Senarai makanan membakar lemak. Tampal di dapur dan anda boleh amalkan sekarang juga.
“Bersenam? Sibuk dengan kerja dan anak, mana ada masa kot.” Kekangan masa yang ada selalunya menyebabkan kita tidak ada masa nak bersenam dan biasanya itulah alasan yang kita berikan. Bukan alasan pun, benda betul pun hampir setiap masa – kita sebagai ibu memang s.i.b.u.k. Maka sebagai satu solusi, diet lah jawabnya.
Mana tak nya, diet itu memberi kesan hampir 70% kepada bentuk tubuh kita tau. Senamlah banyak mana pun, dengan alatan gim canggih dengan hi-tech nya, kalau gaya pemakanan kita dipenuhi dengan fast food, karbohidrat, dan minuman berais alamatnya perut kita takat tu jugaklah buncitnya. -.-
Maka dengan itu, sebagai satu usaha untuk membakar lemak secara ‘atomatik’ ialah dengan mengamalkan makanan yang terbukti untuk meningkatkan metabolisme, agar tubuh anda boleh berterusan membakar lemak yang tersimpan.

Jadi Apakah Makanan Yang Boleh Membakar Lemak Saya?
Telur
Ini boleh dikatakan sebagai ‘makanan ruji’ kalau anda mahu kurus. Kerana telur adalah sumber protein yang termurah dan termudah untuk anda membuang lebihan berat badan anda yang tidak perlu. Selain protein, telur juga tinggi dengan choline – ia membantu tubuh kita membakar lemak, serta tutup sat switch tubuh kita yang dok ‘on’ untuk menyimpan lemak (sabo je la).

Cuka Epal
Cuka epal ni selain menambahkan rasa ‘kick’ dalam lauk pauk (Boleh lihat resipi mudah di sini: link mommylotte resipi), cuka epal (apple cider vinegar: ACV) mempunyai asid asetik yang terbukti melambatkan sedikit perut untuk cernakan makanan, serta pelepasan gula ke salur darah kita (kalau terlepas terlalu banyak, dia pun jatuh terlalu cepat; berisiko untuk kena kencing manis tau). Untuk amalkan, hanya sesudu the ke dalam air suam, the O secawan dan teguk sebelum sarapan.
Cayenne Pepper
Cayenne pepper ni biasa digunakan dalam Juice Cleanse untuk orang nak kurus cepat (biasanya lagi nak capai 1,2 kilo tu). serbuk rempah ni pedas yang membantu tubuh untuk meningkatkan metabolisme, serta makanan yang dicernakan terus jadi tenaga tanpa disimpan sebagai lemak. Beli je dekat Tesco, tambahkan ke perapan ayam/ikan/tempe goreng atau sedikit ke salad dan makan.

Oatmeal
Makanan ruji bila nak sahur ek? Hihi sebab dia buat kita kenyang lama. Kerana bijirin oat ini lambat dicernakan, ia membantu untuk kita gunakannya sebagai sumber tenaga, serta kenyang lebih lama.
Ikan Salmon Dan Tuna
Ikan-ikan ini biasa dirujuk dalam aspek kurus, kerana ia mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu tubuh untuk membakar lemak, halang daripada penyimpanan lemak dan seterusnya membantu anda turunkan berat badan. Kalau tak dan beli salmon ini (atau ratah yang dekat sushi salmon di Aeon/Sushi King), anda boleh dpaatkan supplemen omega-3 untuk kesan yang lebih kurang sama – yelah apa-apa pun kita rujuk kepada yang semulajadi ye.
Minyak: Coconut Oil Dan Olive Oil
Minyak ni makin popular kebelakangan ni , kerana minyak kepala ni selain untuk kecantikan, ia adalah sejenis asid lemak yang membantu anda untuk kurus (terbukti dalam kajian pun). anda hanya perlu ambil sesudu dua setiap pagi, sebelum nak sarapan. Asid lemaknya digunakan sebagai tenaga, dan asid laurik pula akan bako lemak dekat perut muncit tu. Minyak zaitun pula ia juga kesan yang sama seperti minyak kelapa, dengan asid lemaknya tersendiri.
Air Lemon
Resipi paling mudah adalah dengan minum air lemon. Kerana bahannya limonene (sejenis antioksidan) membantu untuk keluarkan toksin dalam tubuh, serta menguruskan usus tu untuk berfungsi dengan lebih optimum.
Sayuran: Bunga Kubis Dan Bayam
Nutrisi dalam sayuran bayam ini tidak dinafikan (tu yang Popeye makan setiap kali nak lawan Brutus kan?), ia juga mengandungi bahan dinamakan thylakoids, untuk mengurangkan selera dan seterusnya membantu anda kurus.
Bunga kubis pula (Shai panggil dia sebagai bunga kauli) ia crunchy dan bersifat termogenik, iaitu tubuh anda membakar lebih banyak kalori untuk mencernakannya. Agaknya sebab tu kalau nak diet, resipi yang menggunakan bunga kubis ni membantu.
Kayu Manis
Rempah ini memgandungi antioksidan polifenol dan cinnamaldehyde yang terbukti untuk mengubah komposisi tubuh dan meningkatkan insulin untuk lebih sensitif – bermaksud tenaga anda lebih stabil, dan kurang untuk makan berlebihan (mentedarah lah maksudnya). Gunakan rempah ini dalam masakan anda, atau kisar kering dan taburkan sedikit serbuknya di kopi untuk lebih kick.
Teh Hijau
Kesan polifenol yang sama juga terkandung dalam the hijau, serta mengandungi catechin yang berfungsi untuk: mengeluarkan lemak daripada sel lemak tubuh, tutup switch tubuh daripada menyimpan lemak, dan membakar lemak tubuh.

Peanut Butter
Peanut butter – biasanya kita gunakan untuk bekalkan snek anak, namun peanut butter juga membantu untuk kita kurus tau. Ia mengandungi phenylalanine – untuk bantu hormon kita untuk mengurangkan selera, dan seterusnya membakar lemak. Ingat tau, bukan peanut butter yang ada di pasaran, melainkan hanya ada kekacang tanah dan garam sebagai bahannya sahaja – atau kena buat sendiri.
Kunyit
Kunyit mengandungi bahan curcumin yang mengurangkan inflamasi tubuh serta mengurangkan peratus lemak tubuh dengan berkesan. Selain amalkannya dalam masakan, cer amalkannya dalam bentuk rebusan air (boleh campur dengan serai, gula batu, dan manjakani) untuk amalan jaga badan.
Kesimpulan
Amalkan makanan ini untuk sebahagian besar dalam diet anda dan lihat bagaimana perubahannya! Untuk ketahui lebih lanjut bagaimana jenis-jenis makanan yang fat burning ini dijadikan sebahagian kepada diet yang mudah untuk kita kurus, klik sini.