Amalan Senaman Memudahkan Kelahiran

Detik waktu kelahiran adalah momen yang agak mendebarkan ibu, dan pastinya tidak mahu lama-lama sewaktu dalam proses bersalin. Sakit kot. Kalau boleh nak sakit kontraksi tu sekali, dalam 10 minit terus – puf – keluar anak macam torpedo. Hehe agak hiperbola sedikit tapi korang faham lah maksudnya kan.

Siapa nak kontraksi lama-lama. Ada yang melarat sehingga seminggu, ada yang tak jalan jadi terpaksa keluarkan anak ikut tingkap. Sakit tau. Maka untuk itu, selain menjaga pemakanan (lebih-lebih lagi semakin hampir nak due bersalin), anda juga boleh melakukan amalan harian ini untuk kekal aktif, agar ada stamina tinggi sewaktu melahirkan nanti.

Pengalaman admin sewaktu nak melahirkan

Pengalaman sendiri, admin sendiri paksa diri berjalan dan bergerak secara aktif (maksudnya bukan berjalan secara lemah gemalai), bersilat di dapur sehingga berpeluh sekejap. Jadi sewaktu final survey di merata-rata hospital pun steady ja, dan syukur selepas bersalin pun muka ceria tak semput keletihan.

Lain ibu pastinya lain simptom, dan amalan yang disenaraikan di sini sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada admin dan juga ramai orang di luar sana, inshaa Allah memberi kelebihan kepada anda juga. Sebagai ikthiar. 😀

Amalan Senaman Memudahkan Kelahiran

Berjalan

Berjalan yang dimaksudkan di sini adalah jenis berjalan laju (atau brisk walking) untuk membantu tubuh anda stabil secara menyeluruh, dan menguatkan otot-otot kaki (yang semestinya amat diperlukan sewaktu nak meneran nanti).

Duduk secara betul

Amalan ini amat perlu kerana perut mengandung ni terbawa ke hadapan, dan ia akan menguatkan otot perut, mengimbangkan tulang pelvis (tulang pinggul, yang mengembang sedikit untuk sesuaikan dengan anak yang dikandung).

Duduk secara tegak (di atas kerusi mahupun di lantai), dengan bahagian pinggul dibawa ke hadapan (posisi pelvic tilt) selama 10 minit untuk melatih tubuh.

 

Bersandar ke hadapan

Kerana perut yang memboyot ini membuatkan kita bersandar ke belakang, asingkan sebahagian masa untuk bersandara ke depan untuk melegakan tubuh kita. Gunakan beberapa bantal atau excercise ball dan berehat dalam posisi ini selama beberapa minit. Dpaat urut di belakang sewaktu berehat sebegini pun sedap kan?

Kredit: mamanatural.com

Beryoga

Amalan beryoga membantu kerana ia akan melatih tubuh anda berada dalam postur betul, meningkatkan stamina dan kelenturan tubuh, serta menenangkan minda dengan teknik penafasan sewaktu rutin ini. Amalkan selama beberapa minit secara konsisten untuk memastikan otot tubuh anda fleksibel untuk sebarang aktiviti.

Mulakan dengan 1 minit setiap posisi, menarik tangan/kaki sejauh mungkin untuk meregang otot. Kredit:realmagick.com

Amalan lain yang berguna untuk ibu

Senaman yang ditunjukkan dalam rajah ini adalah antara senaman yang biasa diamalkan (dan ada dalam banyak buku-buku kelahiran), dipilih kerana ia membantu untuk meningkatkan stamina dan kelenturan, serta melegakan otot-otot yang kepenatan dalam proses mengandung ini.

Semoga membantu dan jika anda yang membaca ini sedang menantu due bersalin, admin doakan agak semua urusan kelahiran anda mudah dan cepat selesai, steady gitu. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge