Lalang Yang Toksik

Sebenarnya isu ini telah lama berlaku dan sedikit sebanyak kita rasa tak perlu nak panjangkan atau bangkitkan. Cuma tu lah, lihat keadaan sekarang macam tak berubah nak tak nak kena suarakan juga sebagai satu ‘call out’ agar keadaan jadi lebih baik lepas tu, atau sekurang-kurangnya orang akan ambil tindakan aktif dan lebih kritis dengan info yang ada depan matanya.

Asal ceritanya mudah je pun, terdetik nak komen tentang YB sorang ni buat photo op di pejabat rasmi. Dengan masa tu masih ada trending beberapa isu dengan keluarga yang terkesan (kebanyakannya B40) dan ni masa ketiga PKP yang masa ni makin ramai orang dah mula kesempitan duit. 

Jadi naturally, kita terdetik nak komen tentang isu photo op ni yang sangat tak sesuai dengan pandemik yang masih berjalan (perkongsian tu macam takda apa gamaknya), dengan orang sedang terkesan. Mana taknya, bab orang susah, budak2 tak cukup makan aku sensitif kot. Dengan kita marhaen ni pun menghulur dekat yang susah ni (bless arwah ayah aku train sedekah orang susah), ter-membitter lah sikit.

Sudahnya all hell breaks loose.

Aku dikata dengki sebab dia operate. Aku dikata jeles sebab dia makin kurus.

Aku dikata buruk sangka.

Macam-macam pendapat n hujah kata aku salah macam tahap aku derhaka pada raja.

Sebab yang komen pun macam pemikiran feudalisme, letak yang VIPs orang berjawatan di atas, lantakkan mereka amanah ke tak, kan?

Yang tak boleh blah, budak takda angin takda ribut dia lambat masuk dia kata aku toksik.

Geleng kepala baca, gelak pun ada. Aku jelaskan pendirian aku kenapa dan mereka kona baik punya sebab nak menangkan tuan mereka.

Takpalah, aku faham. Aku dah nampak peel macam ni sejak 2009 masa fb naik, apatah lagi dengan sanak saudara ada pemikiran sebegini.

Aku faham sebab lain orang lain alignment, lain perspektifnya.

Kurang-kurang aku dah jelaskan pendirian aku, cukuplah. Ada ja yang pendapat yang juga bersuara tentang kesesuaian, kebenaran, n amanah yang ditanggung ni. Mana tau ada orang lain baca pendapat aku, kalau tak setuju sekurang-kurangnya dia lebih terbuka melihat pendapat orang lain, berbanding dibutakan dengan confirmation bias semata.

Nah gambar rajah confirmation bias; ko pilih berita/fakta/logik yang selari dengan mindset ko ja, tak kisahlah berita/fakta/logik tu betul namati ko takkan terima < ni berkait rapat dengan fixed mindset.

Yang kelakarnya di sini

Dua, tiga hari lepas tu di page yang sama ada pegawai/orang penting dalam NGO yang khususkan bantuan keluarga susah dan pendidikan bersuara isu photo op ni, menyatakan ketidaksesuaian dengan keadaan semasa, apatah lagi itu portfolio yang dia pegang.

Ramai bersetuju dengan keluhan yang diutarakan. Aku komen lah (paraphrasing) “hari tu bukan main bash komen aku kata dengki toxic bagai. Ni orang NGO pun cakap benda sama apa nak kata. Macam harey perangai XD”

You can feel the awkwardness in the air. Macam dah tau malu sendiri buat-buat tak tahu giteww.

Dan tak boleh blah satu lagi, aku perasan views dekat blog ni mencanak naik pelik jugalah kenapa (ingat Google saja bagi freebie ke apa). Teringat rupanya sebab komen tempoh hari. Mesti le klik profile aku nak check apa2 info yang boleh digunakan nak malukan ke apa kan, tapi rupanya dalam blog penuh tips, resipi, malah perkongsian ajar naz homeschooling ni. Halah halah…

Sebab dia autisme. Sebab dia seorang budak OKU. Paking mudah, dia seorang budak, seorang manusia. Baca sini apa yang aku dah buat, kalau tak percaya

Jadi aku tau jugalah serba sedikit apa aku cakap, tambah dengan bab budak2 ni aku jenis tak sampai hati. 

Serius kelakar jugalah bagi aku. Sebab aku faham perspektif jenis ni datang dari mana. Apa boleh buat melainkan kita bagi pencetus untuk dia fikir kalau dia kecam pendapat kita. Dari situ, terserahlah nak diberi pembuka untuk faham pendapat orang lain dan memilih, samada nak betulkan perspektif sendiri jika terbukti flawed/lompong, atau berterusan menjadi katak bawah tempurung/bodoh sombong.

Ye, korang yang kecam tanpa poin kukuh dari perspektif yang banyak lompong dari keadaan tak terima pendapat orang lain sebab tak selari dengan confirmation bias, itu bodoh sombong namanya. Ni yang aku nak sampaikan, bukan sebab pendapat ko tu pun

Sebab kita manusia tak ramai yang tahu apa yang dia tak tahu. Sebab tu dia berusaha nak tahu apa yang dia tak tahu. Yang ngko tu, tak selari pemikiran ko kecam ko bidas, yang selari (walaupun salah) ko julang tinggi ko rasa tu lah pendapat yang betul seantero malaya demi melayu islam. Apooo laa…

Bidas pula takda isi apoo. Berani lah sebab online boleh menyorok belakang akaun gmail ko tu. Tapi ko lupa ko juga deal dengan manusia. Dibuatnya Allah temukan kita? XD

Agree to disagree, boleh kan

Dia tak jadi masalah bila perspektif tu dia letakkan pada diri sendiri, atau pandangan dia rangka hasil kajian n bacaan jadi hujahannya ada isi dan akhir kata kita boleh agree to disagree.

Dia akan jadi masalah bila dah beri kesan pada orang lain, dan ia boleh bercambah (propagate) ke suatu yang lebih berat, iaitu keadaan masyarakat, dan juga undi.

Kita nampak peel macam tu kan? Malah ramai antara kita yang terkena terkesan dengan perspektif sebegitu. Contoh ko periksa tak bagus tapi sepupu ko power straight A dijulang oleh saudara mara dan mak ayah sendiri. Tu takda masalah pun (sangat), yang masalahnya bila dekat ko, diejek, dipulaukan dikecam macam hina sungguh diri tu. 

Contoh lain? Saiz n jenis kereta masa raya. Ada kan?

Contoh lagi? Kerja apa ditanya masa raya. Betul tak?

Ni contoh; saudara mara ziarah datang rumah. Mesti ada kannnnn….

Bohonglah kalau tak ada langsung 100%. Sebab benda tu terlalu biasa sejak generasi dahulu maka sebab itu kita faham perspektif yang kita kupas tadi, dari mana. Cuma tu lah, sekali lagi masalahnya bukan bila disimpan diamalkan diri sendiri, ia jadi isu yang berat bila babitkan orang lain, apatah lagi ke undi.

Feudalisme

Dan ini berkait rapat dengan aspek feudalisme di kalangan masyarakat. Sejak tok nenek moyang kita dan menurun angguk geleng menurut ni ke generasi hari ini yang terserlah jelas tertulis di media sosial. Peel ni dah berzaman pun. 

Peel dan kebiasaan untuk agungkan yang ada jawatan yang duit banyak berkepuk dengan rumah besar kereta besar – yang jadi masalahnya bila ada isu (atau lagi teruk, kes polis), dibiarkan, diberi kata semangat malah menyebelahi bagai nak rak dia kecam bukan main yang bantah apalagi yang sekadar bertanya.

Feudalisme. Tak percaya boleh baca lebih lanjut di sini.

Kita faham lah, dulu kita macam tu juga. Sumber bacaan dan media massa yang agak terhad menjadikan kita punya perspektif umpama satu terowong sahaja (tunnel vision), tapi sekarang tak lagi kan?

Platform media sosial berlambak, sumber dari website ada banyak, serta informasi dari pihak yang bidangnya/ilmunya sampai kita sekarang jadi information overload. Bukan alasan untuk hidup macam katak bawah tempurung, kita ada kuasa nak pilih nak sentiasa betulkan kita punya perspektif dan pemikiran. 

Dan lihat sini, perkaitan algoritma media sosial mempengaruhi pemikiran dan bias kita.

Kesimpulan untuk yang lalang di atas pagar

Tolonglah.. Banyakkan membaca, banyakkan bercampur dengan pendapat orang lain, dan perhati serta fikir betul ke tak benda tu sebelum terima masuk ke hati. Ko bertanggungjawab dengan setiap input yang masuk dalam otak tu.

Ko mungkin tak nampak tapi kesannya kemungkinan besar boleh kena kat anak nanti. Berapa banyak dah orang kena macam tu, mulut cabul/perbuatan dia beri kesan salah pada orang lain, lambat laun kena anak bini sendiri? Pemikiran sebegini tidak kukuh. Lompong. 

Ilmu merata ada tinggal nak cari. Usahakanlah bukan sahaja untuk diri tapi untuk anak nanti. Ayat Quran yang pertama pun “ Bacalah”. Kan?

Kalau tak, jadilah diri umpama lalang.

Takda pendirian, mengikut apa yang majoriti ikut walaupun salah/tak sustainable, menurut apa yang diperintahkan walau diri tu pun dah sempit, tak cukup duit, dan perit, lepas tu ketua ko panggil orang yang buat benda betul sebagai toksik, ko meluru menonong tambah lauk sekali.

Untung dekat ketua tu, duit masuk berkepuk, ko dapat apa?

————-

Disclaimer: post ini bertujuan tak lebih untuk ‘call out’ cara sebegini yang tak efektif malah boleh menjahanamkan kendiri manusia dan seterusnya, masyarakat. Berhujah jika ada tak kena pada diri, biarlah poin itu ada isi. Tak perlu screenshots ke apa, cerita ni memang berlaku pun dan kita ambil iktibar ja malah kita sendiri. Noktah. 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge