Tips Menguruskan Frust Dan Tantrum Anak Autism

anak tantrum, autism tantrum, mengamuk

Anak yang sekarang di umur yang cuba nak meneroka dunianya dan kadang-kadang apa yang dia cuba buat tu ak dapat, memang akan datang rasa frust dan kemudiannya tantrum.

Biasalah tu. Dan yang penting ibubapa boleh atur dan adjust langkah tertentu agar dia belajar dari episod frust tu. Sebab masa dia tengah mengamuk, dia tak boleh buat kan. Jadi apa yang anak kena buat dan handle selepas itu?

Sebab Naz dah besar ni, dah masuk fasa dia explore dengan apa yang dia ada dan cuba nak buat sesuatu yang baru. Dan bila dia tak dapat buat, dia akan marah2 dan mengamuk.

Umminya tahulah dia tengah frust sebab apa dia nak buat tu mungkin susah untuk umurnya. Still, kena ajar juga cara nak handle dengan beri input (mentoring advice kununnya lah) untuk naz ambil info baru dan cubajaya eksperimen dia tu, sampai jadi. 😀

Apa yang naz sibuk nak buat tu?

Apa yang dia tengok dekat youtube video review mainan dan setup tracks hot wheels tu, itu lah yang dia nak tiru. -.- Sampai habis Tack it aku dia habiskan.

Sumber lelong.com

Jadi Shai baca beberapa artikel/jurnal berkaitan children behavior ni dan cubajaya dekat Naz untuk dia mudah uruskan stress/emosinya (dan mungkin guna Tack It ummi dengan berhemah sikit).

5 Tips Menguruskan Anak Yang Frust

Rasa Frust Itu Sesuatu Yang Normal

Haruslah rasa frust tu sesuatu yang normal kot. Kita pun ada waktu frust (frust menonggeng apatah lagi)jadi anggap ia perkara normal walaupun anak kalau mengamuk dia jerit tempik ke apa (yang part jerit tu nanti) jadi secara tak langsung anak tahu rasa frust itu adalah normal untuk dirasai, dan boleh dilepaskan rasa frust tersebut, dengan cara yang betul.

Idokla suruh dia diam/senyap dulu, nanti dia nak lepaskan geram tu dekat mana pula. Sekadar slow2 bagi dia lepas geram sat.

Duduk Dekat Dengan Anak

Duduk berdekatan dengan anak boleh sedikit sebanyak bagi dia rasa selamat dan tahu maknya ada dekat sebelah. Masa tu kita boleh nasihat dia marah tu biar pelan-pelan ka (still boleh lepas geram sat tapi berpada sikit), bagi idea macam mana nak buat/cari penyelesaian ka (tu lah yang Tack It Shai cepat habis ergh), atau tanya ja kot2 dia perlukan bantuan kita.

Masa ni juga boleh usap dan doa untuk dia cepat sejuk dan cepat fikir apa dia kena buat ke apa, instead nak dwell in frustration lama sangat.

Biar Anak Mencari Penyelesaian Sendiri

At one point juga kita biarkan anak cari penyelesaian sendiri, untuk latih otak dia berfikir apa lagi cara boleh dia buat untuk setel masalah tersebut.

Takda sangat satu solusi solid untuk satu masalah. Tak caya try buat pembuktian trigonometri add math tu hehe.. macam2 cara ko kona formula untuk “proven” 😀

Pastikan Situasi/Mainan Yang Sesuai Dengan Usia

Ada juga kemungkinan yang mainan/sesuatu yang anak dok hadap tu tak kena dengan level dia, dan itu yang buatkan anak frust tu. It’s okay lah; kita boleh adjust agar ikut level anak kita. Secara tak langsung elak anak cepat give up, pada masa sama boleh tambah aras pemikiran dia.

Macam Shai currently dok main game Tomb Raider. Ada yang advance level sikit tu Naz gatal nak main. Susah lah kot maknya pun terkial2 nak tekan keyboard. Lepas tu mengamuk2 tak tahu nak jalan dekat mana XD

Kena gelak dengan ummi lah kejap lepas tu tunjukkan kat mana suruh dia buat sendiri.

Ajar Anak Tunggu Dan Sabar

In the end, kena juga ajar anak apa itu erti sabar. Dan tak semestinya semua benda dia boleh dapat, masa tu jugak.

Sabar juga bermaksud untuk hilangkan marah/geram tu dulu sampai cool sikit, baru boleh fikir straight untuk cari penyelesaian masalah tu.

Apa Shai buat dekat Naz bila dia mengamuk2, perkataan “sabar” tu sentiasa ada (variasi sikit dengan “tunggu” ka. “stop”, “wait” dsbg) untuk ingatkan dia be patient sekejap.

Tak mudah juga since Naz mild autism. Tapi kena reinforce banyak kali sampai dia faham, dan biasanya datang dari situasi lepas dia cool tu, tiba2 boleh dapat solution, masa tu ingatkan dia balik pengajaran dan gelak jugak sekali hehe.. Malu-malu lah Naz. XD


Lain kali dengar cakap mak hokay.

Apa Beza Frust Tantrum Ini Dengan Yang Autism Pula?

Autisme ke normal, skill menguruskan frust ni kena ada dalam semua orang, dan sedikit sebanyak kena latih setiap masa juga.

Kita yang tua-tua pun ada masa frust rasa nak menyumpah kot. XD

Cuma dengan autisme ni, kena reinforce lebih sikit dari biasa since wiring otaknya tak sama. Jadi praktis lebih sikit akan bantu otak bina neuron2 banyak untuk dia ingat, bila dia frust, dia kena sabar dan cool untuk cari penyelesaian.

Mengamuk2 takat tu ja pun. 😉

Dan tips di bawah ini juga biasa Shai amalkan bila Naz mengamuk2 ke apa.

Shai juga gunakan tips ini 😀

Share post ini jika korang atau ada tahu sapa-sapa anak yang masih lagi kuat tantrumnya ya. 😀

Bacaan lanjut, post untuk mendidik anak agar lebih fleksibel sikit. 😀

Sumber:1,2, pengalaman sendiri ^^v

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. satu ujian untuk mengurus anak yang menghadapi autism..

    lebihkan kasih sayang dan kesabaran…

    semoga perkongsian ini amat bermanfaat kepada mereka yang memerlukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge