Planner Setup 2022 – Go Big

Seperti biasa planner setup 2022 kena dibuat sebagai rekod dan rujukan dan korang kalau godeh2 post lama di sini memang ada beberapa tentang planner – kerana itu yang kita dok gunakan untuk pelbagai urusan. Setakat ni, planner setup yang sekarang ni membantu dan kerana itu blog post ini ditulis. 😉

Kita straight to the point lah senang. Semoga membantu untuk sesiapa yang memerlukan idea untuk hasilkan planner setup sendiri – tak perlu banyak belanja pun sebab yang ada ni pun ada DIY punya ja. 😀 

Dan planner setup ni bukannay fix pun; ia akan sentiasa berubah ikut keperluan semasa seseorang jadi sebab tu ada pelbagai saiz dan sistem yang boleh korang guna – kuncinya, planner system tu membantu korang lebih produktif atau hiasan semata 😉

Boleh lihat sini bagaimana planner setup Shai sebelum ini. Haru lah sikit hehe..

Planner setup 2022

Asasnya dalam sistem kita ni disusun ikut kronologi iaitu dari benda besar/umum membawa ke benda kecil/spesifik. Otak kita ni aktif semacam banyak benda fikir n idea berjalan je jadi nak letak idea tersebut pun kena ada tempatnya kalau disimpan dalam otak nanti kerja lain tak berjalan RAM penuh pula XD. Jadi ikut kronologi blog ini juga kita mula dari benda besar ke kecil atau spesifik.

Notion

Notion ni suatu aplikasi yang pada Shai sangat membantu sebab tak perlu tulis banyak kali dah. Dalam app ni terkandung pelbagai senarai n nota untuk setiap aspek dalam hidup – boleh kata ia sebagai master list. 

Kerja, urusan rumah, diri, malah homeschool anak kita longgok ikut kategori masing-masing, susun layout samada nak bentuk  jadual ka, Kanban board ka, atau sekadar checklist biasa, senarai besar ini akan digunakan sebagai rujukan setiap awal bulan dan juga untuk tempat letakkan idea ikut kategorinya – mudah dengan aplikasi ni boleh korang install dekat komputer, tablet, mahupun di phone. Senang keje ko.

Boleh baca sini untuk lihat bagaimana aplikasi ini digunakan untuk planning (boleh customize ikut kesesuaian sendiri)

https://www.instagram.com/p/CL0nzT5pHl6/
The Sims pun aku track sebab banyak sangat keluarga kena jaga XD

Google Calendar

Calendar percuma namun komprehensif yang Shai gunakan setakat ni – Google Calendar ni boleh digunakan di pelbagai jenis gajet dan kita gunakan khusus untuk set jadual, rutin harian, dan temujanji jika ada, ikut harian, mingguan, 2 minggu sekali, ikut korang nak set macam mana. 

Dan set pula di widget di hp dan tablet untuk lihat apa aktiviti/rutin seterusnya senang tak payah nak habiskan masa termangu nak buat apa lepas tu, seperti Shai pernah kongsikan sebelum ini. XD

Planner Utama: A5 Notebook

Yang ni planner utama dapat murah masa beli barang (time sale) di Watson. Dah lama tak guna saiz A5 ni (sebelum ni saiz A6, passport TN, mahupun micro) jadi tahun ni kita go big. Dalam planner ni ada layout bulanan dan mingguan yang kita buat sendiri, serta ruang untuk nota, merujuk di Notion dan Google Calendar sekali

Tu ja untuk urusan harian. Setel sudah. Planner pun beli dekat Watson sebab suka dengan color dia (lepas diskaun hehehe) 😀

Silalah follow youtube kita sekali ^^v

Planner Lain

Untuk planner lain juga ada untuk aspek lain iaitu:

Travelers Notebook Regular

Dalam planner ini ada buku nota khas khusus untuk tujuan tertentu iaitu jurnal (lebih kepada jurnal kesyukuran n doa) yang digunakan untuk tulis dalam rutin self-care. NI sebahagian rutin untuk kurangkan otak yang asyik banyak fikir ni XD n secara tak langsung, sebagai medium untuk lebih fokus, bersyukur, n satu bentuk doa juga :D.

Baca bagaimana Jurnal Kesyukuran membantu hidup kita.

Goodnotes App

App ni kita beli (dengan terketar tangan) dan lama-kelamaan lepas jenuh mengkaji kita puas hati lah nak gunakan app ini khas untuk mencatat nota. Asalnya kita lagi suka untuk catat dekat kertas tapi memikirkan tak nak rekod/nota hilang, maka aplikasi ni membantu sebab buku nota, kertas takda had, dan jika nak cari balik pun senang sebab app ni boleh detect perkataan walaupun dari tulisan tangan (tapi tulis tu semenggah lah sikit XD). Senang kerja sebab dalam app buku nota seperti bahasa, buku yang dah dibaca, nota pelaburan dsbg semua ada setel. 

Boleh baca lebih lanjut dari app tu sendiri di sini. Serius kalau korang nak jimat kertas, memang kena menulis (bukan menaip) dengan buku/kertas untuk mudah ingat apa yang direkod, dan gunakan iPad, beli le app ni. Tapi tu lah, rugi sangat sebab feature cantik tapi kat Android takda -.-

https://www.instagram.com/p/CYI1I9nJUbZ/

Setakat ni setup ini yang membantu untuk kita buat kerja dengan lebih produktif, jadi harapnya ia juga membantu korang lagi-lagi yang fikir nak gunakan planner, dan/atau yang teringin nak bertukar angin ke planner system lain. Boleh pollow akaun ig khas untuk planner kita di sini ya.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge