Boleh Diastasis Recti Sembuh Semula?

Dalam post sebelum ini kita kongsikan tentang diastasis recti dan secara ringkas bagaimana nak sembuhkannya. Sebab ia agak menganggu selain rupa luaran, ia juga boleh beri kesan dekat aspek lain tau. Baca lanjut kenapa.

diastasis recti, perut buncit, mengandung


Tentang Diastasis Recti Secara Ringkas


Isu diastasis recti ini datang daripada perut yang membesar – selalunya, masa mengandunglah – yang lama-kelamaan tu dah besar akan tarik tisu di bawah perut yang bersambung dari dada sampai ke bahagian ari-ari, serta pegang otot2 six packs kiri dan kanan tu, iaitu linea alba.


Nota: ada punca2 lain yang menyebabkan diastasis recti (genetik pun boleh kot) tapi untuk post ni, kita fokus kepada yang pernah mengandung ya.


Secara alaminya, tisu ni macam getah – dia boleh tarik dan kembali ke keadaan asalnya. Tapi kalau mengandung ni, macam getah jua kalau ditarik dan dibiarkan tegang dengan lama, kendur juga kan? Gitu lah dekat perut tu.

Gambarajah linea alba, dan otot sekitarnya. Sumber

Lelaki, please take note ya. Ni pengorbanan wanita jugak ni.

Jadi bila dah tertarik dan kendur, itu yang buatkan otot six packs kiri kanan macam longgar dari tempat sepatutnya, yang bagi rupa buncit sedikit di luar, atau biasa diapnggil sebagai ‘pouch’.

Inilah keadaan yang dipanggil diastasis recti.

Jenis-jenisnya. Sumber

Apa Kesan Diastasis Recti Dekat Kita?

Selain kesan kepada rupa luaran, ia juga memberi kesan dari dalam sebab otot2 dah berlari kedudukan (lihat gambar) jadi kestabilan keseluruhan dan pergerakan otot2 perut yang boleh berikan risiko untuk korang bergerak, kesan dekat tulang belakang, lower back, malah di otot pelvik jika tak kuat akan buat korang senang nak terkucil ja.

Bolehkah Diastasis Recti Ini Disembuhkan

Ya, jika kita komited betul2 nak buat diastasis recti ini boleh dipulihkan kembali kepada asalnya. Cuma berapa lama tu bergantu8ng kepada tahap diastasis recti kita dekat mana.

Untuk itu, korang kena check dulu diastasis recti yang dialami, dengan baring dengan lutut diangkat (macam nak buat situps). angkat leher dengan sebelah lengan dan tujukan mata dekat perut tu. Kemudian ambil dua jari dan tekan di kawasan pusat, check jarak antara dua otot six pack di kiri kanan.

Kalau lebih 3 jari jaraknya, boleh kata tahap serius juga jadi cepat2 lah betulkan ya.

Rujuk video di bawah untuk semak diastasis recti korang.

Kemudian, baru kita boleh tumpukan cara untuk pulihkan diastasis recti ni.

Cara Untuk Pulihkan Diastasis Recti

Kuncinya, adalah tumpukan otot yang kita panggil sebagai tranverse abdominis, iaitu bahagian tepi perut tu. Fokus otot sini dulu yang akan pegang otot2 di tengah perut dan akan kuatkan balik tisu linea alba serta otot di sekitarnya, sehingga otot di situ dah mantap.

Elakkan dahulu senaman2 seperti situps, bicycle kick, plank, 100s pilates tu sebab ia akan fokus dekat otot tengah perut, dan dalam keadaan dia tak kuat, lagi lambat nak sembuh balik.

Lakukan rutin menarik nafas sambil menarik pusat ke dalam, dan tahan dalam 10 saat gitu (macam Kegel jugak lah ni). kerapkan lakukan senaman ini, dan pastinya lagi lama lagi bagus.

Refer post di sini yang tumpukan cara memulih diastasis recti dengan menyeluruh.

Antara tips lain adalah usahakan untuk capai berat badan ideal yang secara tak langsung akan kuatkan otot DAN buang lebihan berat dari lemak yang kita tak perlukan, serta pemakaian bengkung yang sesuai.

Baca sini: tips nak kurus cara orang dulu.

Serius, isu ini agak annoying sebab beriya nak kurus tapi ada buncit kecik tu menganggu.

Mujur isu ni masih boleh pulihkan, kalau tak dah minta sponsor surgeri nak betulkan kot. Tibe XD

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge