Regresi Autisme – Tips Untuk Elak dan Rawatannya

regresi autisme

Regresi autisme ni suatu aspek yang sentiasa kita perhatikan untuk anak dan jujurnya, seboleh-boleh tak nak berlaku keadaan tersebut. Memang doa sangat jangan berlaku dekat Naz sebab bukan sahaja kena ulang ajar lagi sekali, kalau regresi berlaku waktu kita tak ada macam mana?

Maksud Regresi Autisme 

Ikut pembacaan dan kajian yang kita buat, regresi autisme ni suatu keadaan dimana anak yang ada autisme ni kemahiran yang dia belajar makin menghilang sampai tak ada. Umpama sakit nyanyuk atau otot tubuh yang makin mengecil setelah sekian lama tak digunakan, regresi ini juga berlaku kepada autisme.

Dan mengikut takrifan rasmi, ia dimaksudkan untuk kanak-kanak yang membesar seperti biasa tapi dalam jangka masa pendek dia hilang kemahiran (selalunya percakapan dan sosial) yang telah dipelajari sebelum ini. 

Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa ja, jadi memang aspek regresi ni sentiasa kita perhatikan dekat Naz (risau woo). Maka jika ada tanda-tanda kelihatan memang kena segera buat pemeriksaan dari pakar untuk kenalpasti samada ia betul2 suatu regresi atau tak; sebab ada ja kemungkinan perkembangan budak dekat aspek A ikut normal, B bagus, tapi yang C pula slow macam nampak regresi.

Yelah lain budak lain tahap perkembangannya, maka pandangan n kepastian pakar tu penting untuk kita tahu apa yang berlaku. Dari kepastian ni kita boleh buat rutin pembelajaran, terapi, n rawatan dsbg untuk lawan balik kesan regresi tu. 

Tanda-Tanda

Sebab autisme itu sendiri adalah berbentuk spektrum, nak kenalpasti tanda-tanda secara spesifik juga jenuh juga, tapi memadai untuk perhatikan kemahiran yang dia pelajari tu, beransur hilang dalam satu tempoh singkat (sebulan dua contohnya). Macam contohnya yang pandai melukis n mewarna dengan kemas, tau2 ja dia warna tak kemas dengan pegang krayon jumbo pun macam tak kena ja. 

Dan tanda-tanda regresi autisme juga termasuk sekali dengan tanda-tanda awal yang anak itu mungkin ada autisme seperti kurang ‘eye contact’, nak duduk sorang, ada kecenderungan nak ulang perkataan/ayat yang dia dengar (yang luar konteks semasa, dikenali sebagai echolalia), dan pelbagai lagi.

Penyelesaian atau Cara untuk Elakkan Regresi Autisme

Jika berlaku regresi autisme dekat anak, langkah pertama adalah rekod apa yang kita nampak dekat anak untuk ditunjukkan kepada pakar untuk dia buat diagnosis dan kepastian. Dari situ pelan rawatan n terapi akan diberikan.

Untuk elakkan berlaku regresi autisme tersebut, tidak ada rujukan khusus yang kita dok cari (kalau ada kita akan tambah kat sini don’t worry), cuma pada Shai, umpama otot yang mengecut bila tak digunakan, apa yang kita buat dekat Naz ni kita konsisten latih Naz melalui homeschool – kemahiran 3M, ilmu tambahan (dari sekolah atau kita explore sendiri), dll untuk sentiasa latih otak n ototnya sampai ada memori tersebut.

Boleh baca koleksi post kita tentang homeschool Naz di sini.

Ish..mintak jauhlah regresi ni nauzubillah. Bukan apa, budak2 ni nanti waktu kita takda, sapa nak jaga? Balik2 nanti cari mak dia jugak… :__/

Bacaan lanjut di sini.

Ada ibubapa di sini yang pernah alami/lihat keadaan regresi ni? Apa yang korang buat untuk counter ya. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge