3 Manfaat Minecraft Yang Utama Untuk Anak

Manfaat permainan Minecraft ni antara benda yang kita nampak dekat anak kita, setelah saban hari main permainan ni. Ye, kitaorang memang lambat dengan trend Minecraft ni yang dah berzaman, tapi tu lah baru tahun ni Naz menunjukkan minat dekat permainan ni yang kita belilah game ni versi penuh sebagai hadiah hari jadinya.

Dah 4 bulan pun masih main lagi permainan ni, bayangkan. Selalunya minat Naz ni bermusim sikit, sekali dia minat, dia tengok youtube, search dekat Google, n siap buat kraf dengan daya kreatif nya. 

Kalau 4 bulan pun masih main lagi Minecraft ni, apa yang buat Naz minat sampai macam tu sekali?

Rupanya, banyak manfaat dari permainan Minecraft ni.

Okeh, kita cerita serba sedikit tentang permainan video ni. Asasnya Minecraft ni macam permainan Lego tapi dalam aplikasi (samada di telefon, konsol, atau di komputer). Permainan ni takda satu jalan cerita khusus, tapi gunakan konsep ‘open-world’ yang pemain boleh jelajah sejauh mana yang dia nak, dan bina dunia dalam permainan tu ikut apa dia nak.

Nak simple2, nak kompleks dengan bangunan tinggi macam bandar, ikut je apa yang korang nak. 

Dan prinsip ni yang boleh asah pelbagai kemahiran untuk anak sekali. Dan trivia; permainan ini juga disokong oleh Dr.Maszlee sebagai permainan yang bagus untuk perkembangan anak.

Sistem Permainan Yang ‘open-ended’ Untuk Eksplorasi Dan Pengembaraan

Seperti yang disebutkan tadi, permainan ni bersifat ‘open-ended’ yang membolehkan kita (avatar kita sebenarnya) untuk jelajah ke arah mana yang kita nak.

Dari permainan ni ada mode mudah dan juga mode survival yang memerlukan pemain untuk berjaga-jaga serba sedikit (contohnya tahap lapar atau ‘health’ karakter dia, atau jangan kena serang dengan labah-labah ka). 

Ini sedikit sebanyak membantu pemain untuk ada rasa berjaga dari bahaya, untuk lebih bertanggungjawab, dan kalau terbuat silap pun takpa sebab avatar tu boleh hidup balik (respawn) jadi depa boleh belajar apa yang silap dan boleh perbaiki lepas tu. Ini kemahiran yang amat penting bila nak berhadapan dengan dunia sebenar nanti.

Selain itu banyak kemahiran lain yang diasah dalam permainan Minecraft ni, kita senaraikan satu persatu:

Pelbagai Kemahiran Diasah Dari Permainan Minecraft

Meningkatkan Kemahiran Kreativiti

Umpama kertas lukisan kosong, kita lukis dan warna apa yang terlintas ikut kreativiti kita dan benda yang sama juga untuk Minecraft ni. Buat rumah kecil atau bangunan tinggi mahupun tamadun di dasar laut, ikut korang nak buat macam mana dan uruskan hasil kerja korang sebaiknya.

Atau kalau tak suka/tak nak, buat ja save game baru!

Yang ni manfaat khusus yang jelas kelihatan dekat Naz; dia suka hasilkan sesuatu dengan kraf (macam umminya, neneknya jugak XD), jadi apa yang dia nak, dia boleh hasilkan juga dalam game ni.

Tingkatkan Daya Saing dan Penyelesaian Masalah

Ayat macam skema je tapi betul ah benda ni manfaatnya – dan kelihatan jelas dekat Naz. Apa saja benda dia nampak dia akan baca lanjut dengan cari di Google atau Youtube nak tahu lebih lanjut tentang benda tersebut. Latih budak ada inisiatif cari sendiri maklumat untuk penyelesaian masalah yang ada.

Contohnya awal-awal main dulu Naz mengamuk menangis juga sebab ada zombie (Creepers) dengan labah-labah masuk rumah dia. Kita tunjukkan cari kat Google macam mana. Baru tau kena buat pagar tak bagi benda alah tu masuk rumah hehe..

Atau contoh lain masa dia ralit tengok hasil binaan Minecraft orang lain, dia nak jugak jadi Naz buka Youtube tengok dan ikuti tutorial satu persatu sampai jadi (kalau tak jadi awal2 tu mengamuk jugak lahh XD). Contohnya ada korang boleh tengok video ni Naz yang buat, kita yang edit(bangga mak jap hehe).

Lepas tu takda apa sangat, Naz boleh research sendiri melainkan untuk benda yang lebih kompleks untuk tahap dia. Okey lah tu untuk penyelesaian masalah dia, sampai ada masalah dia akan terus cakap “how to solve this” 😛

Mengasah Kemahiran Pengurusan

Yang ni pada Shai sangat bagus untuk Naz sebab permainan ni mengajar Naz untuk berjaga-jaga dengan bahan dan alatan malah nyawa avatar dia. Sedikit sebanyak ni boleh jadi persediaan untuk dunia luar pula. 😀

Kesimpulan dan Review Kita

Banyak lagi manfaat dan kemahiran yang boleh diasah dalam permainan Minecraft ni malah boleh digandakan bila bermain dengan orang lain (kalau macam adik beradik, sepupu ka) dalam mode multi-player.

Serius, walaupun harga dia macam em..mahal sikit (RM130 untuk versi penuh), tapi memandangkan Naz main game ni setiap hari untuk jelajah, bina dunia yang dia nak, dan belajar kemahiran dalam permainan ni Shai rasa – sebagai ibu – ni pelaburan yang terbaik untuk anak < dan ini pendapat dari seorang ibu yang cerewet sikit nak pembelian kita berbaloi. Dan hasil kerja Naz boleh dilihat di sini serba sedikit.

Tak tau lah sebab Naz suka buat kraf (menghasilkan sesuatu dari apa yang dia minat) dan dia ada kecenderungan ke kejuruteraan, sains ni, permainan ni sangat sesuai dengan Naz, alhamdulillah. 

Okeh, jangan kacau ummi punya game The Sims, Tomb Raider, atau Uncharted naa..XD

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge