Berpuasa Membantu Gastrik Dengan Intermittent Fasting

Mesti terfikir bagaimana berpuasa membantu gastrik jugak kan? Selalunya masa bulan puasa orang yang gastrik akan mengelak sedikit kan. Tapi ia sebenarnya salah satu cara untuk mengurangkan simptom dan kekerapan, malah tahap keseriusan gastrik korang. Baca lanjut kalau nak tahu.

intermittent fasting, gastrik, diet ketika gastrik, berpuasa gastrik

Tentang Intermittent Fasting

Intermittent fasting (IF) ni sama ja prinsipnya macam berpuasa yang kita buat waktu Ramadan; ia adalah berpuasa dan kita berpantang makan dan/atau minum dalam tempoh yang tertentu, dan makan semula seperti biasa lepas tempoh berpuasa tu habis.

Lebih kepada mengawal tempoh kita makan, berbanding apa yang kita perlu makan, dan pastinya kedua-dua kaedah ini boleh digunakan serentak sekali.

Umumnya, nak buat intermittent fasting ni ikut tempoh kita nak, dan juga apa yang kita nak berpantang (ada yang amalkan dengan berpantang minum jus sayuran/buahan, air masak, atau pantang satu dua jenis makanan dsbg).

Antara contoh intermittent fasting yang diamalkan adalah seperti berikut:

Bagaimana Intermittent Fasting Membantu Gastrik?

Seperti berpuasa juga, kebaikan mengamalkan intermittent fasting tidak dinafikan, apalagi untuk orang yang alami gastrik.

  1. Mengamalkan intermittent fasting membantu untuk mengurangkan berat badan secara tak langsung, dan ini akan mengurangkan tekanan kepada perut yang menyebabkan gastrik.
  2. Malah ia juga akan reset semula pelbagai sistem tubuh (dari peringkat sel hingga tisu) apabila sistem penghadaman boleh rehat sekejap dari mencernakan makanan.
  3. Dan apabila sistem penghadaman boleh cuti sekejap ni, ia juga membantu untuk sistem tersebut reset dan optimumkan semula fungsi dan ekologi usus untuk maintain kerjanya.
  4. Ia juga boleh mengurangkan tahap sensitivi terhadap makanan tertentu, khususnya untuk yang gastrik serius dimana lagi banyakkk makanan nak kena berpantang, walaupun makanan tersebut masih dikira sebagai kategori sihat.

Simply, sebab intermittent fasting yang diamalkan dah reset kembali sistem penghadaman. 😀

Takdalah perut terbakar macam ni lagi ye dok.

Kesimpulan

Khusus untuk yang gastrik moderate-to-severe, korang boleh cuba amalkan intermittent fasting serba sedikit sebegai kaedah untuk meuudahkan berpuasa membantu gastrik nanti.

Ia juga untuk reboot semula sistem penghadaman, dan juga meningkatkan kekuatan sistem penghadaman nak melawan gastrik, jadi tak sensitif sangat macam dulu. 😀

Nak jadikan proses mengurangkan gastrik dengan berkesan, korang boleh baca senaman yang sesuai untuk gastrik, serta makanan yang sesuai diamalkan bila gastrik berlaku

Sumber: 1, 2, 3

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge