Kulit Anda Perlukan Benda Ini. Kalau Tak..

Fakta bukan auta: apa yang berlaku pada struktur kulit anda adalah hasil daripada amalan anda untuk tubuh selama ini, betul tak? Pastilah begitu sebab kulit juga adalah organ manusia dan ia bersambung rapat dengan organ dalaman tubuh. Jadi adakah ia cukup kalau sekadar tepek dan sapu?

sapu lotion kecantikan kulit risau

Mengapa Tak Cukup Kalau Setakat Sapu Pada Kulit?

Tak cukup sebenarnya, sebab apa yang kita sapukan di luar kulit, tak semua akan diserap masuk dan sampai ke tubuh (sebahagian besar krim, losyen, dan serum hanya capai paling maksimum lapisan pertengah kulit yang dinamakan lapisan dermis) dan ia tak mampu untuk menyihatkan kulit dari dalam.

Dari muda wanita Perancis amat menjaga kecantikan kulit mereka
kulit tua, kedut, dan kendur.. Jika diberikan pilihan, siapa yang mahu kan

Sebab itu, kedutan, kulit yang kendur, bertompok-tompok, malah pigmentasi yang terhasil di lapisan luar kulit adalah disebabkan bahan kotor dan toksin yang bergelumang dalam darah, dah masuk ke lapisan kulit, lepas tu ganggu/rosakkan struktur kulit tu.

Contohnya, pengambilan gula berlebihan akan hasilkan protein jenis AGE, di mana selain buat sel kita cepat tua dan mati (sebab tu namanya ‘age’ hehe), ia juga akan rapuhkan fiber kolagen, dan dari situ, terhasil lah kedut dan kulit kendur.

liposuction (3)
Ada yang sanggup begini untuk cantik? Ada tau. KLIK SINI untuk cerita penuh

Take note ya, sebab tu yang mengalami kencing manis, kulit mereka cenderung untuk nampak lebih tua dari usianya.

Solusi, Selain Tepek Dan Sapu

Maka sebab itu, perlunya pengambilan nutrisi tertentu untuk lawan radikal bebas, toksin, dan bahan kotor yang ada dalam aliran tubuh agar ia dapat dikumuhkan keluar (sebelum diorg gatai nak rosakkan kulit kita pula), di samping nutrisi tersebut bagi manfaat tertentu khusus untuk kulit.

Nutrisi untuk kulit

Minyak ikan

Rahsia orang Korea dan Jepun juga mengapa kulit mereka awet muda walau dah umur 40++ – adalah dengan pengambilan diet ikan yang konissten, di mana ia adalah dari minyak ikan yang tinggi kandungan omega-3 (EPA dan DHA).

FishOil

Asid lemak omega-3 ini bersifat memulih dan menyembuhkan kecederaan kulit dan sel (anti-inflammatory), dan juga menjadikan kulit sentiasa lembap2 moist gitu. Yang bestnya, semua jenis kulit sesuai amalkan minyak ikan ini kerana ia tak ganggu pun jenis kulit kita (lagi-lagi yang berminyak, jangan risau), yang penitng, kulit anda mulus dan moist disentuh.

Tapi kalau yang jenis kulit kering, kombinasi, sensitif, atau dah berusia, elok sangat ambil minyak ikan ini dan lihat kesannya dengan segera.

Vitamin E

Salah satu vitamin yang popular untuk kulit (banyak krim kosmetik guna vitamin ini kan?), vitamin E ini dikenali sebagai vitamin penyembuh, berfungsi lebih kurang sama seperti omega-3 dan ia juga melawan radikal bebas dan melindungi sel kulit dari tua sebelum waktunya.

BONUS: pengambilan vitamin E dengan konsisten akan menguatkan struktur kulit dari dalam untuk melindungi diri dari bahan kotor yang toksik, serta pancaran UV (susah sket nak sunburn).

*mama kuat bebeno makan vitamin E sejak umur 20, beza giler kulit dia dengan kita, moist2 gitu. Huhu..

testimoni vita e complex
Adik kulit dia gerutu bebeno dari bekas parut jerawat.. bagi dia vitamin E mujur menjadi.Yeah!

Vitamin B

Dikenali sebagai vitamin kecantikan, vitamin B ni ada banyak (dari B1, B2, sampailah ke B12), secara keseluruhan,vitamin B ini terbukti untuk menambahkan kelembapan pada lapisan kulit paling luar sekali (patutlah Katy Perry ambil dekat seplastik juga tiap hari).

Dan setiap vitamin B tu ada manfaatnya untuk kulit, kuku, dan rambut – so obviously untuk kecantikan lah kan. Hehe.. KLIK SINI untuk ketahui setiap manfaat vitamin B untuk kulit.

Vitamin C

Vitamin yang popular kalau nak cerita pasal putihkan kulit. Vitamin C terbukti untuk memutihkan kulit secara semulajadi dan dengan sekata kerana ia akan masuk dalam proses pigmentasi kulit untuk halang kulit dari gelap – malah lebih selamat dari penggunaan hydroquinone (yang ni bahaya sket, dan kena dapatkan dari pakar kulit sebelum guna sebab agak drastik cara dia putihkan kulit).

vitamin c benefits

Lagi-lagi yang mengalami masalah kulit bercapuk/bertompoh dengan kedut-kedut, vitamin C lah yang anda perlukan sebab vitamin ini berfungsi sebagai pembantu tubuh untuk hasilkan kolagen. Dan kita tahulah, kalau kulit kita cukup kolagen dapat apa…. ^^v

Cuma pastikan vitamin C yang anda ambil, dapat diserap sepenuhnya 100% ya.

Zinc

Ha, percaya tak, zinc juga berguna untuk kecantikan kulit tau, sebab dia membantu vitamin C untuk membantu tubuh hasilkan kolagen pula. Kira cam sub-PA gitu.

benefits zinc full 2

Malah zinc ni lah paling asas yang diperlukan oleh sel-sel tubuh – setiap kali ada sel baru nak dihasilkan/ada sel yang tercedera, zinc ni lah yang datang untuk stimulasi enzim-enzim untuk sel tersebut.

Sebab tu, kalau ada luka, elok sapukan serbuk zinc (supplemen, bukan atap zink tu) pada kulit untuk cepat sket sembuh.

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge