganggu kitaran haid mereka.

Dan dengan bertambahnya masa shif, bertambah kadar gangguan pada kitaran haid mereka (yang ni Shai assume sekali dengan rushing dan stress sebab kerja nurse on-call letih juga kot).

Risiko Kegemukan

Yang ni orang paling cuak tapi memang terbuti kesan kegemukan akibat tidur dengan lampu terbuka.

Kerana kitaran waktu tidur juga menyebabkan kesan domino kepada waktu dan kitaran pemakanan.

Ini menyebabkan kita cepat lapar dan cenderung untuk mengambil makanan yang tinggi karbohidrat keesokkan harinya, selain tubuh tak dapat nak cernakan lemak seoptimum macam biasa.

Korang yang banyak melantak makanan yang tinggi karbo, bawak-bawak lah kurangkan demi kesihatan dan perut korang. Baca sini kenapa 😀

Min pernah alami, min tau lah. Kalau korang, cer test tidur sejam dua sebelum subuh lepas tu tengok seharian lepas tu.

Zaman la ni gunakan cahay dekat 100-500x ganda lux berbanding zaman dulu. Bayangkan ribuan tahun badan dah terbiasa tidur waktu gelap terganggu dengan cahaya banyak sekaligus. Sumber.

Kesimpulan

Serius baca info semua ni menyebabkan kita rasa kena tukar dah tabiat tidur lambat dengan lampu terbuka ni. Nak takut dengan gelap pun, sampai bila kalau kita berat makin naik lepas tu 😀

Memang tak boleh cahaya sikit pun ke? Boleh juga, tapi ada caranya yang Shai akan tulis post baru dan link ke sini ya 😉

Sumber: 1,2

*artikel ini ditulis, tak bermaksud nak secara halus ‘shade’ kecam pada yang kerja shif malam, apa lagi yang memang tak boleh nak tidur awal/cukup dengan kerja/tanggungjawab yang ada. Cuma nak highlight kesan2 yang telah dibuktikan dalam kajian, jadi sekurangnya korang tahu mana datang faktor berat badan, psikologi, dan kesihatan tubuh yang dialami 😀

Bacaan lanjut

No Comments

  1. Tidur lampu terbuka meningkatkan risiko kegemukan tu memang pernah baca somewhere. I guess betullah tu kan? Tapi kita ni tido mesti nak gelap, kalau tak rasa esok bangun pagi macam tak cukup tido je, huhu.

    1. Beribu2 tahun hidup dengan cahaya matahari n koman2 lilin n unggun api. La ni upgrade backlight hp pun mcm spotlight dah tubuh kita secara biologi diprogramkan sebegitu. Jadi ikut fitrah asalnya dgn tidur dalam bergelap adalah terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge