Melatih Anak Autisme Untuk Lebih Fleksibel

kanak kanak autisme, anak tantrum

Nak melatih anak autisme untuk lebih fleksibel ini bukan sesuatu yang mudah woo..Tentang budak-budak khususnya yang autisme ni, depa lebih kepada fixed behavior, yang lihat sesuatu benda sebagai mutlak, sebagai hitam putih semata-mata and shades of grey senang cerita.

Melatih Anak Autisme Untuk Lebih Fleksibel Dengan Naz

Yep, itu yang Shai sedang hadap dengan Naz , dan pastinya ada langkah nak jinakkan sedikit behavior ini.

Bukan apa, nak cari yang hitam putih tak boleh semua benda kot. Dalam Islam pun kena bertimbang rasa/bertolak ansur, malah ada hukum pun rukhsah untuk kemudahan kita kan. Melainkan benda2 berat dan besar tu padanlah kalau nak kena balas ikut sepadannya. 😉

Jadi, kembali kepada topik. Rigid behavior ini salah satu tanda utama dikalangan kanak2 autisme ni. Rutin kena sentiasa sama setiap masa, kena ikut peraturan sebijik2 dan tak boleh nak lebih kurang sikit pun, apalagi nak bertimbang rasa. Berlari sikit ja jangan kata nak bebel, boleh sampai dia anxiety/risau berlebihan apalagi dia mengamuk, pukul2, atau tantrum terus.

Naz..semua benda bukan macam komputer nak kena binari 1 dan 0 kot. -.-

Of course, ia akan berlaku jika kita tak jinakkan peel tu agar boleh berlebih kurang dengan orang lain, seawal mungkin.

Kesan Mindset Yang Tetap/Fixed

Difahami juga, mindset sebegini bukan kerana apa. Tapi sebab mereka umumnya senang stimulated dan telah didedahkan dengan suasana yang sentiasa berubah dari kecil lagi, fixed mindset ini sedikit sebanyak boleh bantu dia rasa selamat dan secure. Sebab boleh tahu nak expect apa.

Similar dengan orang yang perfectionist lah.

Cuma kurangnya, ia tak nampak perspektif orang lain dan juga tak nampak pattern bagaimana dunia bergerak, dengan berganda2 pilihan orang lain yang bergerak antara satu sama lain.

Tandanya seperti:

  • Menolak apa sahaja yang berubah walau secoet sedikit pun
  • Nak kawal semua benda, apalagi kena ikut dia ja
  • Apa yang bercanggah dengan dia tu kira salah dan nak melawan cakap dia
  • Feeling/perasaan kuat sangat. Kalau marah, marah betul walhal benda kecik ja kot

Mujurlah Naz ni kecik lagi boleh dilentur biiznillah. Kalau dewasa masih macam tu memang mintak kena pulas telinga tu n minta maaf dekat orang lain. Tak elok perangai sebegitu kot

That said, a flexible thinking sangat2 penting untuk bantu dia hadap dunia luar dengan mudah, melalui kognitifnya. Jadi bagaimana nak melatih anak autisme untuk lebih fleksibel?

Kognitif Yang Fleksibel

Maksud cognitive flexibility ni ialah kesedaran untuk suatu masalah/isu ada beberapa penyelesaian atau respon yang boleh dibuat. Ia berkait juga dengan kemahiran uruskan stress dan ketahanan, serta kemahiran untuk tukar fokus untuk fikirkan benda lain dengan lebih cepat.

Contohnya kalau kita tengah khusyuk memasak then anak minta tolong homework dia, kita boleh alihkan sikit perhatian untuk tengok apa yang tak kena dekat homework tu.

Cuma dengan budak autisme ni, kena reinforce betul2 lah sampai dia mahir.

Jadi, ada beberapa strategi yang boleh dibuat untuk bantu anak kita lebih fleksibel, dan ada antaranya Shai telah amalkan untuk awang kecik ni.

Kaedah Untuk Menjadikan Anak Lebih Fleksibel

Paling-paling asas, ialah jelaskan satu persatu apa yang berlaku agar anak lebih faham dan inshaa Allah boleh adjust sikit perspektif dia ikut apa yang sedang berlaku. Bior le nampak macam kita buat ulasan bergerak setiap satu, sekurang-kurangnya ia membantu untuk kurangkan panik anak kita dan lebih faham apa yang sedang berlaku.

Boleh juga gunakan kalendar untuk tunjukkan anak agar dia tahu apa yang akan berlaku hari ini, dan apa yang boleh dijangka hari esok. Seperti poin pertama juga, jelaskan satu persatu agar anak boleh bersedia sikit dalam mindanya.

Kadang2 ada juga benda tak jangka berlaku tu takpa, buat ja ulasan selari ikut situasi. Kurang2 suara ibu bapa dia dia dengar rasa tak risau sangat apa yang tengah berlaku.

Shai buat juga dengan pelbagaikan rutin harian agar Naz lebih mudah adapt.

Dulu memang tak lah dapat, nak bawa ke taska dia mengamuk ya Rabbi. La ni boleh bertolak ansurlah sikit macam pernah sekali terus spontan idea nak berjalan awal2 pagi terus gerak ke air terjun dan Naz salin baju cuci muka dekat stesen minyak. Prinsip yang sama juga, pelbagaikan tugasan/kerja rumah harian agar anak boleh sesuaikan diri.

Awal2 memang anak mengamuk/bebel tapi takpalah; guide every step dan slow2 anak akan belajar yang perlu adapt pada masa/situasi tertentu.

Kesimpulan

Rigid thinking ini sesuatu yang biasa berlaku di kalangan kanak2 dan lebih jelas di kalangan yang autisme. Tapi tulah, nak melatih anak autisme untuk lebih fleksibel ini adalah satu kewajipan untuk bagi dia lebih bersedia bila dia dewasa nanti.

Bacaan lain yang korang boleh refer ada di bawah. 😀 Pakat2 share untuk yang ada anak kecik, mana tau boleh membantu

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge