Rambut Gugur Kerana Stress? Apa Solusinya?

photo of woman covering face with her hair

Isu rambut gugur ini bukan benda baru apatah lagi bila rambut gugur kerana stress tu dah jadi sesuatu yang biasa dikalangan kita. Dah jadi satu norma yang biasa.

Dan perasan tak, nak cari satu tempoh masa yang kita rasa betul-betul tenang sambil teruskan tanggungjawab hidup pun macam susah sekarang ni. 

Alopecia – Rambut Gugur

Keadaan rambut gugur ni dikenali sebagai alopecia dan rambut gugur yang dimaksudkan ini adalah yang gugur lebih dari biasa. Kebiasaannya kita alami rambut gugur setiap hari dalam 50-100 helai gitu ja tapi kalau dah alami alopecia ni lebih dari 100 dah. Dan nak kenalpasti mana datang rambut gugur yang kita alami lebih dari biasa ni ada banyak faktornya

Faktor Rambut Gugur

Genetik paling2 asas sebagai punca yang menyebabkan rambut kita gugur lebih dari biasa dan kalau macam tu memang tak dapek lah. Faktor ini yang kita lihat bila dah kerap sangat rambut gugur yang akan menghasilkan corak botak di kepala (macam yang lelaki biasanya botak di tengah kepala tu), akibat dari rambut yang kerap gugur di kawasan tersebut yang menyebabkan akar rambut semakin mengecil, rambut pula semakin halus dah akhirnya tiada langsung, 

Keadaan lain seperti alami penyakit/kondisi tertentu DAN mengambil ubatan tertentu pun boleh menyebabkan rambut. Contoh penyakit seperti kanser, kencing manis, malah bila datang haid dan mengandung; ubatan tertentu yang boleh beri kesan kepada rambut boleh menyebabkan kitaran penghasilan rambut caca marba jadi ada masa ia boleh gugur lebih dari biasa. 

Faktor pemakanan tu pun haruslah, dah kurang nutrisi kat mana rambut nak cekau untuk baiki dan tumbuh rambut baru ye nok. Sebab tu ada jual vitamin yang sesuai untuk isu rambut gugur seperti biotin, vitamin D, vitamin B kalau rasa tak dapat dengan cukup melalui pemakanan.

Bagaimana Stress Boleh Memberi Kesan Kepada Rambut?

Stress ni le yang dah hadap sebab rambut gugur. Sebab dah guna pelbagai kaedah dan supplemen sebagai vitamin tambahan untuk hentikan rambut gugur ni, dia tak menjadi jugak selagi faktor stress ni tak dikurangkan. Yelah nak hilangkan stress 100% tu agak mustahil lah (even T20 pun ada masalah hidup jugak tu) cuma sekurang-kurangnya tekanan yang kita alami tu tidaklah sampai memberi kesan kepada kesihatan kita kan.

Dan bila rambut gugur yang disebabkan stress tu bukan boleh dibuat main sebab rasa tekanan tu bukan setakat anak sepah makanan atau kain pelikat bersepuk sekali sekala.

Sekali sekala ye, yang kita cakap ni setiap masa yang boleh bagi kronik stress tu.

Dan tekanan yang dialami samada stress yang berpanjangan atau akut trauma yang mengejut akan menghasilkan hormon stress iaitu cortisol yang bila berlebihan akan mengganggu fungsi akar rambut, mengurangkan aliran darah yang cukup, menghasilkan rambut yang lebih nipis dan beransur gugur lebih dari biasa.

Ia juga mengakibatkan keadaan ‘telogen effluvium’ iaitu akar rambut berhenti menghasilkan rambut (yang buat rambut kita tumbuh dan memanjang tu), seterusnya menyebabkan rambut gugur lebih dari biasa (selalunya 3 bulan lepas keadaan trauma tersebut), dan ini mengganggu kitaran normal rambut.

Itu le yang aku hadap 2,3 kali sebelum ni. Sekarang pun ada sikit. Sebab tu tulis post ni XD

Solusi Kepada Rambut Gugur Kerana Stress

Sebab dah 2,3 kali aku kena benda ni jadi bolehlah nak berkongsi apa yang menjadi dekat kita, yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu korang juga. 

Sebab bila rambut gugur kerana stress ni, kena kenalpasti apa yang menyebabkan stress yang tinggi, berlaku dekat korang. Kalau dekat tempat kerja, kena buat apa nak kurangkan stress tersebut, kalau kat rumah macam mana pulak giteww..

Apa yang kita buat untuk kurangkan stress yang dialami antaranya selain solat dan doa, kita tulis dalam diari bagi keluar masalah tersebut dalam kertas (yelah benda nampak depan mata kita boleh lihat masalah yang dialami dengan lebih objektif dari rotate dalam kepala otak ja).

Baca sini: jurnal kesyukuran yang kita amalkan sebagai diari dan juga satu bentuk ‘extension’ kepada doa.

Bersenam dan meditasi juga amat membantu dan tu yang diamalkan untuk kawal tekanan yang dialami, selain pastikan pemakanan dijaga semampu mungkin (yelah time stress kadang tu makan pun terabur, cuba je yek) dengan nutrisi untuk rambut diutamakan sebagai booster untuk rambut yang tengah caca marba tu.  

Ni yang kita amalkan buat masa ni. Bukan untuk rambut sangat tapi dia cover jugalah sebab ada B complex, biotin, zink dsbg yang terbukti untuk menguatkan struktur rambut.

Dan sebagai amalan harian juga, kita amalkan syampu yang diletak dengan beberapa biji bunga cengkih. Pilih syampu yang ‘ringan’ yang boleh digunakan setiap hari sebab hari-hari syampu boleh buat rambut kering lagi2 yang jenis sensitif atau kering kulit kepala. Jadi biasanya syampu untuk bayi atau yang namanya clarifying shampoo boleh membantu. Dan guna sikit ja dari biasa, sekadar cukup syarat sebab manfaat dari ‘infusion’ bunga cengkih tu yang utama.

Manfaat Bunga Cengkih Untuk Rambut Gugur

Bunga cengkih biasanya digunakan dalam masakan dan sebagai solusi untuk halau nyamuk (agaknya sebab bau herba dia kot) dan nutrisi yang terkandung dalam bunga cengkih ini juga sangat membantu untuk yang alami isu rambut gugur.

Bunga cengkih mengandungi bahan yang bersifat anti-kuman (eugenol) dan anti inflamasi yang sangat membantu untuk mematikan kuman atau fungus yang menyebabkan kulit kepala kita gatal-gatal yang secara tak langsung membantu untuk rambut tumbuh dengan lebih sihat. 

Sifat herba terkandung dalam bunga cengkih ini juga membantu untuk melancarkan aliran darah dan ini membantu secara langsung iaitu bila cukup aliran darah maknya cukuplah nutrisi dan oksigen mengalir ke kulit kepala untuk rambut nak tumbuh dengan sihat.

Nohh kita listkan beberapa senarai syampu yang ‘ringan’ yang boleh membantu. Don’t worry dah check senarai bahannya jadi inshaa Allah membantu.

  • Johnson’s® Baby Shampoo (yang ni kita guna. Botol kecik pun cukup aih)
  • Watson Clarifying Tea Tree Treatment Shampoo
  • Naturals Aloe Vera Shampoo
  • Sunsilk Lively Clean & Fresh Shampoo
  • Pantene Shampoo Hair Fall Control

Yang ni kita senaraikan sebab formula nya ‘ringan’ untuk semua jenis kulit kepala. Cuma sebab nak pakai setiap hari, ambil sikit je syampu tu buat pelepas syarat. 

Tutorial syampu dengan bunga cengkih tu tengok sini ya:

Alternatifnya, boleh amalkan dalam bentuk spray rambut dimana korang rebus sejemput bunga cengkih  dengan air sikit, rebus biar sampai airnya pekat dan sejukkan sebelum masuk dalam botol spray. Spray paling koman selepas mandi sebelum tidur, urut dekat kulit kepala bagi aliran darah lancar dan fokus dekat kawasan yang rambut gugur lebih dari biasa. Boleh letak dekat luar botol spray tu (ni mama yang cakap) tapi kita rasa better letak dalam peti je lah XD

Sebab ni bahan alami, hasilnya tak lah serta merta selesaikan rambut yang dah caca marba. Kalau amalkan setiap hari, inshaa Allah dalam 2,3 minggu nampak kesannya. Serius menjadi sebab pertama kali kena buat macam ni, baik dah. Then 1,2 tahun macam tu datang balik (dalam 2,3 bulan lepas)  tu kita amalkan kali kedua, ia jadi lagi sekali.

Tu berani rekomen tu 😉

Ada satu tips lagi yang ni sesuai kalau masalah rambut gugur terlalu serius dengan kulit kepala kering, klik sini ya.

Korang ada tips lain untuk rambut gugur yang dialami? Atau ada nak tanya komen je kita reply ASAP ye.

Rujukan: MayoClinic, pengalaman sendiri 😛

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge