Kebaikan Diet Rendah Karbo

Banyak kebaikan diet rendah karbo dan tak hairan ia mendapat populariti sejak akhir-akhir ni dan khusus bagi kita yang memerlukan cara pemakanan yang tak perlukan berlapar, diet rendah karbo menjadi pilihan utama dalam proses kurus.

 

Diet ini juga telah dikaji dengan lebih terperinci dan hampir semua kajian didapati diet ini bukan sekadar fad atau trending semata-mata – ia memang membantu untuk kita mendapatkan berat badan ideal, detoks tubuh daripada bahan-bahan kotor, membetulkan sistem tubuh, serta secara umumnya, memanjangkan jangka hayat manusia (lifespan orang kata).

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Diet Rendah Karbo?

Secara definisinya mudah ja: ia suatu cara pemakanan yang tumpu kepada untuk kurangkan sumber dari nutrisi makro karbohidrat ini seminimum, hingga takat apa yang diperlukan tubuh sahaja, dan digantikan sumber nutrisi makro lain iaitu protein dan lemak sihat dengan lebih.

Bergantung kepada jenis diet low carb yang korang ikuti, lain jenis diet lain nisbahnya karbohidrat yang diambil dalam sehari. Contoh atkins fasa 1, 20g sehari je korang boleh makan makanan yang ada karbo tu.

Yang pasti, diet rendah karbo ini TAK bermaksud haramkan karbohidrat terus, kerana ia masih termasuk dalam salah satu nutrisi tubuh yang diperlukan. Klik gambar bawah ni, untuk baca lanjut ya.

 

 

Tujuan Melakukan Diet Rendah Karbo Ni

Haruslah, rata-rata akan buat diet ini sebab nak kurus (hehehe) namun pada masa sama, kebaikan diet ini juga tak dinafikan seperti menstabilkan tahap pH tubuh, detoks usus, malah mengurangkan risiko/simptom seperti kencing manis dan sindrom metabolik – simptom/penyakit yang berkait rapat dengan pemakanan, iaitu pengambilan karbohidrat yang tinggi dalam makanan seharian.

 

Sumber: https://www.aboutlowcarbfoods.org/

 

Sebab asasnya, karbo ni tubuh kita gunakan sebagai sumber tenaga dan ikut jenis karbo ini (kompleks atau simple), ia akan dipecahkan sehingga menjadi struktur paling mudah iaitu gula untuk diserap dalam tubuh, dikenali sebagai glukos.

Secara tak langsung, makan karbohidrat ni bermaksud makan gula juga hehe..

Umumnya, karbo kompleks ini juga terikat dengan serat dan dipecahkan lebih perlahan berbanding karbo putih ni, jadi insulin dilepaskan secara berkadaran, untuk glukos digunakan tubuh.

 

Sumber: https://www.ditchthecarbs.com/

 

Itulah bezanya, bila glukos diserap dengan banyak dalam masa singkat tu yang buat insulin dilepaskan dengan mendadak. Lama-kelamaan insulin tu makin kurang sensitif, dan menyebabkan glukos yang berlebihan tu tak sempat digunakan, dan disimpan sebagai lemak.

Itu yang menyebabkan samada kegemukan, kencing manis, atau kedua-duanya sekali.

 

Terkejut wehh

Kebaikan Diet Rendah Karbo

Antara kebaikannya adalah mengurangkan rasa selera nak makan, sebab dah diet tinggi protein dan lemak sihat tu buatkan korang kenyang lama, jadi kurang rasa nak makan nasi sepanjang masa.

Diet ini juga boleh dikatakan membantu untuk buang lebihan berat dengan kadar lebih banyak, sebab bila nak bakar lemak, air yang terperangkap pun dibuang sekali. Tu yang orang buat diet ni peringkat awal seronok sebab laju ja turun, sebab berat air tu. πŸ˜€

Diet rendah karbo juga didapati membuang lemak yang bertumpu di sekeliling organ (yang meningkatkan risiko untuk dapat isu metabolik, sakit jantung, darah tinggi tu), serta juga kuantiti trigilserida yang berkait rapat dengan risiko sakit jantung sekali.

Tapi pada masa sama, meningkatkan nisbah kolesterol baik, yang membantu untuk maintain kesihatan jantung korang.

Dan kerana karbo yang dipecahkan menjadi glukos ini telah dikurangkan pengambilannya hingga ke kadar minimum, maka kurang insulin digunakan, secara tak langsung ia digunakan berkadaran dan juga maintain tahap sensitif insulin tersebut (google insulin sensivity untuk baca lebih lanjut ya).

 

diet rendah karbo, diet tanpa lapar, kurus tanpa berlapar, diet atkins
Antara kebaikan diet rendah karbo

 

Untuk Mereka Yang Tak Sesuai Mengamalkan Diet Rendah Karbo

Umumnya sesiapa sahaja boleh amalkan diet rendah karbo ni. Cum hati-hati jika korang:

  • Mengambil ubatan kencing manis, dapatkan nasihat doktor dulu sebab takut hypoglaecemic kan naya ja
  • kanak-kanak dan remaja yang masih memerlukan nutrisi untuk tumbesaran, melainkan yang disahkan sebagai obes dan dapat kebenaran doktor ja ya. Baca sini bagaimana nak bagi anak berdiet tanpa berlapar, selepas disahkan doktor
  • mereka yang mengalami kencing manis jenis 1, melainkan dapat pengesahan doktor dahulu
  • mereka yang sedang/baru sahaja lepas isuΒ eating disorder (bulimia, anoxresia nervosa, dsbg).

Kesimpulan

Didapati diet rendah karbohidrat ini membantu untuk membaiki kesihatan (dan juga berat badan!) dengan lebih baik. Dan pendapat peribadi Shai yang sendiri ada beberapa risiko penyakit (risiko, belum kena apa-apa lagi alhamdulillah), diet ini sangat membantu sebab tak payah berlapar, membantu untuk maintain berat badan bila kita ni jenis nak makan ja hehe..

Korang macam mana? Pernah amalkan diet rendah karbo? Atkins ke, ketogenik ke, share di komen ya! πŸ˜€

Sumber: 1,2,3,4, pengalaman sendiri ^^v

Bacaan lanjut

No Comments

  1. Menarik info ni. Pernah cuba buat diet karbo, turun juga beberapa kilo. Tapi sekarang lebih kepada diet bagi badan sihat dan cergas…berat?..tak kisahlah asalkan tak membebankan πŸ™‚

    1. Ya betul. Kunci dlm diet /pemakanan sihat ni, nak kita sihat n fitselain capai target kesihatan yang kita sendiri nak

  2. Menarik info ni. Pernah cuba buat diet karbo, turun juga beberapa kilo. Tapi sekarang lebih kepada diet bagi badan sihat dan cergas…berat?..tak kisahlah asalkan tak membebankan πŸ™‚

    1. Ya betul. Kunci dlm diet /pemakanan sihat ni, nak kita sihat n fitselain capai target kesihatan yang kita sendiri nak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge