Senarai Resipi Diet Sihat Yang Mudah Dan Bajet

Pastinya untuk mendapatkan berat badan ideal, kita boleh bermula dengan apa yang ada di dapur sahaja.

Untuk info, senarai resipi yang dikumpulkan ini lebih kepada makanan yang bersifat protein, serta sayuran dan buah-buahan. Karbohidrat yang ada pun, lebih kepada karbohidrat jenis kompleks – kerana inilah jenis makanan yang elok kita amalkan hari-hari untuk kurus, dan kekal kurus.

Blog post ini akan sentiasa di update jika ada resipi baru yang membantu. Save post ini atau share siap2 di fb untuk mudahkan rujukan ya.

Resipi telur

Hampir semua resipi telur yang biasa kita buat boleh dijadikan ‘makanan ruji’ utnuk berdiet. Contohnya telur mata kerbau, telur hancur, telur dadar, mahupun lauk2 telur seperti telur sambal, telur kicap pun boleh (kalau lauk tu ambil sesudu gitu ja).

Resipi express admin. Senang kerja. Klik gambar ini untuk resipinya.

Resipi ayam/daging

Hampir semua resipi/lauk ayam juga boleh dijadikan dalam menu berdiet. Pastinya, menu berbentuk bakar, stim, kukus, rebus, dan sup adalah pilihan sihat berbanding ayam/daging goreng. Pastikan bahagian lemak dan berkulit tidak diambil, hanya isi nya sahaja.

*ayam kfc pun boleh, isinya ja.

Untuk resipi ayam (dan side resipi lain) paling simple (stail campak2 ja), korang boleh refer pada link sini, Shai kumpulkan semua resipi lauk ayam yang juga sesuai ketika berdiet hanya ambil ayamnya dengan super sedikit kuah sahaja. 😀

Resipi ikan

Lauk ikan juga sama seperti telur, ayam, dan daging. Cara memasak bakar, stim, kukus, rebus, dan sup adalah yang terbaik.

Contoh lauk ikan yang boleh anda amalkan sewaktu nak berdiet ni;

  • ikan masak asam
  • ikan asam pedas (kuah sedikit sahaja)
  • atau menggunakan filet ikan dalam microwave/oven sahaja untuk makanan segera yang sihat, korang klik sini ya. Shai kerap buat ni kalau ada sale ikan basah dekat Tesco hehe. *boleh gantik perapan dan jenis ikan ikut suka (ikan jerung sekalipun)

Resipi sayur

Haruslah lauk sayur itu sihat kan. Namun cara memasaknya juga membezakan tau. Sebagai panduan, sayur dalam bentuk sup dan bakar adalah yang terbaik. Stir fry pula haruslah dengan minyak yang sedikit, dan menggunakan perisa asli (kalau ajinomoto sesudu bukit, tak sihatlah jadinya).

Resipi lain-lain

Untuk resipi lain-lain akan di tambah ke blog post ini dari semasa ke semasa. Sementara itu, anda boleh rujuk resipi pilihan MommySado di laman Pinterest (gambar yang digunakan memang tangkap leleh).

Dan makanan ruji orang berdiet selalunya salad kan? Boleh guna gambarajah ini sebagai panduan untuk buat salad yang kena dengan selera diri. Takdalah salad tu cam rumput layu je dok.

Semoga membantu dan memudahkan anda untuk berdiet, dengan resipi-resipi di sini ya. Post ini akan diupdate dari masa ke semasa, Ada resipi sedap ja Shai tambah di post ini.

Untuk bacaan lanjut, korang boleh lihat senarai komprehensif makanan yang membakar lemak, di sini ya.

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge