Maksud Senaman Kardio Dan Manfaatnya

Senaman kardio adalah salah satu daripada jenis senaman yang sangat baik diamalkan dalam kehidupan seharian, kerana manfaatnya kepada kesihatan kita, khususnya di bahagian jantung.

Asas Senaman Kardio

Maksud perkataan kardio itu daripada kardiovaskular, bermaksud aktiviti yang melibatkan jantung kita. Secara asasnya, apa sahaja senaman/kerja-kerja yang meningkatkan kadar jantung kata boleh dianggap sebagai senaman kardio. Contohnya yang biasa kita dengar senaman kardio seperti berjoging, berlari, menari, mendaki bukit, mahupun bersilat di dapur untuk masak jamuan 10 orang makan – apa sahaja yang buat jantung anda berdegup laju adalah dikira sebagai aktiviti kardio.

Senaman ini memberikan manfaat yang besar kepada tubuh anda, khususnya di jantung, menjadikannya lebih kuat, efisien, dan pastinya tidak semput ketika melakukan aktiviti yang cergas. Ia juga bermaksud jantung anda lebih cekap mengepam oksigen je seluruh tubuh, memudahkan dan meramaikan lagi sel-sel tubuh untuk membakar lemak sepanjang masa.

Jenis Senaman Kardio Yang Ada

Kerana terdapat pelbagai jenis senaman kardio yang ada, kita boleh bahagikannya kepada tiga jenis iaitu:

Impak Tinggi

Senaman kardio yang berimpak tinggi adalah yang biasa kita lihat seperti berlari, berjoging, mendaki bukit, sebahagian sukan yang memerlukan tenaga tinggi, malah buat persembahan tarian di atas pentas – asalkan anda berpeluh dengan banyak, dan jantung degup dengan laju ia adalah aktiviti berimpak tinggi.

Impak Rendah

Senaman kardio impak rendah pula merujuk kepada aktiviti yang tidak membebankan, dan boleh dilakukan oleh semua orang. Contoh senaman impak rendah adalah berjalan, senaman aerobik, mahupun joging ringan.

Contoh senaman impak rendah seperti video ini.

Tiada Impak

Bagi senaman kardio yang tiada impak, ia bermaksud aktiviti yang dilakukan di dalam air. Contohnya senaman aerobik, tarian, malah berbasikal juga dikira sebagai aktiviti jenis ini.

Bagaimana Untuk Mengetahui Senaman Kardio Yang Mana Sesuai Dengan Diri?

Secara umumnya, boleh dikatakan anda boleh lakukan semua aktiviti tersebut, dan kuncinya hanya perlu bersandarkan kepada tahap aktiviti anda yang terkini. Ia penting kerana kita tidak mahu memberikan kejutan yang tinggi kepada tubuh apabila masih belum biasa, kerana jika serius ia boleh mengakibatkan kematian.

Bagi yang belum biasa, adalah amat dicadangkan agar anda bermula dengan senaman kardio tiada impak, mahupun impak rendah, sehingga anda mampu melakukan impak tinggi, dengan cubajaya berjoging selama 5 minit tanpa semput.

Cubajaya adalah kuncinya, kerana anda lebih mengenali jantung anda.

Tip: anda boleh gunakan alat yang boleh mengesan kadar degupan jantung anda, contohnya seperti apple watch mahupun fitbit, untuk membantu anda keep track perkembangan diri anda.

Manfaat Senaman Kardio Kepada Anda

Kesan utama yang dilihat adalah jantung anda semakin kuat dan pastinya sihat, lebih cekap mengepam darah dan oksigen ke seluruh tubuh, memgurangkan jumlah kolesterol jahat dalam jantung, dan kesannya juga dilihat pada paru-paru anda. Malah secara tak langsung mengurangkan risiko anda untuk mengalami penyakit yang berkaitan jantung.

Kekuatan jantung yang meningkat juga bermaksud metabolisme anda juga meningkat, dan kesannya akan dilihat dengan cepat.

Jika anda alami tanda-tanda ini, mungkin metabolisme anda tidak seaktif dulu. Baca lanjut di sini.

Manfaat lain:

  • Metabolisme anda semakin cekap
  • Mengurangkan kesan kemurungan dengan hormon positif yang dihasilkan
  • Menjadikan otak lebih cekap (dan cerdik hehe)
  • Membantu tubuh untuk lebih cekap mencerna glukos dan insulin, sangat bermanfaat untuk mereka yang berisiko/mengalami kencing manis

Rujukan: 1,2

Semoga membantu!

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge