Tips Untuk Elak Rasa Nak Muntah Kemas Rumah. Hari-Hari

Hari-hari kemas benda yang sama mesti ada rasa satu hari tu cam nak muntah je tengok, rasa nak lari dan take 5 sekejap untuk rehat tak fikir apa langsung. Rilek-rilek.. Kita semua sama, dan yang tu lah adalah tanda kekuatan seorang isteri/ibu. ^^v Dan ini adalah tips menguruskan rumah dengan mudah, yang diamalkan Shai tiap-tiap hari.

Yelah, berapa lama kita bertahan membuat kerja rutin yang berulang baru rasa nak mengamuk buat sesi luahan perasaan dekat suami, mesti dalam sebulan dua kan? Kalau suami mau tiga hari dia dah give up :p

Ia adalah sesuatu yang normal jika kita rasa terlalu penat tubuh dan minda dan rasa nak keluar cepat-cepat dari situasi ini untuk bermula semula, reset, dan restart.

Shai pun camtu, walaupun dok rumah, Shai handle 3 jenis bisnes dan kadang-kadang rasa nak berselubung dalam selimut je taknak keluar. Belum kira naz yang tengah fasa explore dan buasnya..huuu..tapi yang ibu handle 5 anak Shai salute punya la.

The-Benefits-of-Dark-Chocolate-for-Valentine’s-Day-Recipe-Included
Silap hari bulan, kena stok banyak-banyak 6 makanan ini untuk hilangkan stress, sambil2 follow cerita Korea

Maka sedikit sebanyak tips dan perkongsian yang biasa Shai buat, akan membantu kawan-kawan semua. ^^v

Tips Menguruskan Rumah Untuk Reset, Restart, Dan Tenangkan Diri Anda

Melalui Minda

  1. Jika rasa tak tahan, berhenti sebentar apa yang anda sedang lakukan dan tarik nafas dengan penuh dan perlahan beberapa kali. Langkah ini sangat membantu untuk menenangkan tubuh dan minda kerana ia masuk ke dalam keadaan alfa, serta hasilnya minda akan lebih jelas.

Untuk tambah lagi, anda boleh buka audio ambience atau dengarkan muzik alpha untuk lebih berkesan. Shai plug je hp dengan speaker, tau-tau ada bunyi sungai, burung dengan kuda. Hehe.. Atau Shai set hari-hari 30 minit adalah untuk workout sahaja.

healthy-fit-woman-art
Shai beriya-iya workout pun, ada storynya tersendiri. KLIK SINI untuk cerita penuh. serius insaf!
  1. Gunakan minyak atau lilin aromaterapi untuk stimulasi minda anda. Contoh baik adalah lavender yang menenangkan, bergamot untuk tenaga. Tip: shai suka sapu minyak lavender kat hidung naz untuk bagi dia cepat tidur. Hehe..
  2. Keluar sebentar. Mana-mana tempat yang sesuai untuk diri anda (pergi kedai buku ka, minum latte kat cafe ka, atau belek-belek baju di aeon) untuk legakan sekejap minda anda yang pening serabut. Apa-apa pun, it’s me time.

Atau lebih baik, jadikan ia sebagai satu waktu/hari tetap  untuk anda tidak diganggu.

  1. Untuk mengawal keadaan dengan lebih baik di masa hadapan, adalah lebih baik kita buat langkah pencegahan yang mudah untuk elak rasa mudah tertekan.

Contoh utama adalah mengawal diri dan bina benteng emosi ketika menggunakan media sosial (lagi-lagi yang biru tu).

Hadkan masa (hati kena kering sket) menggunakannya dan tentukan samada status/update tertentu kawan wajar dibaca sehingga habis. Kalau yang positif, on aje kita like dan komen. Kalau yang negatif? Tepuk dada tanya diri dan hati.

Melalui Sokongan

  1. Jika betul-betul tak larat, tak salah untuk minta suami atau anak-anak untuk bantu anda urus rumah dengan baik. Bonusnya di sini, suami akan lebih alert untuk tidak bebankan anda dan anak-anak juga dididik untuk menjadi pembersih dan bekerjasama.
  2. Anda juga boleh minta cuti sebentar untuk tidak masak dalam satu hari. healthy_family
  3. Sekiranya ada komitmen yang telah disenaraikan dalam perancangan anda, pilihlah mana yang paling rendah keutamaan untuk cancel. It’s okay sebab akan ada masa untuk berkata ‘tidak’ atau kita pula tak dapat komit dengan sepenuhnya. ^^v
  4. Dah cancel komitkan tu satu kan, jadikan ruang masa yang ada untuk buat sesuatu yang spontaneous. Mungkin boleh angkut anak ramai-ramai balik kampung sat ka, mandi air terjun ka. Kerana sesuatu yang tak dijangka ini akan membuka minda dan stimulate untuk keluar sebentar dari kelompok yang biasa kita lalui.

Contoh Shai buat masa en.somi tanya nak p mana, Shai gurau je cakap nak g genting – serius dia bawa p! Lawaknya pula, pergi genting dengan tak bawa baju sejuk ke apa. Haha

genting
suka Naz bila wap air dari awan, terpercik ke muka dia. tempoh hari suka hati pergi explore genting, dengan tak prepare 1 apa pun, just baju sepasang dan diaper untuk Naz. KLIK SINI untuk cerita penuh. hehe

Kesimpulan

Tips ini Shai buat berdasarkan pengalaman sendiri, yang agak sibuk dan makan masa juga. Yelah, Shai kerja-kerja pun, kena juga buat tanggungjawab utama iaitu menguruskan rumah, en.somi, dan juga belek Naz mucuk tu. ^^v

Dan paling utama, dunia kini yang amat menekankan wanita untuk menjadi supermom, tidak salah sekalipun jika tubuh anda bagi warning signs yang dia dah lemah secara dalaman, untuk berehat sebentar.

Anggapan kini, wanita perlu menjadi superwoman agak membebankan untuk diri kita juga
Anggapan kini, wanita perlu menjadi superwoman agak membebankan untuk diri kita juga

Malah melalui ‘rehat sebentar’ ini lah yang akan membantu kita jadi ibu/isteri yang lebih hebat ^^v.

signature mommylotte

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge