Review App: 30 Day Fit Challenge Workout

Menggunakan aplikasi untuk workout dah jadi sesuatu yang harus kalau bersungguh-sungguh nak kurus (atau maintain kurus). Nak save video dari facebook ka, gambar workout challenge agak sukar kerana perlu godeh setiap kali nak bersenam – membazir sedikit masa di situ. Dengan app tekan sekali saja boleh mula, dan dengan app yang sesuai, hasilnya pasti menjadi juga. Dan ini post khas untuk app yang Shai pakai, untuk workout iaitu 30 Day Fit Challenge Workout.

30 Day Fit Challenge Workout

App ini Shai jumpa di PlayStore, selepas window shopping beberapa app yang sesuai untuk sentiasa update dengan perkembangan workout. Nak menulis satu persatu dalam planner ka, save video ka tu tak lah. Jenuh juga nak buat setiap kali, apatah lagi dengan sibuk menguruskan rumah dan bisnes, masa untuk diri juga semakin kurang untuk dahulukan apa yang lebih utama.

Pastilah, dalam sibuk-sibuk takkan nak biarkan badan tak terjaga? Nanti penat kumpul simpan duit habis bayar bil perubatan pula – nauzubillah minzalik tak mahu lah kita. Jadi back to story, penggunaan app ini.

Bersenam selama 7 minit juga terbukti dalam kajian sebagai rutin berkesan dengan masa singkat. Tapi bukan untuk semua orang tau. Klik sini kalau nak tahu kenapa

Review penggunaan 30 Day Fit Challenge Workout

Sejujurnya Shai seronok menggunakannya kerana setiap feature yang sesuai dengan keperluan diri. Contoh utama adalah segala rutin senaman dalam app ini di kumpulkan mengikut 30 hari, mengikut kategori (total body, abs, legs, upper) dan juga tahap (easy,medium, dan hard). Jadi boleh pilih ikut kesesuaian dan kapasiti tubuh.

Dan ia target untuk kita, 30 hari sahaja.

Antara interface yang disukai adalah selepas memilih satu rutin dan tahap, kita boleh tengok senarai senaman yang ada sebelum bermula. Dan selepas habis (nak ulang pun boleh, sampai puas hati), app ini akan simpan rekod kita untuk track perkembangan sepanjang 30-day challenge ini.

Mengapa? Ia untuk kita ikut kapasiti tubuh berkadar dengan masa, supaya tak terbeban tubuh, dan dapat manfaat senaman pada masa sama. Baca sini apakah manfaat senaman jenis ini (strength training) untuk kita.

Makin semangat lah semakin bertambah hari kita buat, dan pastinya semakin mantap lah tubuh kita! Turun 10kg pun tak mustahil dengan app ini. Asalkan istiqamah kan?

30 Day Fit Challenge Workout
Tengok dia simpan rekod. Makin semangat nak buat penuh 30 hari. Cam puasa gitu

Aplikasi ini juga mengandungi reminder untuk kita bersenam untuk tidak lupa, dan untuk yang nak bermula, setiap rutin disertakan cara nak lakukan serta tips untuk bantu kita buat dengan betul (kalau buat tak betul, tak jadi sangat kesannya).

Dan selepas tamat, boleh tanda samada workout itu terlalu mudah atau susah, berguna untuk take note kapasiti tubuh kita atau sekiranya kita mengalami apa-apa masalah kesihatan tanpa sedar. Yela, dari rilek panjat bukit, tiba-tiba yang ni cepat semput. Pelik juga kan.

Review Shai Menggunakan 30 Day Fit Challenge Workout

Keseluruhan, Shai bagi 10/10. Puas hati menggunakannya. App mudah digunakan. Tak perlu grafik minimalist atau bombastik, janji kerja jalan. Dan haruslah free!

Kalau berbayar pun, Shai akan beli. Cuma gunakan feature free sampai puas hati untuk tengok macam mana.

Download di sini. Android. Apple.

Tip seperti perkongsian ini, dan juga pelbagai info yang berkaitan ada dikongsi dalam ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, khas untuk ibu-ibu yang mahukan solusi terbaik untuk mencapai berat ideal, dan kekal dengan berat tersebut.

Kerana Shai percaya, nak kurus dan mendapatkan berat seperti sebelumnya adalah tidak mustahil untuk kita semua.

KLIK sini untuk mendapatkan maklumat lanjut, serta mengetahui samada ebook ini sesuai untuk kegunaan anda

Pakat-pakat juga share post ini ya. Jom kita kurus dan mantap sama-sama, insya Allah. ?

Oh ya, korang guna app fitness apa pula?

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge