Tips Jimat Duit: Strategi Menggunakan Sampul

tabung, tips jimat duit, jimat belanja

Tips jimat duit ni, serius banyak membantu Shai untuk uruskan duit dengan mudah. Sebab bersambung dengan apa yang berlaku dari post sebelum ni, nak dijadikan cerita rezeki banyak masuk yang amat memudahkan untuk setelkan banyak benda, dan sedikit sebanyak bolehlah beli sesuatu yang sebelum ni kalau nak beli pun fikir 2,3,4,5,6 kali.

Antara yang Shai beli adalah syampu dan perapi Herbal Essences yang bio-renew collection. Wangi satu hal, satu lagi dari kecik pakai formula jenama ni tak pernah menegecewakan – apa yang ditulis kat depan syampu tu lah yang dia buat dekat rambut. Reviewnya ada di sini.

Satu lagi Shai ada beli slicer, ni tengah buat review nanti Shai link sekali ya.

So, nak sambung cerita ni, bila dah membeli dan asyik swipe kad debit tu mulalah mengigau mana duit pi. Cukup sekali tu Shai dah tobat tak nak buat lagi (tambah2 kena β€˜tegur’ hehe) jadi Shai cari apa cara paling simple untuk track perbelanjaan kita.

Jadi yang paling mudah Shai jumpa, adalah dengan menggunakan sistem sampul ni.

Tips Jimat Duit Menggunakan Sampul

Asasnya, adalah dengan menggunakan sampul untuk simpan duit tunai dalam tu, dan guna apa yang ada dalam tu ja berdasarkan pecahan bajet yang kita rangka. Duit saiz takat tu ja, jadi sampul yang sesuai adalah sampul surat biasa ja boleh digunakan (ke nak pakai sampul A4), atau nak paling mudah, adalah dengan expandable folder yang boleh jumpa kat kedai alat tulis berdekatan, atau kat DIY dan Daiso ja.

Macam ni rupa file nya. Sumber gambar: aliexpress

Cara nak buat sistem ini, kita mulakan dengan:

Bagaimana Tips Dan Sistem Ini Berfungsi?

  1. Tentukan pecahan belanja yang korang nak asingkan untuk setiap kategori besar iaitu perbelanjaan dan simpanan (pelaburan pun boleh) dan dari situ ada pecahan kategori yang kecil seperti rumah, personal, dan anak bawah perbelanjaan, ASB atau Tabung Haji (atau bon? Amboih) dalam pelaburan.

Lain orang lain kerak nasinya, jadi korang kena tentukan jumlah exact setiap kategori tu lah ya – korang boleh refer balik dekat statement bank atau resit2 korang nak tengok mana duit tu pi

  • Dah tau berapa kategori besar dan kecil, korang boleh beli sampul (atau beli je expandable folder macam gambar tu) dan labelkan ikut warna untuk mudah tengok kategori dia dari kategori besar ke anaknya, dan kalau boleh withdraw duit dari bank siap2, sumbat sampul tu dengan duit tadi, kemudian rekodkan dalam kertas n simpan dalam sampul tu

Tip: korang boleh gunakan akaun simpanan/semasa dari bank sebagai sampul virtual juga – ikut lah nak letak sebagai kategori apa juga. Kalau ada akaun dari dua bank lagi bagus sebab boleh asingkan siap2 dalam kategori besar gitu.

  • Dah setel, gunakan duit dalam sampul tu ja. Lagi baik kumpulkan resit untuk kenalpasti pattern perbelanjaan korang untuk adjust pecahan duit bulan depan. Contoh kalau dah 2,3 bulan duit untuk mekap tak digunakan, mungkin korang boleh potong sikit belanja mekap dan pindah ke kategori lain yang cepat duit habis
  • Ada lebih, gunakan untuk bayo hutang dulu lepas tu lebih tu invest balik ke, guna buat travel ke. Indirectly, lagi banyak korang berjimat sepanjang bulan, duit lebihan tu boleh digunakan untuk benda lebih grand sikit.

Kelebihan Tips Jimat Duit Ini

Shai dah gunakan sistem ni dekat sebulan lebih dan serius ia sangat mudah difahami dan kita lebih berdisiplin berbelanja (sambil cari cara-cara nak berjimat), selain boleh perhati mana duit pergi – keluar masuk, setel.

Tiada lagi nak gunakan lejar debit kredit n imbangan duga – no offence tu budak akaun sebab kita pun aliran akaun juga. Tak tau lah rezeki apa dapat A1 dalam prinsip akaun walaupun imbangan duga sekali ja terimbang. πŸ™

Satu lagi, sistem ni fleksibel dekat setiap orang – korang sendiri tentukan berapa amaun duit nak letak dekat setiap kategori.

Kesimpulan

Lepas dah sebulan lebih menggunakan sistem ini, baru Shai tulis dan rekomenkan untuk korang. Semoga membantu ya πŸ˜€

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge