Pengalaman Projek Freelance Menulis Untuk Pakar Kulit

Menulis dalam bidang kecantikan/kesihatan ni dah lama sebenarnya. Minat yang mendalam lepas membaca majalah Jelita (mak kita yang subscribe ye) dan juga majalah Cleo yang semestinya memberikan inspirasi untuk ambil tahu tentang kandungan dan trend dalam dunia kecantikan/kesihatan.

Hasilnya, seorang pakar kulit ambil kita jadi freelance writer, secara kontrak.

Kisah Awal Dalam Bidang Penulisan

Asalnya bermula kerja menulis di website fiverr.com, dan berdikit-dikit kita belajar dalam bidang penulisan.

Ilmunya ada, cuma bila nak diterjemahkan ke dalam teks yang panjangnya 300-550 patah perkataan agar sukar.

feedback writing fiverr
Antara feedback yang dapat. Terpaksa hide kan nama-nama client kita

 

Jadi pada awalnya, nak menulis pun kena guna mind map, tulis tangan dan cari sumber rujukan secara manual sebelum dipindahkan ke microsoft word. -.-”

Haha.. cam noob giler dan sangat lambat tapi takpalah, kerana sekarang ni selepas dah lama berkecimpung, dalam sejam dua boleh siap dan hanya terus menaip di atas draft juga – dan ia mengambil masa dalam 2,3 tahun juga tau.

Bunyi cam dah pakar giteww..

Antara buku peberet saya
Antara buku peberet saya, penuh dan padat dengan ilmu tentang kesihatan dan pemakanan. Hasilnya kenapa saya fokus pada diet Atkins dan coaching kurus (klik gambar ni)

Tawaran Dan Rezeki, A Big Break

Sampailah ketika dapat tawaran untuk menulis dari seorang pakar kulit ni di website fiverr tersebut.

intro writing 2

 

 

Sekian lama dapat order yang boleh tahan banyak (dia biasa bagi dalam bentuk bundle), saya cadangkan untuk terus berhubung secara terus melalui email.

sales robert

Pucuk dicita ulam kacang botol mendatang, setuju aja pakar tersebut.

Perjanjian hanya melalui online aja semata-mata, memang kena tawakal jugaklah kan tapi syukur alhamdulillah setakat ni kedua-dua pihak berpegang dengan janji dan arrangement dalam projek jangka panjang ni.

payment writing robert

Setakat ni, dah dekat ratusan artikel telah dihantar ke pakar kulit ni, disamping fulus yang masyuk, kita bersyukur sangat2 betapa banyak ilmu dan update terkini yang kita dapat gali dalam dunia kecantikan dan kesihatan, yang boleh dikongsi bersama kawan-kawan. 😀

Kalau ada yang nak tahu cara terbaik dalam menulis secara freelance dengan saya, boleh ja tanya. 😉 Contact saya di akaun sosial, ada di bawah entri ini. 

Jumpa di entri lain!

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge