Bagaimana Hormon Wanita Mempengaruhi Tubuh Anda

Umum kita ketahui bagaimana hormon wanita dalam tubuh kita memberi kesan besar kepada diri kita, secara fizikal mahupun psikologikal. Banyak perkongsian status panjang dan artikel share di facebook mengenai hal ni kan? Sampai ada kes berat contohnya seperti ibu yang mengelar leher anak yang baru lahir, sebab ada simptom meroyan. Jangan main-main lah weh dengan hormon ni.

 

Mengapa Perlunya Hormon Wanita Anda Stabil

Hormon ini bukan wanita ja yang ada, lelaki pun ada, dan keduanya dihasilkan oleh kelenjar tertentu mengikut jenis hormon. Namun laman ni admin khususkan kepada perempuan, jadi hal ehwal wanita kita dahulukan dulu ye. Peace.

Hormon wanita yang dimaksudkan ini bukan sekadar menjurus kepada hormon yang berkaitan dengan kewanitaan (selalunya kita merujuk kepada hormon estrogen tu). Hormon-hormon lain (yang juga ada pada lelaki) juga ditekankan kerana ia saling berkait. Kacau satu part, part lain akan kacau juga, seperti domino effect.

Perkongsian secara saintifik mengenai hormon wanita ada di sini.

Tanda-Tanda Hormon Anda Seimbang

Secara idealnya, tanda-tanda hormon anda seimbang adalah seperti berikut:

  • Hormon utama wanita estrogen dan progesteron melindungi fungsi otak: memulihkan keradangan yang ada (selalunya disebabkan pemakanan yang tidak sihat dan/atau tekanan) serta membantu fungsi kognitif kita. Malah ada kajian membuktikan hormon ini melindungi kita daripada penyakit nyanyuk

Masaklah tok laki kita. Dah tua-tua nanti pun kesalahan/insiden sengal masa tiga bulan lepas nikah pada waktu malam lepas makan pun kita ingat. XD

  • Kesan signifikan kepada mood, emosi, dan semangat kita melalui hormon yang teratur
  • Penghasilan tulang yang optimum, melindungi kita daripada osteoporosis
  • Perlindungan kepada penyakit jantung
  • Penjagaan dalam sistem imun kita. Inshaa Allah kurang nak kena demam, bila uruskan anak dan rumahtangga kan.

Kalau tidak stabil, terbalikkan sahaja keadaan di atas.

Tanda-Tanda Hormon Anda TIDAK Seimbang

Selain simptom di atas, antara kesan hormon tidak seimbang

  • Period yang tidak teratur, kes serius mungkin sehingga berbulan-bulan tidak datang bulan. Ia tanda utama untuk tentukan samada hormon anda bercelaru, mungkin akan dikesan di ovari (untuk potensi PCOS), kelenjar tiroid (samada ia hyper atau hypo), kelenjar pituitari. Anda mungkin perlukan ujian hormon untuk pastikan betul-betul
  • Keguguran rambut yang bukan disebabkan produk rambut tidak serasi. Kadang-kadang sehingga boleh jadi botak pada satu kawasan
  • Rasa panas tiba-tiba. Simptom ini biasa dikaitkan dengan wanita, khususnya jika menghampiri fasa menopaus.
  • Rambut yang berlebihan. Apabila hormon bercelaru, hormon bahagian lain mungkin akan terlebih, seperti testosteron yang menyebabkan pertambahan kuantiti rambut (yang kasar)

Perkongsian berikut adalah dari Puan Siti Aishah menegnai kecelaruan hormon dan kesannya.

Penyelesaian Untuk Hormon Dan Dalaman Wanita

Pastinya penyelesaian untuk betulkan kembali hormon anda bergantung kepada kes diri (tidak boleh pukul rata). Sebaiknya anda dapatkan kepastian daripada doktor untuk ketahui hormon anda yang mana satu ada masalah, terlebih mahupun terkurang.

Antara solusi yang anda boleh ambil ialah:

  • Pemakanan yang segar, sihat. Makanan terproses, yang pantang pada wanita, dan yang disuntik hormon dielakkan terus
  • Membetulkan dalaman wnaita secara tradisional melalui mandian herba, berurut, dan pengambilan jamu yang serasi

Share post ini jika bermanfaat ya. Sebarkan kebaikan bersama-sama kerana kuasa kewanitaan kita amat penting untuk diri, anak, dan rumahtangga kita. 🙂

Untuk ketahui bagaimana hormon wanita boleh dibetulkan kembali melalui diet yang sihat (hormone-friendly orang kata), klik sini ya.

Rujukan. 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge