Facebook Page Kena Hack- Duit Hilang Dapat Balik

scam, facebook page, hack

Kes Facebook page kena hack ni, sebagai perkongsian untuk korang jugak agar sentiasa beringat dan berhati-hati. Shai nak share ni sebab rasa terkejut tu masih ada. Jadi tunggu kes dah betul-betul setel baru boleh share dekat sini. Fuh..

Bagaimana Bermula

Ceritanya takda apa yang dramatik sangat pun; masa tu Shai nak bershopping sikit apa yang ada dalam β€˜like’ dekat shopee tu, alang-alang dah ada diskaun 11:11 kita belilah (barang untuk dapur je pun).

Tengok baki di bank selepas transaksi tu sangat-sangat kurang dari apa yang sepatutnya ada. Semalam tu adik ada transfer ke bank Shai jadi sepatutnya ada lebih lah kan, tapi yang dipaparkan dekat transaksi tu jauh rendah dari apa yang sepatutnya ada.

Bahasa mudahnya, duit short.

Gila lah melompat kita bangun check dekat Maybank app dan di desktop, memang ada short dekat RM400++, spesifiknya transaksi jumlah yang sama kali 5 dengan 1 dibuat semalamnya, 4 pula esok. Pergh aku dah panik cepat-cepat call Maybank customer service dan pastikan dari mana transaksi tu datang. Customer service maklumkan ia transaksi dari debit card, dibuat dari Facebook.

Ah sudah. Sebab rasanya tak guna apa-apa Fb Ads ke apa waktu tu. Check punya check memang ada transaksi dari debit kad yang kita attach ke FB page kita tapi iklan yang ada amat merapu, dengan setting yang sangat-sangat jauh dari biasa.

I mean, region setting dekat Ukraine kot. Motif aku nak beriklan sampai ke Eropah nak buat apa

Btw promo sikit page FB nya di sini. Sila like untuk dapatkan post blog terkini, share info dan resipi, serta gambar lawak untuk mak-mak^^v

Scam Dikesan Di Page Facebook

Clearly ada musibat lain yang masuk ke page, gunakan data kita dan debit kad yang ada untuk buat iklan dia (dalam bentuk story) dan dibuat dengan page yang tak seberapa dan waktu tengah sale 11:11 ni jadi orang tak suspicious sangat.

Mungkin bukan aku le sebab setiap duit keluar masuk aku check satu persatu.

Dan ia memang buat kita terduduk terkedu.

Duit kecik mana kalau diambil cara begini tetap kita tak suka dan sedikit consolation mungkin duit tu adik transfer dan terus keluar pula esoknya tu tak sempatlah kita merasa, instead duit yang disimpan sekian lama buat beli barang untuk ganti yang rosak, atau barang dapur ka, memang mengamuk lah jawabnya.

Report Ke Maybank Untuk Facebook Page Kena Hack

Nak menangis pun takdan, kita cepat-cepat ke Maybank yang berdekatan di rumah untuk buat report dan kad baru (setelah kad lama di kunci dan dibatalkan). Staf pun terkejut dan risaulah benda-benda macam ni, sedaya upaya tolong kita.

Sambil setelkan report kita termenung je lah..

Report Ke Facebook

Pada masa sama, report juga dibuat ke Facebook dan boleh dikata, staf Facebook ni tolong juga isu yang kita alami ni. Ada beberapa butiran yang perlu disediakan antaranya:

Boleh rujuk pada screenshot emel di bawah ini (yang mana padam tu info sensitip ye). Basically, kita get ready to assist anything they need to investigate. Yelah isu serius kot sebab security breach.

facebook page kena hack
Klik gambar untuk besarkan ya. Yang shopee tu abaikan tu beli cadar n sarung bantal je. Tengok yang transaksi RM95 tu berapa kali. Siot

Dah setel semua report (ambil masa sehari juga) baru boleh menung dan menangis.. sambil remove debit card dari Fb Ads kita dan stop iklan merapu tu dan apa-apa yang perlu…

Follow Up Semula

Selepas report pun tak semestinya kena biar je tau. Follow up perlu dibuat secara berkala dan Shai buat semula dalam sebulan lepas tu, ke Maybank dahulu. Staf bank maklumkan biasanya kes macam ni yang deal dengan Facebook dan luar negara pula, biasanya mengambil masa dalam 3-4 bulan juga, dengan duit tak tentu boleh dapat balik ke tak. #pasrah

Follow up ke Facebook pula tak dapat reply, sehingga Shai buat satu lagi follow up ke Facebook, guna report baru dan ceritakan secara terperinci apa yang berlaku (letakkan sekali report ID yang lama). Masa tu ada lah luah perasan sikit dan kita maklumkan yang kita sangat-sangat berat hati nak bayar yang tertunggak sebab tu kerja musibat tu, bukan kita.

Yelah overdue sampai RM80++ kot. Menyumpah jugaklah.

Apatah lagi 2,3 hari sebelum tu ada mesej yang aneh juga masuk ke page Facebook kita, sekadar icon smiley gelak tu (dari notification kat hp). Bila check kat app dan desktop takda pula. Jadi nak husnuzon orang salah hantar mesej pun tak boleh juga kalau keadaan macam ni kan.

Itu juga kita masukkan sekali dalam laporan ke pihak Facebook dan alhamdulillah, lepas dengar penjelasan dan reasoning kita, staf Facebook segerakan laporan ni dan esoknya pula dapat reply.

Depa kata akaun Fb kita dah compromised jadi kena reset password, depa clearkan overdue charge tu dari akaun kita (yelah, sebab bukan kita kan) dan akan refund semula duit yang kena sedut tu.

Masa tu Allahu..bersyukur sangat. Kita excited reply kata terima kasih lah sebab masa-masa mencabar ni, setiap sen memang kita kiralah. Apa lagi benda ni berlaku dekat kita, boleh berlaku dekat orang lain kot. Kita ucap terima kasih berapa kali dah dan everything is well, lusa gitu duit masuk balik semula apa yang dah disedut keluar tu. 5x depa sedut, 5x juga amaun sama dapat balik alhamdulillah.

Bila Facebook Page Kena Hack – Apa Kita Boleh Buat?

Kes ni jadi membuka mata kita juga, walaupun asasnya kita tak buat apa-apa salah pun tapi orang jahat ni, dia nampak peluang untuk kepentingan jahat dia takda hal dia licik masuk juga – jadi kita sendiri kena counter balik dengan usaha tak adakan peluang tu sebaik mungkin.

Antara yang Shai buat selain reset password tu dengan lebih terperinci, kad yang digunakan pula lepas ni adalah kad debit biasa dan bukan yang utama. Takpalah, ada kad debit khas digunakan untuk urusan bisnes supaya tak bercampur aduk dengan belanja rumah dan anak. Duit dalam kad debit untuk bisnes pula cukup-cukup jadi boleh kurangkan peluang loss.

Pada masa sama, kita lebih berhati-hati dengan perbelanjaan, maka setiap hari Shai akan semak duit keluar masuk di app/desktop dan record dalam money management app. Kita gunakan app Money Lover dan serius sangat mudah dan membantu. Bayar pun sekali je bukan subscription ke apa (harapnya maintain macam tu lah).

Review Money Lover akan dibuat dan diletakkan link di sini ya.

SilentFade Malware, dari China

Dari research dekat Google, benda ni memang berlaku dekat orang lain dengan satu malware dipanggil SilentFade. Dia coding masuk ke Facebook, buat iklan tanpa dikesan oleh pemilik akaun, dan coding tu pun Facebook tak perasan.

Ko bayangkan iklan Facebook page kena hack sampai dekat Ukraine sampai yang Facebook tu pun tak flag as suspicious, macam tak kena ja sebab suspicious activity (yang tak tally with our personality – depa ada data kita anyway) terang jelas kelihatan. Macam Google kalau kita log in kat gajet lain pun dia emel kita dah.

Korang baca kat link sini, yang kita pilih hampir dengan isu yang dialami.

1, 2, 3

Tak pasti dengan kes yang kita kena, tapi modus operandi sama ja jadi boleh kata ini yang berlaku dekat kita.

Korang yang baca ni pun hati-hati lah ya. Kena dekat kita, boleh kena dekat orang lain juga dan serius ni bukan yang sesuatu yang kita nak orang lain yang (tak buat apa pun) kena.

Mungkin ni juga membantu kalau korang nak, Shai amalkan baca surah Yassin 7 mubin tu (kaedahnya di sini), niatkan agar dipulangkan balik duit tu (walaupun dah rationalize dan redha, kalau dapat balik would be nice anyway) dan pembalasan pada orang yang ambil hak kita. Ikut kaedah yang dikongsikan juga, bukan surah Yassin ye, tapi bottom line Allah juga yang decide nak makbulkan ke tidak, atau Dia bagi berganda lebih balik πŸ˜€

So yeah, I get back exactly what I lost.

Kesimpulan

Korang tengok kronologi dekat youtube ni lah ya. Boleh subscribe kalau nak dalam format video terus.

Minta dijauhkan kita semua dari alami keadaan ini. Minta jugalah musibat yang mengambil hak orang ni hidup dia susah memanjang ja. amin2 πŸ™

Bacaan lanjut

10 Comments

  1. Assalamualaikum cik. Terima kasih atas perkongsian. Sgt berguna.. Boleh cik bantu mcm mana nk buat report ke FB? Nak klik yg mana cik? Sya buntu. Duit sya kene tolak oleh FB smpi 9tat lebih

    1. Untuk buat report ke FB kena log in account, dan boleh ke akaun sendiri atau page yang kita punya (dari mana duit tersebut ditolak) > pergi ke help n support (kat belah kanan atas). Yang paling dekat dengan apa Shai buat (mungkin boleh digunakan sama langkah ini). ialah di link ini, yang #2 tu ya. #1 ke #4 boleh digunakan oleh kita.

      Klik sini ya
      https://www.kontentino.com/blog/how-to-contact-facebook-support/

    1. Allahu..bagaimana cikpuan kena pula adakah sama macam kita? Cuba ikuti langkah macam kita buat di artikel ni. Apa2 pun kena contact bank n fb juga tu

      1. Assalamualaikum. Rupanya ramai yg terkena.. Baru terjadi pd sy baru2 nie.. Alhamdulillah ikut step yg sama.. Lps tu sy trs chat dgn fb business support. Immediately dia reply.. skrg cuma tunggu feedback dr diorang je..

        1. Alhamdulillah syukur! Kena scam berapa ringgit pun kita bising kot hehe..Agaknya fb support juga sedar isu ni terang2 bukan salah kita, jadi nak tak nak dia kena selesaikan isu tersebut(disamping counter dengan security depa). Jangan lupa folow up secara berkala untuk bagi depa ingat ya

  2. hai sis. saya terbaca entry ni lepas duk search camana nak solve masalah yg saya lalui (hampir sama macam sis) . cuma sy punya hal ni dia pusing kot lain sikit. td saya baru check transaction history kad kredit (bukan debit) saya ada facebook ads chrge sebanyak 5-6 kali yg berjumlah lebih 200 ringgit. adoilah.. walhal kan, saya deactivate account fb saya dah dekat sebulan lebih. plus, saya mmg xde on fb langsung. tau2 kad kredit sy dah nak beat limit . call cust maybank macam handau pulak asik bz (even pkul 1 pg). maybank suckssssss dlm keadaan SOS ni x dpt plak dihubungi. risauu takut ada charge lagi nanti. 1stime berlaku ni . peningg

    1. Kad tu masih didaftarkan di fb tak. Kalau ada remove/delete ya. Atau jika tak, check balik di mana kad kredit tu disimpan di website mana, cancelkan terus. Sejak kes hari tu saya jaga betul2 kat mana kad didaftarkan (simpan rekod) jadi apa2 jadi boleh check balik. Part maybank tak tau lah tapi kita follow up ja dengan call/emel banyak kali sampai dapat

  3. Assalamualaikum.. sis.. sy juga kena kes yg sama.. duit deduct dari FB ads.. hampir rm410.. bagaimana nk report di FB sekiranya akaun FB da xboleh masuk..?boleh sis bantu sy?

    1. Wassalam wbt cikpuan. Aduhai.. masalah ni berlaku juga ya. kalau akaun fb sendiri tak boleh masuk, cuba gunakan akaun sapa2 untuk infom support fb, maklumkan nama n link akaun fb yang kena hack tu, n perincikan masalah yang dialami. letak sekali screenshot duit kena deduct di ads tu, transaksi bank. kad debit tu pun kena cancel juga tu. steps yang saya buat boleh digunakan sebagai rujukan. n follow up setiap 2 minggu sekali kalau boleh nak push. likely depa refund balik duit, inshaa Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge