3 Tips Mengajar Anak Ikut Jadual Sekolah Mudah

adorable blur bookcase books

Dalam blog post sebelum ini Shai ada kongsikan tips mengajar anak dekat rumah sewaktu PKP dan sekarang Naz dah masuk balik sekolah, rutin mengajar anak di rumah tetap diteruskan.

Kenapa? Sebab Naz autisme dan ikut pemerhatian Shai dia perlukan waktu pembelajaran tambahan untuk bagi dia betul-betul ingat apa yang dia belajar di sekolah. Kita pun kalau dah lama tak belajar pun lupa kan, pada depa kemungkinan lebih besar kesannya sebab kebanyakan masa, depa tak boleh nak faham konteks apalagi nak improvise buat sesuatu yang spontan.

Ini pandangan kita dekat Naz lah, memang kena ajar dia satu persatu biar dia nampak pattern, kemudian buat pengukuhan secara berterusan agar dia tak lupa, apalagi regresi. Nauzubillah minzalik.

Apa itu regresi? Dalam autisme ni antara aspek yang makpak kena lihat dan berjaga-jaga sebab kalau serius boleh membawa dia kepada keadaan dia tak boleh berdikari bila dia dewasa nanti. Baca tentang regresi autisme di sini.

So, kita straight to the point je ya. Takdonyo kita buat drill style Korea Utara bila ajar di rumah, memadai pembelajaran berterusan agar ilmu tu sentiasa circulate dalam otak dia. Dan ini yang Shai buat yang harapnya boleh membantu makpak yang perlukan idea untuk ajar anak di rumah 😀

photo of girl reading book
Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Tips Mengajar Anak Sewaktu Sesi Persekolahan

Gunakan Buku Teks Sekolah Sebagai Rujukan

Ni yang paling asas, dengan menggunakan buku teks sebagai rujukan untuk silibus dan topik yang dikupas ikut tahun, di isi kandungan buku teks untuk setiap matapelajaran.

Adakan senarai tersebut untuk rujukan secara berkala, dan juga sebagai panduan untuk rangka jadual mengajar di rumah. Shai rekomen potostat ja isi kandungan setiap buku teks dan letak di tempat yang memudahkan rujukan seperti dalam fail utama subjek, atau tampal kat dinding tu ha XD

Sebab dari isi kandungan yang senaraikan topik tersebut, akan digunakan sebagai ayat carian di internet, samada secara umum, di YouTube, atau di website yang memang khusus untuk satu subjek. 

Dapatkan Bahan Mengajar Tambahan

Ada internet ni serius senang giler kerja nak ajar anak di rumah, berbanding dulu kalau tak pergi perpustakaan, kena baca satu persatu buku rujukan di kedai buku sebelum beli (habis ko kenal nama penerbit macam Sasbadi, Pelangi Oxford XD). Sekarang ada internet, sangat membantu dalam mencari dan meneliti setiap bahan mengajar yang boleh disesuaikan ikut tahap dan kebolehan anak.

Yang aspek kebolehan anak dan tahapnya ni penting sebab lain ada ja kemungkinan anak tak dapat tangkap lagi konsep tertentu jadi kalau dia tak suka bahan tambahan mengajar stail nota, kita carikanlah nota yang warna-warni sikit supaya tak bosan. 

Klik sini untuk koleksi link bahan mengajar untuk anak.

Contoh macam Naz ni kan dia visual, nak ajar pula pecahan asas (dan kaitkan serba sedikit dengan perpuluhan) ada youtube video yang jelaskan satu konsep dalam topik yang kita belajar boleh bantu dia nampak apa yang ditekankan dalam topik tersebut.lepas dia nampak, kita buka website lain pula untuk buat latih tubi. 

Klik sini untuk baca bagaimana Shai ajar Naz subjek Matematik di rumah

Merancang Rutin Homeschool

Dari silibus yang kita dah photostat dari buku teks sekolah, dapatkan sekali jadual sekolah anak untuk kita rancang rutin homeschool di rumah seperti:

  • Subjek apa yang nak belajar di rumah selepas sekolah dan tempoh pembelajaran (memadai tak lebih dua jam, sekadar untuk pengukuhan apa yang dipelajari dan latih tubi buat ghaso-ghaso, sebelum musim peperiksaan). Contoh Shai buat sekarang dengan Naz: 30 mins petang (belajar ikut jadual sekolah) dan malam (latihan membaca atau hafazan) hari sekolah, hujung minggu tambah 30 mins waktu pagi
  • Bahan tambahan yang perlu disediakan: latih tubi, link untuk bahan berbentuk video dan pembelajaran interaktif dsbg
  • Rekod perkembangan anak untuk setiap topik, agar kita boleh tahu apa yang anak perlukan masa untuk tangkap, untuk capai target pembelajaran yang kita nak, di akhir tahun persekolahan *rekod ni pun boleh digunakan sebagai info tambahan untuk guru kalau nak 😀

Tips Tambahan 

Antara tips tambahan yang membantu Shai dalam mengajar anak di rumah:

  • Tekankan yang rutin belajar tambahan ni untuk mengukuhkan apa yang belajar di sekolah, jadi tak bermaksud kena boring je; boleh ja dapatkan ilmu dari persekitaran, aplikasi ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian

Contoh Shai buat, ajar anak sejarah seperti Industri Perindustrian Eropah, tamadun Greek, Egypt menggunakan bahan yang disediakan dalam game. Jadi biar anak explore dan belajar, jadi ilmu tu lebih lekat dengan dia. Ye, dalam game pun ada beb

Serius jeleas sebab kecik2 takat tengok dekat NatGeo atau Discovery Channel tu. Ynag ni hambik boleh tengok macm ada dekat situ
  • Biar anak yang tentukan pace dia dalam belajar dan jangan sekali-kali dipaksa kena capai target dalam kertas sebab jarang le dapat 100% completion (bukannya ko dapat platinum trophy pun #ytjt). Yang tu kat sekolah punya cerita, kat rumah we provide support for them
  • Dalam pada masa sama, tekankan pada anak yang ilmu ni memang takkan habis belajar jadi learn to overlearn. Jangan asingkan ilmu dari kehidupan sebaliknya jadikan ia sebahagian dalam rutin harian. Holistik giteww

Kesimpulan

Gitulah serba sedikit rutin mengajar anak di rumah yang Shai amalkan untuk awang ni ha. Sebab pada Shai zaman la ni nak belajar senang ikut peel masing-masing, tak macam dulu kena ikut sekolah semata-mata. 

Jadi semoga membantu untuk ibubapa yang lain juga ya 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge