Boleh Tak Saya Nak Kurus Bahagian Tertentu Sahaja?

Jika diberikan pilihan, pastinya kita nak sangat kuruskan tubuh kita di bahagian tertentu. Samada di bahagian yang penuh selulit, paha tengah yang berlaga, mahupun pipi pau comel ni, slimkan terus bahagian-bahagian ini dengan setempat sebelum fokus pada bahagian lain pasti menjadi idaman. Adakah ia tidak mustahil?

Boleh Ke Kurus Bahagian Tertentu?

Yang dimaksudkan dengan kurus di bahagian tertentu ni, adalah cara yang kita lakukan untuk membuang jumlah lemak yang tertentu (kalau boleh semua lemak nak dibuang ye dok) di bahagian tertentu, kebiasaannya dengan bersenam atau dengan produk tertentu.

Contohnya kalau buncit, sit ups adalah jawapannya, manakala kalau pipi pau buat senaman muka pula.

Sayangnya, ia adalah sesuatu yang mustahil. Dan untuk ketahui sebabnya adalah dengan melihat cara lemak dibakar untuk tenaga tubuh kita.

Bagaimana Lemak Tubuh Anda Dibakar

Hati kita yang ada menyimpan tenaga, melepaskan tenaga tersebut berkadaran dengan keperluan ke salur darah, dikenali sebagai glukos. Apabila glukos ini telah habis digunakan, otak anda akan bagi signal supaya tenaga yang disimpan dalam bentuk lemak (ha, lemak terkumpul sampai muncit tu lah) digunakan oleh tubuh anda – proses ini dikenali sebagai ketosis.

Ketosis ditunjukkan dalam rajah dibawah dari ‘glucose levels fails’. Kredit: https://www.bodybuilding.com/

Enzim lipase pun join sama dengan suruh sel lemak lepaskan trigilserida yang terikat sekali, dimana hati anda ambilnya sedikit untuk ditukarkan sebagai gliserol, sebagai tenaga khusus untuk otot anda. Baki sel lemak yang nak digunakan tu dibawa terus ke otot yang anda nak gunakan sebagai tenaga. Contohnya anda buat sit ups, maka otot berkaitan seperti di obliques, abdominals diberikan tenaga tersebut.

Sel lemak yang telah diambil trigilserida (atau yang dah dikaut terus ke otot sebagai tenaga), mula mengecut dan mengecil.

Tak hilang pun, tapi makin cinonet ja.

Kebenaran daripada sel sel lemak yang anda ada. Jika anda tambah (melalui makanan yang tidak berapa sihat), ia akan ada dalam tubuh anda tanpa menghilang. Sekadar kecut dan kecil sahaja. Kredit: http://test.thanyapura.com

Maka bila sel-sel lemak ini mengecil, otot-otot anda mula kelihatan. Six pack, 3 pack sekalipun, ini lah caranya.

Dan hakikat daripada proses ini, sel-sel lemak yang diambil ini bukanlah setempat ja; ia diambil dari yang terdekat dengan salur darah, sedikit demi sedikit. Jadi tidak kira betapa banyak mantra anda set di minda untuk ambil lemak hanya di bahagian yang ada selulit, ia tetap tidak berlaku kerana fitrah secara biologinya tidak begitu.

Umpama gunung yang ditarah, bermula dari peringkat atas maka puncak gunung-ganang akan rata beransur-ansur. Gitu admin membuat perumpamaan.

Tapi Mengapa Saya Gemuk Di Bahagian XX Ja Ni

Keadaan ini berkaitan dengan keturunan, setinggi 50%. Dimana genetik anda memainkan peranan di mana lemak harus disimpan, dan samada tenaga yang anda ambil malalui makanan itu dibakar terus atau disimpan buat pekasam sekejap.

Nak mengamuk pun tak guna, dari mak ayah atuk nenek kita juga.

Admin juga begitu. Kalau naik berat badan memang dekat tiga bahagian ja. -.- Melainkan jika anda jumpa bahagian baru yang tiba-tiba berisi dengan lemak, ia menandakan metabolisme anda telah tidak seaktif dulu. Baca lanjut di sini untuk penerangan tambahan.

Perkaitan Antara Simpanan Lemak Dengan Hormon

Umum mengetahui, hormon kita memainkan peranan ketara dalam aspek berat badan, selain aspek psikologi. Kerana itu amalan berpantang dihasilkan khas untuk pastikan hormon dan dalaman wanita anda berada dalam tip top condition, agar kesan sampingan seperti penurunan lebihan berat badan, dan seterusnya mencapai berat badan ideal secepat mungkin.

Ya, amalan berbengkung, pilis, jamu, dan mandian herba ada kaitannya.

Dan dalam kajian dan ujian yang dihasilkan Charles Poliquin, iaitu Biosignature Modulation Method; menerangkan untuk kurus di bahagian tertentu mungkin tidak mustahil. Dimana sistem ini mengambil profil hormon anda di bahagian tertentu, dan data ini menentukan hormon anda yang tidak teratur dengan spesifik, maka solusi yang dicadangkan mengikut hormon tersebut, untuk dibetulkan semula.

Contohnya jika anda buncit, hormon stress cortisol anda mungkin sedang haru-biru, dan anda dalam keadaan stress. Estrogen pula, paha yang besa, dan seterusnya.

Sistem ini masih diperingkat awal, namun kita boleh lihat betapa hormon kita amat berkait dengan aspek penurunan berat badan.

Kesimpulan

Solusi yang terbaik adalah pastinya dengan gabungan proses penurunan berat badan dari pelbagai faktor – diet yang sihat, senaman yang konsisten, alatan tambahan yang perlu (bengkung contohnya) dan pembetulan hormon dalaman – agar lemak yang dibakar akan dibuang terus, tidak menganggu hidup anda lagi.

Share post ini di fb anda jika bermanfaat ya. 😃

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge