Senarai Resipi Diet Atkins Simple Fasa 1

Senarai-Resipi-Simple-Atkins-Fasa-1 mommyloyye

Senarai resipi diet atkins yang dikumpulkan khas untuk elak anda termenung panjang nak memikirkan apa yang perlu dimakan sepanjang diet. Save blog post ini (tekan CTRL+D) atau share aja di facebook anda untuk rujukan semula kerana senarai ini akan di update berterusan jika Shai ada resipi baru yang nak tambah. Sesuai untuk fasa 1 dan ke atas.

Senarai-Resipi-Simple-Atkins-Fasa-1 mommyloyye

Menu Telur Untuk Atkins Fasa 1

Boleh kata telur ni jelah benda yang paling simple  kalau tak nak pening mikir apa yang lulus ke tak fasa 1 ni. Tapi hari-hari makan telur rebus, telur goreng, telur separuh masak (mahupun telur mentah??) boleh muak kan..

Meriahkan sedikit menu telur anda dengan buat camni: 4 biji telur dengan sedikit keju (hati-hati dengan nilai karbo dia, berbeda mengikut jenama dan jenis)., mentega, herba pilihan, dan blend smooth dalam blender sebelum dimasak/dibakar mengikut kesukaan.

contoh resipi
sapa kata kalau induksi harapkan telur plain je?

Ni ha, kredit to my dear friend, yang share kan menu ni. so cute nampak hasilnya,

cheese telur kukus

Klik sini untuk ketahui apa kesannya jika anda makan telur dengan banyak, lagi-lagi waktu diet atkins.

Menu Ayam Untuk Atkins Fasa 1

Ayam goreng (kunyit pure, tanpa apa-apa filler tepung), ayam kukus, ayam bakar semuanya dibolehkan dan digalakkan. Tip: Shai suka perap dengan sedikit kunyit, mixed herbs, dan paprika. Sedap pun sedap, paprika boleh boost metabolisme sekali tau.

Contoh menu untuk meriahkan sedikit resipi ayam: kepingan ayam yang digoreng seketika, diletakkan dalam bekas, buh telur (ikut suka), parutan keju, minyak zaitun, dan sedikit herba (oregano atau black pepper?). Bakar dalam oven dalam 5 minit gitu (suhu tinggi) dan siap!

kimbersrecipes
rupa menu tu macam ni

Untuk lebih resipi perapan ayam yang mudah dan menjimatkan (selain pastikan korang tak kelaut), klik link ini.

Menu Ikan Untuk Atkins Fasa 1

Sama macam ayam, ikan boleh digoreng, dibakar (grill atau oven), dan direbus mengikut kesukaan.

Boleh juga dibuat sebagai salad (contohnya salad tuna).

grilled-salmon-mixedgreens-salad

Ni resipi asalnya dari Perancis, dipanggil sebagai en papillote (sebut n-papilo) di mana ia dimasak dengan letakkan bahan yang disukai dalam bungkusan dan dibakar. Resipi ni mudah ja, gunakan filet salmon atau ayam, letak sayur-sayur yang rendah karbonya, serta keju dan rempah sebagai perasa dan voila! Dah siap. 😉

en pappilote salmon

Resipi Roti Atkins

Oopsie Bread

Kredit resipi: https://www.dietdoctor.com/recipes/oopsie-bread

Bahan yang diperlukan

  • 3 telur saiz besar, suhu bilik
  • ½ cawan cream cheese
  • Secubit garam
  • Secubit cream of tartar
  • ½ sudu kecil baking powder (optional)

*untuk rasa buttery, gantikan cream cheese dengan 1/3 mascarpone, dan resipi tersebut tanpa menggunakan garam dan baking powder

Boleh dibuat dalam 1 batch, untuk dimakan sehingga 2 hari

resipi diet atkins oopsie bread
Rupa oopsie bread. Dari theprimitivepalate.com

Cara membuatnya

  • Pukul putih telur dan kuning telur dalam bekas asing
  • Tambah garam kepada putih telur dan pukul sehingga naik, dan cream cheese kepada kuning telur. Tambahkan baking powder kepada kuning telur tersebut jika mahu tesktur roti dan juga bijiran untuk tambahan
  • Kaup putih telur kepada kuning telur, sebaiknya ada udara didalam adunan (untuk tesktur ringan). Jika gunakan mascarpone, masukkan ia dalam langkah ini
  • Tuang anggaran 1 sudu besar adunan ke baking pan yang telah digris, dengan parchment paper
  • Bakar pada 150’C dalam 25 minit, sehingga keemasan

Roti Flaxseed

Kredit resipi diet atkins ini: https://recipes.sparkpeople.com

  • Bahan yang diperlukan
  • 2 cawan flaxseed
  • 5 putih telur
  • 3 kuning telur
  • 5 sudu besar minyak zaitun/kelapa
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan air
  • Sedikit pemanis semulajadi seperti stevia/madu
flaxseed bread resipi diet atkins 1
kitchenwaredirect.com

Cara membuatnya

  • Panaskan ketuhar sehingga 180’C
  • Pukul telur putih sehingga naik. Ketepikan
  • Masukkan flaxseed, baking powder, garam dan kacau rata.
  • Masukkan minyak, kuning telur, air, dan cuka epal/ madu/stevia satu persatu ke mangkuk tersebut
  • Kaup putih telur ke campuran tersebut
  • Tuang ke loaf pan yang disapu sedikit minyak/mentega. Bakar sehingga masak dan bewarna keemasan dalam 30 minit
  • Boleh tambah sedikit serbuk koko untuk rasa coklat
  • Boleh dibuat dalam bentuk mufin. Bakar selama 15 minit

Resipi Diet Atkins Menggunakan Cauliflower/Bunga Kubis

Antara resipi diet atkins  yang paling popular kerana mudah disediakan. Secara asasnya, anda hanya perlu kisar bunga kubis tersebut hingga hancur dan teksturnya ada rupa seperti nasi. Dan gunakan kisaran tersebut untuk pelbagai resipi, seperti di bawah:

Cauliflower Breadsticks

Dari ifoodreal.com

Kredit resipi: http://ifoodreal.com/cauliflower-breadsticks/

  • Tuangkan kisaran bunga kubis tersebut dalam bekas untuk dibakar dalam oven selama 20 minit sehingga ia kering (microwave pun boleh). Jika masih lembab, perah kisaran sehingga betul-betul kering
  • Tambah perencah yang sesuai, tambahkan telur yang telah dipukul dan tabur sedikit keju
  • Bentukkan mengikut yang di ingini (kalau breadsticks ni biasanya panjang ala-ala kuih samperit tu),dalam 2 cm tebalnya
  • Bakar breadsticks ini sehingga keju cair dan terbentuk kerak keperangan

Cauliflower Crust Pizza

Kredit resipi diet atkins ini: http://ifoodreal.com/cauliflower-pizza-crust-recipe/

  • Tuangkan kisaran bunga kubis tersebut dalam bekas untuk dibakar dalam oven selama 20 minit sehingga ia kering (microwave pun boleh). Jika masih lembab, perah kisaran sehingga betul-betul kering
  • Tambah perencah yang sesuai, tambahkan telur yang telah dipukul dan tabur sedikit keju
  • Leperkan kisaran dalam pizza pan untuk ketuhar dan bakar sehingga keperangan di hujung
  • Tambah topping yang di ingini

Cauliflower Tots

  • Tuangkan kisaran bunga kubis tersebut dalam bekas untuk dibakar dalam oven selama 20 minit sehingga ia kering (microwave pun boleh). Jika masih lembab, perah kisaran sehingga betul-betul kering
  • Tambah perencah yang sesuai, tambahkan telur yang telah dipukul dan tabur sedikit keju
  • Bentukkan bulat-bulat seperti cekodok kecil dan bakar
  • Tabur sedikit mix herbs dan makan (boleh cicah dengan sos cili)

Nasi Lemak Atkins (Resipi Diet Atkins Yang Popular Untuk Orang Kita)

  • Masak kisaran bunga kubis dengan sedikit santan dan daun pandan (nisbah sama seperti anda masak nasi).
  • Tambah sambal tumis dan telur rebus, sama seperti nasi lemak. ?
Dari simplygourmetinsouthie.com

Nasi Goreng Atkins

  • Gunakan kisaran seperti nasi. Tumis bahan nasi goreng dan masak seperti biasa 😀

Menu Sayur Untuk Atkins Fasa 1

Umumnya, sayur adalah sangat2 perlu dalam diet harian dan ia akan menjadi lebih daripada perlu kalau anda buat fasa 1 – kekurangan kandungan serat dalam pemakanan akan membuatkan anda membuang masa terlalu lama ketika membuang.

Dalam Atkins, sayuran tersebut walaupun wajib, masih perlu diperhatikan jumlah karbonya (sebaiknya dalam 5g gitu sekali makan) agar tidak lebih had dalam sehari. Apa-apa sayur bereh ja, cuma lagi hijau lagi baik.

Kalau malas/tak suka/kurenggg dengan sayur, korang kena dapatkan sumber serat dari lain pulak. Kalau tak naya je sembelit.

Makan sayur mentah sebagai ulaman juga sangat elok. Tapi kalau tak suka/boring, pelbagaikan dengan menu camni:

  1. Stir-Fried Zucchini Noodle : ada rupa cam pasta spaghetti tapi ia sebenarnya parutan zucchini.
  2. Salsa tomato: peberet saya sebab masam manis; hanya potong halus daun ketumbar, tomato, bawang, sedikit limau kasturi dan garam – gaul sehingga sebati (lagi best kalau sejuk2 je)
dari budgetbytes.com

Resipi Menggunakan Zucchini

Zuchinni Sticks Goreng

Kredit resipi: https://cooking.nytimes.com/recipes/1015255-fried-zucchini

  • Potong zucchini secara memanjang (tak tau nak cerita macam mana, google aja julienne teknik potong)
  • Salut potongan tersebut dengan telur, dan bakar/goreng sehingga masak

Zuchinni Roll Up

  • Zucchini dipotong panjang dan leper (plan cutting), dan digunakan untuk balut daging, telur dan keju mengikut selera – dibakar atau dimakan seperti sandwich

Hotdog Atkins/ Keropok Lekor Atkins/Burger Atkins

  • Gaulkan daging kisar, telur dan dimasukkan dalam plastik panjang (macam plastik aiskrim 20 sen tu) untuk dibentuk. Goreng seperti biasa.
  • Untuk keropok lekor, tambahkan ikan kisar.
  • Bagi burger, hanya leperkan bentuknya seperti burger biasa, boleh dimakan bersama oopsie bread
  • Boleh juga dibakar dalam resipi ini

Tak boring kan tengok resipi diet atkins pesen gini, ala-ala gourmet gitu. Ambil resipi ni dan masukkan dalam checklist anda sebagai persediaan sebelum berAtkins, untuk  diet dengan jayanya. 😉

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir, seperti gambar di atas. dan sukacitanya ia DAH SIAP! Yeay!

Resipi lulus Atkins fasa 1 dan menu fasa 1 juga disediakan untuk ibu-ibu yang BOLEH diet fasa 1 walaupun masih menyusu (asalkan memenuhi beberapa kriteria). Klik gambar ini untuk info lanjut ya

Ya, menu fasa 4, fasa 1, dan menu berpuasa semua dah siap serta pelbagai resipi diet atkins yang simple. Tinggal nak follow untuk kurus ja. 😀

Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu versi finale ini.

Inshaa Allah ia akan membantu anda, sepertimana pengguna dalam testimoni ini.

Shai belanja salah satu testimoni terkini, penggunaan ebook edisi ketiga ini, selepas seminggu dua. Alhamdulillah syukur

Panduan Untuk Yang Bukan Ibu Takda Ke Shai

Ada, jangan risau. 😀 Untuk panduan  samada untuk lelaki atau wanita, malah untuk yang kegunaan ketika berpuasa, disediakan oleh Shai dan team. Klik sini ya. 😀

signature-mommylotte 2

Bacaan lanjut

62 Comments

  1. Sis apa fb sis? nak add. tk dpt tekan lhaa yg kat bawa tu… group whatsapp ade tk..? or pm dr whtspp..?

  2. Garam dgn ajinomoto tk bleh jgk ke sis? peria boleh makn tak utk fasa 1.. ?

    1. garam gula dan pak ajinomoto tak lulus dear. peria tak silap boleh. sebab rendah karbonya per hidangan

  3. Salam puan. Saya berminat nak tahu dengan lebih lanjut resepi2 atkins. Bagaimana saya boleh dapatkan info dengan lebih lanjut?

    1. Maaf atas kelewatan membalas komen cikpuan. Untuk info lanjut mengenai resipi atkins, amat digalakkan untuk cikpuan lihat perkongsian saya dalam blog ost sebelum ini, serta di grup fb kelab diet atkins. superb dan mudah resipinya untuk disediakan. 😀

  4. As salam sis.. Saya dh mulakan diet Atkins 2minggu…berat dah hilang 6kg…tapi skrg dh static je…kenapa ye…

    1. Jika statik tengok inchloss ya. Kerana berat yang ada tu datang dari jisim otot yang bertambah. Kerana otot lebih mampat dari lemak, jadi badan nampak lebih slim. 🙂 Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya.

  5. Terima kasih atas perkongsiannya sgt manfaat.
    Saya ambil perkongsiannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya.

  6. Boleh x emel kan sy makanan dr 1st day sehingga 2 weeks utk diet atkins… sy nk cube tp x tau mcmmane

    1. Hi Kawsar. Mohon pm saya terus ke fb untuk menu2 tersebut? Kalau ikut komen sini, jenuh pulak😁Shai guide kan

      1. Assalamualaikum, nak tahu jugak makanan dari hari 1st day hingga 2 weeks tu. fb Puan apa ya?

    1. Boleh puan Arifah. Takda masalah. Secara umum, perlu mula dari fasa 4 sementara bf lagi. Namun, ada beberapa keadaan tertentu yang membolehkan kita bermula dengan fasa lain, jika anak serasi.

      Untuk maklumat tambahan, puan Arifah boleh rujuk di entri berkaitan ‘atkins ibu menyusu’ (gunakan keyword ini di kotak carian).

      1. salam sis,,saya pernah nak join atkins ni..tapi ade yang ckp saya tak boleh join sebab menyusu.boleh sis tunjukkn cara yang boleh saya lakukan.serta menu-menu yang saya boleh masak. oh lagi satu,, atkins ni xboleh makan nasi kan? klu saya gantikan dengan beras perang boleh ker>

        1. Wassalam wbt puan Syahirah. Terima kasih kerana berminat dengan ebook ini. Ya, ibu menyusu juga boleh berdiet atkins, cuma sebaiknya bermula dengan fasa 4, dan WAJIB anak berumur 6 bulan ke atas dan makan makanan pejal dengan konsisten. Untuk memudahkan puan, saya ada menyediakan ebook atkins (70 m/s)untuk ibu menyusu fasa 4, khas untuk ibu menyusu yang manu solusi terbaik dan jangka panjang untuk kurus, dan kekal kurus. puan boleh lihat info lanjut,di pautan ini.
          ? http://shairyan.com/ebook-atkins-untuk-ibu-menyusu-finale/

  7. assalamualaikum…acu nk share resepi utk diet ni bole x?acu pn baru nak berjinak2 kn diri utk diet atkin ni…harap sangat berjaya dn atbah la….

  8. kalau makan tomyam ayam sup dia kita boleh mkn tak dlm fasa 1? saya just letak perencah yg ada 2g carb je..

    1. 10kg agak laju tu sis. Hihi.. Namun ada ja mentee coaching saya pernah turun pada kadar yang sama sebelum ini (5kg dalam seminggu). Jika sis mahu, boleh pm terus ke fb saya (Shai Kesihatan) ya (icon fb di atas kanan) 😉

  9. saya mula diet atkin 15.okt…baru ni…alhamdulillah dh turun 2kg…turun jugak walaupun lambat…aamiinnn…

  10. hi awk, hari ni bermulanya saya diet. setelah tertangguh2.. cuma bila dah ada anak (seorang pemakan) dan suami yg suka makan nasi (jenis nak saya masak di rumah) buat saya confused nak masak apa. maksudnya yg saya tgh berdiet ni boleh makan dan suami serta anak pon boleh makan. mcm kawan saya, dia diet. habis satu rumah turut serta diet.. 🙂

    1. hehe..habis anak suami kena diet sama. Boleh ja nak dikatakan diet tu namun saya rasa ia diet dalam erti kata pemakanan sihat, yang pastinya sesuai untuk keluarga. 😉

  11. Hye sis…sy tgh on diet..hr ni hari ke 4…mmg x caya…turun 2 kg…nak kurussss sblm tunang bln 12 ni…huhu

    1. Chaiyok2! Saya doakan cikpuan Nadia turun capai target dengan cepat sebelum bulan 12 ni. 😀

  12. Sy dah start 1 minggu ada turun berat… masuk minggu ke 2 turun naik… dan sy menyusunkn anak… klu sy ikut menu diet ni boleh ke

    1. Puan Izan, maaf ya kerana saya tak berapa jelas dengan soalan puan, saya perlukan beberapa info dari puan untuk saya nasihat dengan betul. Mohon pm terus ke fb saya?

  13. sy nk start diet atkin..tp xpasti blh ke sbb sy masih mnyusu bayi umur 15bln..hrp blh bantu…

    1. tahniah pada sis kerana mahu mulakan diet Atkins. Mohon sis lihat entri saya mengenai ibu menyusu dan atkins ya. 😀 Atau sis boleh pm terus ke fb saya (Shai Kesihatan) untuk saya bantu dengan lebih jelas dan mudah.

  14. Nk tanye, klu akk nk cube diet ni..bolehke ganti sarapan dgn shake air… tu karbohidrat ke?

    1. boleh ganti makanan apa sahaja dear..yang karbohidrat kena tengok pada kandungan nutrisinya 😀

  15. mcmna nak buat minuman choclate tu, bole bg resepi yg detail?
    bole minum setiap hari?

    1. takda resipi dear, saya google out from web yang ada resipi specific untuk fasa 1. 😀

    1. cheese jenama apa pun boleh dear. fasa 1, hanya 2,3 keping kerana nak jaga nilai had karbo harian. 😀

          1. salam kak, saya dah add akak kat fb. saya nak tau diet utk student yg dok kolej and kalau boleh 5 times a day ke sbb ada gastric hehe. fb saya tu aina nadhirah 🙂

  16. salam, sy minat untuk buat diet ni. tp sy perlukan coach utk lead sy. sy juga mnyedari mmpunyai masalah utk pengambilan makanan kerana masih belajar di IPT. so, sy perlukan bantuan..

    1. mohon pm saya terus ke fb? insya Allah saya boleh bantu dengan lebih khusus. 😀

  17. Sy bru nak start bleh email x tuk fasa 1 dn seterusnye…thanksss for the info too..☺

    1. Info lanjut mengenai fasa 2,3,4 ada dalam blog ii, memudahkan sis untuk memahami Atkins. 😀

  18. Sy jg de msllh berat badan n ingin skli mncba diet atkin ni….blh bntu sy mcna nk mula kn diet atkin ni….tq

    1. Untuk mudah, sis boleh pm saya terus ke fb saya (Shai Kesihatan) untuk tahu lebih lanjut, dan memberi penyelesaian yang lebih spesifik. 😀

  19. huhuhu… macam tak kuat jeee nak mula ni… dah nak try banyak kali dah.. huhu tapi x kuat lagi ni..

    1. Chaiyok2 dear. Awal2 nak makan benda2 yg impossible memang normal. Tapi lama2 nnt badan kita sendiri tak sibuk dah. Cer baca entri ‘senarai sebelum memulakan atkins’ untuk membantu sis utk lebih fokus (dan kurang kebarangkalian nak cheat!)

  20. Dear sis, kalau nk buat coffee blended.. susu tu boleh gantikan dengan whippjng cream x? gula tentula pakai stevia? ade beza ke whipping cream dengan heavy cream?

    1. Whipping cream is from heavy cream kan. dia whipped utk bagi udara n tesktur pada krim tersebut. hehe..boleh, tapi kebanyakan jenama tinggi karbo kan. malah, fasa satu (saya assume) tak boleh produk tenusu kan. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge