Review Uncharted 4, Push Limit Dengan Multiplayer


Sebelum ni ada beberapa blog post berkaitan permainan game yang dikongsikan dan begitu juga dalam post ini. Ye, kita main game, sejak umur 5 tahun kot dengan konsol NES tu. Dan khusus dalam blog post ni kita kongsi beberapa pendapat tentang game francais iaitu Uncharted, dari perspektif seorang yang dah lama main game.

Post berkaitan game tersebut boleh dibaca di sini, post berbentuk luahan ja pun -.-

Dari Tomb Raider, Mula Kenal Dengan Francais Uncharted

Asal kenal dengan game ni lepas dapat beli konsol PS4 lepas sekian lama tak main dengan apa-apa konsol (sebelum ni di komputer sahaja). Kali terakhir bermain di konsol adalah di PS2, tahun 2008. Dan game yang main pun takat benda cute seperti Bomberman atau yang dah main dari konsol PS1 seperti Crash Bandicoot, Burnout, dan juga francais Tomb Raider.

Yang Tomb Raider ni antara game yang paling lama kita main sejak diperkenalkan tahun 1998 di komputer. Sejak tu francais game ni yang menjadi permainan utama dan sampai ke tahap big fan jugalah; tahu sejarah, storyline, malah studio yang hasilkan game asalnya (dipanggil era Classic) dan juga studio baru yang ‘reboot’ semula game ini (dipanggil era Reboot).

Sampailah beli game Tomb Raider dekat PS4 (Rise of the Tomb Raider) juga yang kali pertama beli game secara online ni (diskaun RM30 dari RM270 kot!) dan juga game seterusnya Shadow of the Tomb Raider yang lengkapkan trilogi terakhirnya.

Dan sela game pertama Tomb Raider diperkenalkan sampai sekarang? 20 tahun.

Lama woo..20 tahun dengan game ni sampai tak sibuk dengan francais lain atau update dengan apa-apa game lain (melainkan nak kira Luxor ke, Angry Bird ke) takat Tomb Raider je lah.

Sampai kita dapat 3-in-1 game remastered Uncharted ni.

Kenal Pula Dengan Uncharted

Mula-mula tak sibuk pun sebab dulu dengar2 banyak isu francais ni macam nak tiru Tomb Raider (sebab dalam genre yang sama) tapi lepas ada beberapa kali tengok review lain yang mengatakan reboot Tomb Raider ni seperti Uncharted cuma versi perempuan, kita nak tau juga apa yang sama sangat dan mungkin boleh main game dia juga sebab masih dalam genre yang sama (sejarah, explorasi, dan combat).

Mula-mula kita main dengan Uncharted 1-3, lama-kelamaan seronok pula main dan jadi peminat dengan francais ini, dengan perspektif yang solid.

Genre sama jadi jalan cerita lebih kurang boleh dijangka juga (tak nak spoiler walaupun game ni dah berzaman dah), cuma dari segi pembawaan karakter, kesan khas, dan jalan cerita yang spesifik yang bagi dia ada ciri tersendiri lain dari Tomb Raider.

Senang cerita, macam tengok movie. Cuma kita mainkan movie tu.

Maka dari premis ni kita nampak paling jelas pembawaan karakter (atau character arc orang kata) dan sedikit sebanyak kita boleh rasa dekat dengan karakter tersebut.

Nak perbandingan mudah, lihat bagaimana orang jadi peminat francais Avengers sampai rasa dekat dengan karakter tertentu kan? Macam dalam francais Uncharted jugalah.

Kalau Avengers, kita relate sangat Capt. America n Dr. Strange hehe.

Jadi bila game Uncharted 4 dah dijual pada harga diskaun, kita terus beli walaupun yang 1-3 tak habis lagi. Jadi lepas kita habiskan yang 3, kita sambung pula yang 4.

Dan serius, memang blown me away.

Review Uncharted 4 The Thief’s End

Tanpa letakkan spoiler game ni, Uncharted 4 ni sambungan kepada 1-3 (yang asalnya dibuat sebagai trilogi). Lagi sekali, jalan cerita, kesan khas, dan character arc semuanya kena seperti dalam trilogi 1-3. Cuma bezanya game ni dibuat dengan kapasiti konsol PS4 jadi kesan yang kita rasa dari setiap elemen tu berganda-ganda lah, sama seperti Avengers yang disebutkan sebagai contoh perbandingan. 

Tu je review nya. Nak cerita lebih-lebih takut spoiler pula jadi kalau korang tengok walkthroughs dia ke apa, at your own risk lah ya XD.

Cuma yang kita nak kongsikan ni, adalah permainan multiplayer nya dalam game ini.

Tentang Uncharted 4 Multiplayer

Macam biasalah, sebab ni pertama kali main jadi takut dan kelam-kabut tu ada. Apatah lagi game ni dimainkan secara online dan babitkan orang sebenar jadi kita takut juga kot2 menyusahkan ke apa (newbie kot). Tapi lepas dah main game di Tomb Raider beratus kali sebab nak latih kognitif, strategi, n survival (sebab mode random dalam game tersebut), kita beranikan diri lah nak main dalam mode multiplayer ni.

Ya, memang lambat yakmat masuk dalam francais ni (waktu blog ini ditulis game Uncharted 4 dah 5 tahun umurnya kot), jadi game ni kira matang dah dengan ada peminat yang kuat, komuniti yang aktif dsbg. 

Sebagai newbie, kita seronok main satu hal, kita usaha jugalah nak buat kajian serba sedikit agar boleh bantu team yang kita join, slow2 upgrade skill. Ye, korang mungkin terdetik kata benda ni game je kot tapi sebab ni masih babitkan orang sebenar, jangan le susahkan orang sekalipun, melainkan nak merasa disusahkan nanti. #peringatansendiri

Mode multiplayer ni dibuat pembaikan dari versi Uncharted 2 dan 3 (yang dulu popular sebab unik dari multiplayer Call of Duty dsbg zaman tu) dan haruslah berganda baik, intuitif dan seimbang untuk semua peringkat pemain nak join. 

Dari pistol dan alatan lain yang begitu asas kita latih n belajar dari yang dah berpengalaman sampailah boleh dapat unlock pistol dan pelbagai upgrade lain. Ada jugalah beli serba sedikit, tu pun lepas kaji bagai nak rak supaya berbaloi untuk digunakan. Contohnya kita mana reti guna shotgun, kelam kabut nak guna XD.

Boleh kata hari-hari juga main mode ni, tambah pula dengan mode online dan juga sertai komunitinya di reddit kita ada support system serba sedikit, dan juga kawan yang dikenali luar negara. Kadar positif sangat tinggi dalam komuniti ni berbanding yang kita biasa dengar yang ‘trash talk’, cakap tak beradab dsbg. Ada je orang jimbit macam tu tapi tak ramai, dan abaikan ja melainkan melampau sangat. 

Makin lama, makin bertambah skill kita dan ini kita nak fokus agar tak lemau otak (kognitif dan strategi) n tubuh badan (fast reaction) dan kita harap ia terus meningkat. Haruslah, makin lama main makin banyak gameplay kita save dan kita ada longgokkan sekaligus dalam satu youtube channel khas untuk game, boleh klik di sini. Setakat ni masih Uncharted lagi lah, tapi game lain on ja bila ada hehe..

Nak add kita dekat PSN, username ada di youtube channel tersebut ya. Msg kat PSN korang dari blog hehe..

Yang gambar2 pemandangan di atas ni kita screenshot dari game Uncharted 4 tu lah. Cantik kan? Habis masa ambil gambar macam pelancong gamaknya XD

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge