Protein Shakes Bukan Untuk Bina Badan Je Ke?

Sebut pasal protein shakes orang akan menganggap yang kita nak bina badan dengan berketak-ketak. Aiyo.. Kalau yang perempuan yang mengamalkan minum protein shakes pun dikata nak body building ka. Abih sado badannya ye dok. Haha..

Tak semestinya tau, kerana kita hanya manfaatkan kemudahan dengan mengamalkan protein shake ini agar dapat menyelesaikan pelbagai urusan tanpa mengabaikan kesihatan kita. Sebab  protein shakes ni bagi kita kenyang lama!

Sebab itu, dalam rangkaian Shaklee ini ada diperkenalkan beberapa jenis protein shakes yang boleh diambil mengikut target keperluan diri (ye, even nak sado pun boleh je).

Kebaikan Mengambil Protein Shakes

Secara mudah, protein shakes ini umpama minuman 3-in-1; Ia mudah, pekat, dan segera.

Sangat menyenangkan kerja (khususnya pada yang sering sibuk kesuntukan masa) untuk mendapatkan nutrisi protein yang mencukupi, kerana protein yang cukup adalah amat diperlukan tubuh kerana setiap sel tubuh kita, dihasilkan dari protein.

*Kajian telah dibuktikan, tubuh kita lebih memerlukan protein dan lemak sihat berbanding karbohidrat sebenarnya.. Namun, kita biasa ambil nasi yang banyak ke lauk? Hehehe…

Selain itu, kerana protein yang pure bernilai glisemik indeks yang rendah, maka ia membantu untuk kita kenyang dengan lebih lama. Jadi takdalah asyik memikir nak makan ye dok.

Indeks-Glisemik

Protein Shakes Yang Ada Dalam Shaklee

Energizing Soy Protein (Esp)

Salah satu produk paling terlaris dalam Shaklee, sebab ESP ini boleh digunakan untuk pelbagai fungsi seperi untuk susu badan pekat, kulit kusam/penuh cela, dan semestinya untuk kurus (saya turun 2 kg ambil ESP je tau, ada review di sini).

esp esp

Sebab  paling mudah, ESP ni adalah terdiri daripada protein yang telah diasingkan, dan bukannya  biji-biji dan keladak (non-GMO) soya ya, walaupun bau dia boleh tahan ke-soya-yannya..-.-“

esp

Cinch Shake Mix

Cinch Shake Mix ini pula, ia juga adalah satu bentuk protein shake namun ia khusus sebagai makanan gantian. Kiranya kalau dah ambil Cinch ni masa sarapan, tak usahlah topup dengan nasi lemak sambal kerang ye.

cinch

*sebab tu agaknya Cinch ni dibuat macam perisa sedap.. Seperti coklat, vanila, dan kopi latte. Layanzz..

Jadi Mana Yang Lebih Baik, ESP Atau Cinch Shake?

Bergantung kepada pelbagai faktor juga dan juga tujuan anda mengambilnya. Contohnya anda ingin kurus namun anda tak suka bersenam, atau terlalu sibuk dan banyak godaan pada masa yang sama (contohnya, kerja jadi chef ka..hehe) maka perlunya untuk anda dapatkan konsultasi terlebih dahulu untuk memilih protein shake yang sesuai. Mungkin ESP, mungkin Cinch Vanila, siapa tahu? 😉

testi cinch
testimoni luar negara yang menggunakan Cinch. ni mak 5 anak ini kot.

Malah suka saya kongsikan, protein shakes ni, sebahagian daripada prinsip ‘Bakar, Buang, dan Bina’ yang diperkenalkan Shaklee. Jadi ada kebaikannya untuk anda ambil supplemen tambahan, sekali dengan protein shakes yang dicadangkan untuk kesan yang efektif sekaligus.

Kalau tak, jadilah macam saya. Huk Huk..

Bukan apa ya, kalau dah ambil protein shake ni dengan makan masih sama, alamatnya berat badan akan naik tak beragak dan ke-sado-an apa pun tak nampak. Sayang je pulak.

Perhatian: Jika anda masih ragu-ragu/risau dengan kesan perngambilan terlebih protein, baca sini untuk rasa lebih selamat.

Jaminan untuk anda akan diberikan juga ya. 🙂

UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.

*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya. 

Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge