Asas Tentang Diet Atkins

Sebahagian carian tentang diet atkins adalah tentang manfaat, dan sebahagian lain kata diet ni tak bagus dan lambat laun akan bahayakan kesihatan. Bagus ke tak nak buat diet atkins ni? Baca lanjut post ini untuk tahu samada ia ‘real deal’ atau tak.

diet atkins, rendah karbo

Asas Tentang Diet Atkins 

Umumnya, diet atkins ini dikatakan sebagai satu sistem pemakanan yang membantu untuk buang lebihan berat, DAN maintain berat badan ideal tersebut.

Menggunakan prinsip pemakanan yang rendah komponen karbohidrat dan maintain/lebihan komponen nutrisi makro protein dan lemak sihat, pemakanan ini bertujuan untuk trigger tubuh hasilkan proses yang dinamakan ketosis, iaitu proses membakar lemak yang tersimpan tenaga, berbanding menggunakan tenaga dari pemakanan yang kita ambil (yang dalam kes ini, tinggi karbohidrat).

Baca sini: apa yang dimaksudkan dengan nutrisi makro. Penting gak ni.

Bentuk pemakanan ini direka oleh Dr. Robert C. Atkins, yang bukunya mengupas mekanisme diet ini jadi popular sekitar 70-an. Sejak tu, banyak buku berkaitan, program, malah kajian tentang diet tersebut dihasilkan.

Menurut doktor ni, pemakanan kita yang tinggi karbohidrat dan gula putih ni yang jadi punca kepada pelbagai penyakit.

Diet atkins ini dilihat membantu untuk menurunkan berat, membaiki tahap glukos dalam darah, dan meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan – faktor yang berkaitan dengan kencing manis, darah tinggi, dan sakit jantung – penyakit yang tersenarai antara yang tertinggi dekat sini.

Bagaimana Diet Atkins Berfungsi?

Dengan kurangkan komponen karbohidrat dan melebihkan komponen protein dan lemak sihat (selain vitamin dan minerals), badan akan otomatik trigger cari lemak dalam tubuh untuk digunakan sebagai tenaga.

Sebab kalau tubuh kalau takda sumber tenaga yang cukup dari pemakanan, dia akan gunakan tisu dalam badan untuk digunakan sebagai tenaga dan tisu yang pertama ialah dia ambil otot dulu.

Cuma dalam diet ni kita dah cukupkan komponen protein, tubuh tak kacau otot kita sebab dah ada protein untuk hasilkan fiber otot, maka tubuh akan ambil lemak tersimpan sebagai sumber tenaga – dipanggil sebagai ketosis.

Nota tepi: sebab tu kalau orang buat crash diet memang kurus, tapi lembik sebab tisu otot pun hilang terus.

Dan itulah yang buatkan kita turun berat. Dan dalam diet atkins ni, proses ketosis ni kita jaga berpandukan kepada 4 fasa yang ada dalam diet ini.

Fasa Dalam Diet Atkins

Dalam diet atkins ni ada 4 tahap yang kita galakkan untuk ikut. Namun, takda masalah korang nak adjust2 fasa tu asalkan tahu apa korang buat. 😀

Perlu diketahui diet atkins ni dia berbeza ikut individu dan semestinya boleh diubahsuai ikut diri – apatah lagi pada waktu fasa 4 (kalau korang mula dari fasa 2 dengan 20g sehari) ada ja kemungkinan had pengambilan karbo korang (dipanggil Net Carb) tak sama dengan orang lain.

Korang mungkin kena makan karbohidrat takat 67g sehari atau kalau lebih esok mesti berat naik; ada yang steady 80g karbo pun maintain kurus. Atas orang.

Fasa 1 – Induksi

Fasa pertama yang prinsip ketosis digunakan. Tubuh akan mula detoks, stabilkan pH dalam tubuh, serta membakar lemak.

Kalau fasa 1 biasanya telur lah makanan ruji dulu. Sebab senang disediakan 😉 : Sumber

Fasa 2

Penambahan makanan kategori tertentu.

Fasa ini dipanggil Ongoing Weight Loss (OWL) di mana berat badan (lemak yang akan dibakar) menurun dengan konsisten, di mana korang akan tambah sikit pengambilan karbo (tu yang banyak jenis makanan sikit dari Fasa 1) sehingga berat turun dalam 3,4 kg (itu pun atas orang) dalam seminggu.

Teruskan fasa ini sampai korang ada dalam 2-5kg berat target (nak teruskan pun takpa ikut korang decide).

Fasa 3 – Menentukan Kadar Karbohidrat Harian

Lebih banyak kategori pemakanan ditambah, dan dalam fasa ni korang cubajaya untuk kenalpasti berapa nilai karbohidrat harian yang sesuai untuk korang, berdasarkan gaya hidup korang.

Masuk fasa ni bila dah hampir sangat ke berat target korang, dan dalam fasa ni korang akan adjust pemakanan dan had karbo sampai jumpa satu keseimbangan untuk makan dengan berkadar TANPA berat naik (kalau sebab faktor lain yang buatkan berat naik, jika bukan kekal takda masalah, contohnya seperti datang bulan ka, ubatan, malah isu sistem penghadaman).

Keseimbangan ni yang korang kena cari sebab ini yang akan korang amalkan sampai bila-bila waktu masuk fasa 4 nanti, biasanya akan nampak jika turun berat konsisten dalam sebulan.

Fasa 4 – Gaya Hidup Sihat

Ini fasa yang korang akan amalkan sampai bila-bila.

Di mana lebih banyak kategori makanan diambil dan korang tahu apa kena buat untuk maintain berat (bergantung kepada faktor yang korang ada yang boleh mempengaruhi berat seperti datang bulan, ambil pil perancang, ubatan lain, sakit jantung malah kalau ada gastrik sekalipun).

Dalam gambar di bawah, fasa 2,3,4 punya had karbo sebagai gambaran ja, bukan nilai multak yang korang kena makan, seperti yang dijelaskan dalam setiap fasa ni.

Makin naik fasa makin bertambah kategori makanan yang boleh kita ambil

Kesimpulan

Diet atkins ini dibuktikan dengan kajian yang menunjukkan ia berkesan dalam menurunkan berat. Tapi ada caranya juga ya, tak boleh buat sebarangan lagi2 kalau korang ada masalah kesihatan.

Risiko diet atkins yang korang kena tahu

Nanti min akan kupas dan share link di blog untuk korang. Bookmark post ni ya.

Sementara tu, bacaan lain yang berkaitan

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge