Vitamin Yang Katy Perry Amalkan, Kita Pun Boleh Tiru Apa

Tempoh hari Shai dok surf suka suki je terjumpa lah gambar Katy Perry tweet dekat profil dia. Serius tengok, tak sangka ada orang boleh makan sebanyak tu (walau separuh plastik sekalipun).

Tiap. Tiap. Hari.

katy perry vitamin
‘I’m all about that supplement & vitamin LYFE!’

Ingatkan mama je yang rajin telan bermacam pil, kapsul, dan tablet untuk jaga kesihatan dalaman (sampai peti ais rumah pun dah macam kat farmasi dah), yang ini memang power lah, sebab ada plastik tu Katy labelkan sebagai ‘upon rising’ dan ‘breakfast’ – sela kurang sejam dah kena telan vitamin sebanyak tu.

Dan kebanyakannya adalah vitamin B dan D yang Katy ambil.

Elok ke makan vitamin banyak-banyak?

Pada pandangan Shai, tak salah pun sebenarnya, memandangkan makanan tambahan adalah untuk topup mana-mana nutrisi yang lompong, apatah lagi kandungan nutrisi dalam sepinggan sayur pada hari ini tak sama seperti dulu.

Kuncinya adalah ketahui apa tujuan kita ambil, untuk masalah tertentu – dan ia tak sama pada semua orang.

Dan Shai sendiri ada ‘vitamin cocktails’ tersendiri. Tengok gambar ini tahulah apa yang Shai amalkan untuk fungsi tertentu.

ni supplemen di rumah saya..baru sikit. kat rumah mama peti ais tu dah macam kat farmasi dah - supplemen untuk setiap ahli keluarga
stok supplemen Shai ^^v

Dan ini gambar lama tau, tambahan baru Shai amalkan herba kunyit, vitamin C, dan E (dah otomatik cam set cantik dah), lecithin dan alfalfa (bawa review set dua ini di SINI) digantikan dengan omega dan herblax.

Makan sebiji je tak cukup ya? Cam Habbatussauda tu

Kalaulah ada sebiji untuk penyelesaian masalah yang kita ada pastinya sangat ideal kan? Namun ia tak real lah sebab jika ia, mesti tablet nak telan tu sebesar tombol pintu. XD

Dan ya Shai akui, habbatussauda ada pelbagai nutrisi untuk pelbagai keperluan tubuh, dan Shai ada stok sendiri di rumah. Cuma kurangnya, nutrisi dalam setiap sudu kecil tak cukup untuk target amaun nutrisi yang Shai perlukan.

Contoh mudah protein untuk Shai (untuk build otot) dan omega untuk Naz mucuk. 😉

Bagaimana dengan kawan-kawan? Cer share apa yang korang ambil hari-hari di komen 😀 Shai berminat nak tahu.

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge