Hobi Setiap Bulan

Dalam entri ini saja-saja Shai nak kongsikan, dan ia basically adalah salah satu hobi yang Shai buat setiap bulan.

Iaitu warnakan kuku. ^^v

kuku nail polish

Hobi ni dah lama dah, yang bermula dimana gatai saja nak basahkan kuku dengan air, sebelum sapu dengan pensil warna Luna (dia kan water soluble). Amboi..vavavom warna cam Katy Perry atau Nicki Minaj gitu. Haha..

Dan lepas tu konfom kena bebel dengan mama. -.-“

Belum kira masa kecil Shai minta dibelikan mainan kuku plastik tu, yang ‘Fashion Magic’ namanya. Yang ni lagi power sebab kuku plastik ikut bentuk real, siap stiker dan glitter lagi.

Dan lepas tu kena marah dengan papa sebab merepek buat kuku gitu. +.+

Tambahan pula dulu pernah terbaca rasanya (dalam majalah Mastika kot?) yang perempuan dok warna kuku bila meninggal warna kuku tu melekat lah, then kawan se-tuisyen bagitau kalau warna kuku nanti malaikat cabutlah..

Inglot – halal nail polish?

Until Shai terjumpa satu trending yang jadi crazy jugalah di negara Arab – halal nail polish.

Jenama Inglot, ia dihasilkan untuk niche nail polish yang membantu kuku ‘bernafas’ dan tak berwarna kuning selepas memakai polish tersebut dengan lama. Tapi indirectly, nail polish ini juga bermaksud molekul air dapat meresap masuk ke kuku.

Secara tak langsung boleh dipakai waktu wuduk kan?

Shai terujalah juga sebab selama ini hanya pakai setiap bulan ketika tak boleh solat dan website ini review (malah jumpa pihak Inglot secara rasmi) untuk dapatkan data secara sahih jika ia boleh dibawa solat.

Kesimpulan dari artikel web tersebut, yakin jugalah nak guna sebab terbukti air meresap masuk, cuma perlu tonyoh tekan sket di kuku masa ambil wuduk tu, dan ketika pakai, pastikan ia 1 sapuan sahaja (walaupun dalam eksperimen tu dia siap letak top coat sekali).

inglot o2m

Inglot nail polish, range O2M ini boleh didapati setiap butiknya, dan Shai dah test sampel dulu, satu sapuan pun dah elok cover kuku ^^v

Alternatif brand lain yang kita boleh cuba, adalah Tuesdays In Love, dan boleh dapatkannya di fb page mereka.

*nak beli nak tunggu en.somi bagi green light sebab mahaiii.. +.+  sebab Shai nak beli 3 warna sekaligus, especially my signature color nude tu.

*shoutout to Inglot Malaysia. I’d be happy to review those nail polish. ^^v

Reason Shai pakai nail polish?

Saja sebab suka melawa. Hehe.. Shai suka style up french-preppy chic anyway, ia simple, praktikal, dan subtle.

nail art polish kuku (2)
testing efek ombre’
nail art polish kuku (1)
testing efek matte guna tepung jagung. tak jadi sangat……

Dan Shai tak percayalah bab-bab warna kuku haram ke apa, sebab haramnya masa nak solat ja. Dan tiada beza pun dengan celak dan gincu yang kita guna – kalau dah fesyen di luar sampai bertabarruj, sama tak eloknya juga. 😉

signature mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge