Berbuat Baik

[Post ini panjang. Satu perkongsian. Semoga menjadi harapan]. Teringat satu perkongsian di facebook Abd Ghani Haron. Shai follow fb-nya dan banyak catatan yang boleh menyedarkan diri untuk constant evaluation. Salah satu yang terkesan adalah mengenai berbuat baik. Yang Shai save post tersebut dan baca berulang kali, untuk menyakinkan diri.Sekadar berkongsi. Bukan untuk membangga diri. Moga menjadi renungan peringatan bersama, dengan ilham/idea yang diberi.

Kenapa? Sebab selalu ditempelak, diejek, dipersenda.

Bukan untuk minta simpati or saying things like “poor me”. Tapi kerana perkongsian dari situ yang Shai ingatkan diri, untuk sentiasa berbuat baik, or at least to ensure we’re on the straight path. Bermaksud buat apa sahaja, asalkan Allah suka dan redha.

Kisah Nabi Yunus

Rumusan dari perkongsian tersebut, mengenai perbandingan ketika kena musibah. Pada Nabi Yunus, sewaktu terperangkap dalam perut ikan paus, masa tu baginda sedar dia buat silap dan buat Allah marah padanya. Terus berdoa menyebut kalimah La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin, di Surah Al Anbiya:87. Rujukan sini.

Obviously the whale that swallows Jonah isn’t as cute as Destiny

Ayat selepasnya lebih kurang berbunyi Allah terus keluarkan Nabi Yunus dari perut ikan. Sekejap ja makbul, kerana Nabi Yunus, seorang nabi dan Rasul, haruslah seorang yang baik dan terpelihara dari buat dosa kan? Maksud Shai, orang yang nak ajak kita buat baik tanpa minta balasan apa pun, melainkan taat pada Allah.

Simply kerana Nabi Yunus ada rekod yang baik.

Kisah Firaun

Dan ia terpakai kepada semua nabi dan Rasul. Berulang-ulang konteks yang sama dimana mereka berbuat baik semata-mata untuk taat kepada Allah dan ajak orang lain buat baik sama-sama. Sebaliknya kepada Firaun dengan tenteranya sewaktu perambat Nabi Musa (Surah Yunus:90) dan mereka terperangkap dalam belahan air laut yang semakin menutup, masa tu baru Firaun nak ucap syahadah. Dan ayat seterusnya Allah tanya kenapa baru sekarang nak beriman. Lepas tu tau lah apa jadi kan.

Simply kerana Firaun ada rekod yang teruk sangat.

I’m talking things like syirik, bunuh budak kecil untuk sacrifice dewa,incest, pow laki/bini orang ikut selera, bajet bagus kaya dll yang berulang kali dinasihati Nabi Musa dan Nabi Harun. Heavy stuff. 

Bukankah lebih baik, kalau apa sahaja masalah yang datang adalah satu bentuk hadiah dari Allah for self-improvement, rather than sebagai kafarah cuci-cuci dosa?

Contohnya: Allah makbulkan kita nak sekian-sekian. Tapi Allah bagi kita keadaan sekian-sekian yang kita rasa susah, untuk melatih diri kita jadi better, and to deserve what we asked. ?

Allah always say ‘yes’ or ‘I got something better’ to our duas

Ya, kita buat silap, kita tidak maksum pun. But I’m talking about things that obviously wrong, that obviously Allah doesn’t like. Takkan tak boleh guna akal yang ada (atau kalau tak reti), konsult Allah melalui doa dan istikharah.

Kalau terkena something yang tidak baik, yang obviously because of what you did, baru nak kata ‘oh, itu salah’?

Kerana selalunya kafarah itu akan menyusahkan orang sekeliling kita juga, kan?

Nanti. Nak kupas isu ini boleh panjang berjela, kerana perjalanan hidup setiap orang tidak sama itu diakui. Namun yang pasti, kalau salah, janganlah buat kalau terang-terang salah. (Why would you even do dat). Jika kita cerdik, pasti kita ambil pengajaran kesilapan orang lain.

Buat yang baik takkan rugi malah lebih Allah sayangi. Dan semestinya, tanya pada Yang Memerhati, yang Bijaksana, arah tuju hidup pada jalan yang Dia redhai.

Kesimpulan

Saudara.

Berbuat baik bukan kerana nak poyo. Bukan kerana nak menunjuk

Apalagi nak berbangga-bangga, mencanang pada satu dunia

Banyak sebab orang tetap berbuat baik, tidak terhad pada tanggapan yang jumud itu sahaja

Ada yang berbuat baik kerana (terlalu) takut Allah perhatikan dia, setiap masa

Ada yang berbuat baik kerana nak jaga hubungan dan mahu ilham yang bersih dari Tuhannya

Dan takut jika Tuhan menarik hidayah dan berpaling darinya.

Ada yang berbuat baik kerana dia cuma hamba, yang bergantung harap pada Tuhannya

Ada yang berbuat baik kerana dia tetap rasa berdosa

Ada pula yang berbuat baik kerana tak mahu benda tak baik berbalik pada dirinya

Ada yang berbuat baik kerana mahukan buku catatan nanti diterima dari sebelah kanannya

Ada yang berbuat baik kerana kalau boleh amalannya boleh digunakan di Mahsyar, tampung kekurangan dari ibu bapa, anak dan keluarga

Ada yang berbuat baik kerana dunia dah semakin binasa

Ada yang berbuat baik kerana mahu menjadi inspirasi pada yang mengenalinya

Ada juga yang berbuat baik, hanya kerana seronok semata-mata

Saudari

Jika tak mampu buat baik, mohon jangan diganggu, dihalang-halang

Keburukan sendiri, usah menyusahkan orang

Apalagi membangga diri seolah-olah dia yang baik, Allah sayang

To the people who keep doing good. You do you.

To the people who keep doing wrong, may some conscience inflicted upon you.

Allah sees you, and His mercy will definitely bless you.

#baikdariAllah

#burukdarisaya

#selfreminder

#restoresomehumanity

Boleh baca lanjut bagaimana berbuat baik yang dianjurkan dalam Quran, dibuktikan dengan sains.

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Memang betul dosa itu akan menjadi penghalang rezeki.

    Sentiasa membaiki diri dan muhasabah supaya sedar akan kesilapan diri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge