Soalan Yang Biasa Ditanya Ketika Diet Atkins

Soalan-soalan ini yang biasa ditanya kepada Shai, hasil daripada coaching grup dan personal yang Shai buat sebelum ini (sekarang tak dan lah yunk, hanya melalui support di grup fb yang Shai jaga dan juga whatsapp, serta melalui pembelian ebook Atkins untuk Ibu Menyusu sahaja). Save dan share di fb korang ya, sebab soalan2 ini akan sentiasa di update untuk soalan-soalan terkini.

*Nak cepat cari, tekan CTRL+F dan taip kata kunci isu yang anda nak tahu ya.

Soalan Yang Biasa Ditanya Ketika Diet Atkins

Soalan Umum Ketika Diet Atkins

Kalau Ter Cheating Hari Ni Waktu Dalam Fasa 1 Macam Mana?

Jika anda ter cheat dalam fasa 1 (samada makan yang pantang dalam fasa 1 dan/atau mengambil karbohidrat lebih daripada 20g), anda perlu memulakan semula lagi sekali selama 2 minggu minimum pada 3 hari kemudiannya, agar proses ketosis berjalan semula seperti biasa.

Sementara nak tunggu 3 hari ni nak menangis di bucu katil pun tidak praktikal juga.

Pada pendapat Shai, selepas mengenal pasti punca cheat dan ambil tindakan perbaiki kesilapan, lebih baik teruskan makan ikut diet fasa 1 walaupun ketosis tidak berjalan sangat sewaktu 3 hari ‘cuti’ ni.

Percayalah, jika anda melantak sepanjang 3 hari tu lepas nak bermula semula fasa 1 sangatttt susah.

Berapa ramai yang nak puasa semula (puasa sunat 6 atau puasa ganti) pada hari ke-2 Syawal? Heh heh..

*Untuk fasa 2,3,4 kalau tercheat juga guna rule yang sama untuk konsisten diet hingga capai target berat anda.

Cheat itu biasa, don’t worry. Jadikannya sebagai satu sebab pembakar semangat untuk konsisten lepas ini.

Bolehkah Kalau Saya Tak Ambil Sayur Sewaktu Beratkins. Sebab Saya Tak Makan Sayur

Makan le.. sayur itu lah sumber karbo, serat, dan vitamin sementara dalam fasa 1 ni kot (telur pun 0.6g karbo per telor je) dan ia penting kerana nak elak anda sembelit. Alternatifnya ialah anda ambil nutrisi yang ada dalam sayur dalam bentuk supplemen.

Contoh sayur dalam bentuk supplemen adalah alfalfa tablet. Dan memandangkan anda kekurangan vitamin dan mineral jika tidak mengambil sayur (buah tak boleh fasa 1 – baca apa yang pantang dalam fasa 1 di sini) maka anda perlu tampung dengan multivitamin yang sesuai.

Korang tak berselera ke tengok sayur tu XD

Bagaimana Nak Mengawal Nafsu Makan Yang Makin Menjadi-Jadi Kerana Berdiet Ni?

Ia adalah antara reaksi normal kerana tubuh anda alert memikirkan anda sedang berlapar (maka otak akan signal tubuh untuk makan sebanyak mungkin untuk disimpan sebagai tenaga – survival mode) walhal anda sedang mengubah cara pemakanan yang drastik.

Simptom yang sama masa 3,4 hari berpuasa kan? Sama prinsipnya.

Tambahan pula, dalam keadaan lemak sedang dibakar proses itu sendiri memerlukan kalori yang banyak maka tubuh signal nak makan untuk tampung tenaga. Cuma tu lah, dia nak tenaga segera dalam bentuk karbohidrat simple dan gula.

Untuk solusi, tahan aja dalam beberapa hari sehingga tubuh anda terbiasa. Dan manfaatnya atkins ni, selagi anda lapar, makan aja yang lulus atkins. ?

Senarai-Resipi-Simple-Atkins-Fasa-1 mommyloyye
Puaskan selera anda yang menjadi-jadi itu dengan resipi yang lulus atkins fasa 1 hingga 4

Bolehkah Saya Nak Kuruskan Dekat Perut Buncit Ni Je?

Tidak boleh sebegitu kerana ketika tubuh mengambil lemak yang tersimpan untuk pembakaran, ia ambil secara menyeluruh.

*jika perut buncit mungkin sebab kembung(bloating). Minuman detoks seperti teh hijau, teh o halia, atau larutan cuka epal inshaa Allah dapat membantu. Senaman juga membantu keluarkan angin melalui proot proot.

Baca bagaimana teh hijau membantu anda untuk membuang lebihan berat di sini.

Supplemen Tu Wajib Ke?

Soalan popular dalam diet. ? supplemen itu tidak wajib, hanya perlu jika pemakanan harian anda tidak membekalkan nutrisi yang mencukupi, dan/atau tubuh anda melalui proses tambahan yang memerlukan banyak tenaga, yang buatkan anda letih daripada biasa. Contohnya ketika detoks, diet, melakukan kerja-kerja berat, menyusu dan berpuasa.

Dr.Atkins sendiri galakkan ya. Maka jika perlu, ambil.

Perlukah Saya Kira Kalori Sekali?

Tidak perlu. Sebagai rule umum, jika anda lapar boleh dianggap sebagai tubuh anda masih kekurangan kalori dari makanan, maka makan aja yang lulus ikut fasa atkins. ?

Kalori mungkin membantu sebagai panduan berjaga-jaga untuk ibu menyusu yang buat fasa 4. Takut kualiti dan kuantiti susu drop untuk kesihatan anak. Baca lanjut mengenai fasa 4 dan ibu menyusu, di sini. Untuk dalam bentuk ebook yang lengkap, di sini ya.

Boleh Saya Amalkan Atkins Masa Nak Kurus Ja?

Secara teori boleh aja. Namun pada pendapat peribadi Shai, adalah lebih baik teruskan sehingga anda buat fasa 4 sampai bila-bila. Fasa 4 itu dikenali sebagai Lifetime Maintainence, di mana anda tahu berapa nilai karbo yang anda boleh ambil tanpa membuat berat badan anda naik (lain orang lain amaun had karbonya).

Shai amat tekankan aspek pemakanan sihat ini sebagai satu cara hidup. Sebab banyakkk sangat tak baik bila makan tak terjaga. Shai pernah masuk hospital sebab ni, percayalah Shai jadi fobia lepas tu

*Shai masih fasa 4. Sebagai langkah pencegahan. Maklumlah penyakit keturunan ada kencing manis. Hehe..

Bolehkah Masa Fasa 1 Ni Makan Telur Je. Senang. Tak Pening Kepala

Tak muak ke. XD.

Boleh aja nak makan kerana sebiji telur amnya mempunyai 0.6g karbo sahaja namun hati-hati kerana ada risiko untuk alahan akibat memakan terlalu banyak telur.

Klik sini untuk tahu persoalan jika kita mengambil terlalu banyak telur, pada tubuh kita

Untuk resipi variasi telur yang lulus atkins fasa 1 dan ke atas, klik sini.

Macam Mana Nak Hilangkan Pening Loya Ni. Saya Tak Tahan Lah

Pening, loya yang dialami adalah salah satu tanda ketosis, di mana toksin yang terkumpul sedang dikeluarkan dari tubuh. Secara umumnya ketosis bertahan dalam 3,4 hari (yang Shai coach dulu ada sampai seminggu adoiyai) jadi biasanya lepas tu hilanglah rasa loya yang dialami.

Untuk menghilangkan rasa pening, loya (dan pelbagai tanda ketosis yang lain) secepat mungkin, minum air yang banyak untuk kumuhkan toksin tersebut cepat-cepat.

Apa Akan Jadi Kalau Kita Ambil Lebih Protein? Bukankah Ia Akan Memberi Kesan Kepada Buah Pinggang?

Benar. Protein yang diambil secara berlebihan akan memberi kesan kepada buah pinggang (overloaded). Maka ambil yang mencukupi ikut keperluan dan pastikan air masak sentiasa cukup. Secara umumnya, amalan bila lapar makan protein tu inshaa Allah tak terlebih limit dalam sehari.

Selain protein, amalkan juga lemak sihat (minyak zaitun, minyak kelapa, minyak ikan contohnya) dan ia juga secara tak langsung membuat kita kenyang dengan lama (fatty acids lambat dicernakan oleh tubuh juga).

Atkins Ni Memang Senang Mengandung Ke?

Boleh kata. Ramai yang Shai coach (percuma dan berbayar) rata-rata cepat melekat. Sebabnya ketika berdiet atkins (khususnya yang fasa 1), selain lemak yang dibakar, toksin juga dikeluarkan daripada tubuh, dan hormon dalaman dibetulkan agar berfungsi dengan optimum – secara tak langsung untuk wanita, suburlah jadinya. ?

Fakta berkaitan: kerana disebabkan diet fasa 1 itu sendiri bersifat alkali. Di mana produk tenusu dilarang sewaktu dalam fasa 1 kerana produk tenusu kebanyakkannya berasid. Bila badan beralkali, sistem tubuh kita lebih cantik gerakkannya.

*asid tinggi dalam badan buat kita cepat letih, kulit kusam, dan perut cepat buncit tau.

Soalan Berkaitan Fasa Dalam Atkins

Macam Mana Nak Tahu Kalau Boleh Masuk Fasa 2?

Anda boleh masuk ke fasa 2 selepas melalui fasa 1 selama 2 minggu (6 bulan maksimum jika nak buat fasa 1 lebih dari 2 minggu). Baca lanjut mengenai fasa 2,3,4 di sini.

Saya Makan Sekeping Roti Gardenia 13g Carb Je Untuk Fasa 1. Kenapa Tak Boleh.

Tujuan fasa 1 ini bukan semata-mata hadkan pengambilan karbohidrat sahaja. Kerana fasa 1 dikenali sebagai fasa induksi; fasa ini bertujuan untuk push tubuh anda untuk ketosis agar segala lemak, toksin, dan pelbagai bahan kotor dikeluarkan agar sistem tubuh kembali optimum, lebih beralkali, dan seterusnya berat badan menurun.

Baca lanjut mengenai fasa induksi di sini

Kerana itu juga, produk tenusu tidak boleh diambil dalam fasa 1 walaupun susu segar karbohidratnya pun tidak lebih 20 g pun – kerana ia bersifat asid.

Karbohidrat juga tidak sama mengikut sumbernya. Karbo yang sumber dari roti, nasi, mi dan seangkatan akan buatkan kadar gula dalam darah melonjak, dan ia berbeza jika karbo yang anda ambil bersumberkan sayur-sayuran.

Fasa 4 Ni Range Karbo 120g Sehari Ke?

Mengikut teori dalam diet atkins, had karbo untuk fasa 4 ditentukan daripada fasa 3, 2, dan 1 untuk kita pastikan sendiri, berapakah jumlah karbo maksimum yang boleh kita ambil agar berat tidak naik – ini lah kuncinya dalam diet atkins dan lain orang, lain had karbonya dalam sehari tau.

Maka, nak kata 120g sebagai had multak dalam fasa 4 adalah kurang tepat; ia lebih kepada had untuk ibu-ibu yang menyusu yang perlu bermula dengan fasa 4 (lagi-lagi jika anak baru 6 bulan). 120g itu dianggap sebagai penanda aras ja.

Jika berat masih tak turun selepas 2 minggu (fasa 4 lambat sikit), maka boleh turunkan lagi had karbo dalam sehari – contohnya 100g,lepas tu kalau tak turun jugak 80g, dan seterusnya – sehingga penurunan berat dan ketosis (walaupun sedikit) berlaku, tanpa beri kesan kepada anak yang masih bf (kan naya anak cirit/tak puas menyusu sebab tertelan bahan ketosis sama. Hehe).

Tip: umumnya, had karbo dalam 50g sehari boleh membantu tubuh untuk mula ketosis. Of course lah, kalau 20g dalam fasa 1 lagi laju gamaknya. XD

Atkins Ni Memang Haram Karbo Ke?

Tidak sama sekali. Malah karbohidrat sendiri adalah salah satu nutrisi makro yang diperlukan tubuh. Atkins adalah pelan pemakanan yang hadkan pengambilan karbohidrat dalam sehari. Bukan haram terus.

Boleh Saya Mulakan Dengan Fasa 4 Dulu Tak?

Boleh aja. Kerana fasa 1 agak membebankan tubuh (dari biasa makan nasi, tiba-tiba kena pantang terus: Shai biasa dapat begitu sewaktu coaching hehe), adalah lebih baik untuk anda mulakan dengan fasa 4, hadkan pengambilan karbo dalam 50g (dalam sepenumbuk nasi ja) atau 80g, sebelum turunkan had tersebut beransur-ansur sehingga 20g, di mana dalam fasa 1 sumber karbohidrat daripada sayuran sahaja.

Tujuan begitu adalah selain nak biasakan tubuh untuk mula ketosis dan membakar lemak yang tersimpan, ia juga membantu mindset kita untuk biasakan kurangkan nasi beransur-ansur sehingga dah biasa. Inshaa Allah, masa dah masuk fasa 1 rilek dah dan kurang kesan ketosis seperti pening loya, dan letih. 😀

Isu Berat Badan Ketika Diet Atkins

Jika Saya Diet Atkins, Dalam Seminggu Boleh Turun Berapa Kilo Ya?

Tidak boleh dipastikan kerana lain orang lain sistem tubuh nya (kadar metabolisme, jumlah lemak relatif dengan otot, serta kandungan air yang terkumpul dalam tubuh ketika itu), apatah lagi kebiasaanya pada waktu awal berat yang turun adalah dari berat air dahulu, di ikuti lemak. Dan biasanya waktu ini berat awal yang turun kadarnya laju.

This is all your water weight.

Yang pasti, jika dibuat dengan betul berat akan turun, dan kebiasaanya berdiet dalam fasa 1 lebih laju daripada fasa 4.

Berat Yang Statik

Isu yang biasa dialami bila timbang berat takat tu ja (apa lagi tetiba naik dari dua hari lepas!). sebelum nak menangis di bucu katil fikir kat mana silapnya, adalah baik jika ambil dulu pita pengukur dan ambil ukuran lilitan tubuh (lilitan lengan, paha, atau pinggang). Jika berkurangan dari minggu lepas bererti anda mengalami inchloss, dan berat yang statik/naik adalah dari otot. Yeay!

Berat yang ditimbang bukanlah kunci semata-mata anda telah kurus. Gabungkan sekali dengan ukur lilit untuk mengetahui perkembangan anda secara menyeluruh.

Yang pasti, berat anda akan turun

Soalan Kesihatan Ketika Diet Atkins

Jika Ada Isu Kolestrol Tinggi Adakah Boleh Untuk Kita Buat Diet Aktins

Boleh, malah diet rendah karbohidrat membaiki tahap kolesterol anda, serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan kolesterol, dimana kolesterol baik (High Density Lipoprotein) meningkat dan yang jahat dan trigilserida (Low Density Lipoprotein: yang menyebabkan plak dalam salur jantung) menurun.

Isunya adalah kerana kebiasaanya diet atkins ini dikaitkan dengan pengambilan telur dalam kuantiti yang banyak (senang kan, tak risau langgar pantang fasa 1 dah), di mana kuning telur itu mengandungi kolesterol.

Untuk ketenangan hati, sebaiknya anda pastikan profil kolesterol (nisbah kolesterol baik kepada jahat) sebelum memulakan diet atkins, serta elakkan dulu makanan yang tinggi kolesterol.

Jadual data yang Shai jumpa, menunjukkan jumlah kolesterol keseluruhan dalam diet rendah karbo vs rendah lemak, dari pelbagai kajian. Di dapati diet rendah karbo memberikan kesan kolesterol yang rendah, dan secara tak langsung menunjukkan pengambilan lemak sihat tidak memberikan kesan buruk pada jantung. Contoh ketara pada yang amalkan Mediterranean Diet

*hati kita pun hasilkan kolesterol tau. Untuk kegunaan otak kita nak berfungsi. Tapi sikit ja.

Bolehkah Saya Berdiet Sambil Ambil Perancang?

Bergantung kepada jenis perancang yang anda ambil, sekiranya ia memberikan kesan kepada hormon anda (dengan cara yang tidak di ingini).

Kerana antara risiko/kesan penggunaan perancang ialah gangguan pada hormon yang sedikit sebanyak menganggu proses penurunan berat badan daripada faktor hormon (diet ini juga membantu membetulkan hormon kita) – kemungkinan hasil penurunan berat tidak secepat yang anda jangka. Maka anda perlu ‘counter’ isu itu dengan pastikan metabolisme anda sentiasa aktif, bersenam dengan berterusan, serta ikut betul-betul diet atkins.

Ibu Menyusu dan Ketika Diet Atkins

Ibu Menyusu Tak Boleh Fasa 1?

Boleh sekiranya anak anda yang masih bf telah berumur setahun lebih, dan anda cubajaya dahulu diet fasa 1 dan ia tidak memberikan kesan negatif kepada anak (antara tanda ialah cirit, meragam semacam, atau cepat lapar dsbg).

Untuk anak menyusu masih 6 bulan dan sedang makan makanan pejal dengan biasa, sebaiknya ibu-ibu mulakan dengan fasa 4. Panduan lengkap ada di sini.

Untuk ibu yang anaknya bawah 6 bulan, tunggu dulu ya.

Berpuasa Ketika Diet Atkins

Bagaimana Kita Boleh Berdiet Atkins Sewaktu Berpuasa?

Makanlah yang lulus ikut fasa waktu bersahur dan berbuka. ?

Cuma sebagai langkah berhati-hati, pastikan air yang diambil mencukupi sebab gabungan berpuasa dan beratkins macam double dose untuk tubuh (berpuasa itu sendiri detoks tubuh juga, baca lanjut untuk kaitannya dengan diet atkins, di sini).

Air masak itu wajib, lagi-lagi jika berpuasa

Kesimpulan

Semoga membantu korang menjawab persoalan berkaitan diet atkins. Jika ada pertanyaan mengenai diet ini, roger2 aja di komen ini. Shai jawab di komen, dan juga paste soalan tambah jika sesuai.

*Shai dah buat dan sedang Atkins. Fasa 4. Shai juga lalui sama seperti korang juga. Chaiyok! 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Hi shai, nak tanya, ble tak ikut diet atkins klu ibu full bf dgn anak umur 9 bulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge